nuffnang1

.:)

Jan 23, 2012

Pencen Pesara Tentera Naik 8% Setahun




Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat dan menjana pendapatan yang hebat dengan Pasar Malam anda.

Pasti anda teruja dengan tajuk entri hari ini yang berkisar tentang pencen 8% bagi pesara tentera. Semestinya ada pro dan kontra namun yang pastinya segala apa yang di tuntut oleh pesara tentera sejak lama dahulu termakbul dan telah di tunaikan.

Mungkin bagi kakitangan kerajaan yang lain ada sedikit rasa terkilan dan tak berpuas hati ....tetapi sebelum kita nak ulas apa-apa sebaiknya kita berfikir dahulu dari segi pekerjaan kita dengan anggota tentera kerana saya rasa amat besar perbezaanya seperti langit dengan bumi yang mana mungkin kita tidak sedar semua itu tapi bila berkaitan dengan soal gaji dan pencen kita buka mata luas-luas dan pertikaikan mereka.

Kalau di bandingkan 8% itu tidak lah sebesar mana jika di ikutkan di segi pengorbanan yang telah mereka berikan selama mereka berkhidmat hampir 21 tahun. Mungkin anda juga terfikir yang anda juga berkorban kepada Negara dan banyak memberi sumbangan yang tak terkata dan anda juga mengganggap anda juga wira seperti mereka dan jawapannya memang benar , anda juga seorang wira namun bidang tugas mungkin jauh berbeza dari seorang anggota tentera yang terpaksa bertugas 24 jam sehari...

Pernahkah anda terfikir seorang anggota tentera terpaksa meninggalkan anak dan isteri tersayang kerana terpaksa bertugas di perbatasan selama 2 bulan dan selama 2 bulan itu jugalah isteri terpaksa memikul beban tugas suami dari A to Z tanpa ada berita dari suami dan bagi suami pula yang berada di perbatasan terpaksa bertugas 24 jam sehari selama 2 bulan (60 hari) dan tanpa peroleh sebarang elaun atau " Overtime Claim".

Begitu juga mereka yang terpaksa bertugas di luar negara seperti di Bosnia Herzegovina, Lubnan dan sebagainya selama 6 ke 7 bulan... cuba anda renungkan, sanggupkah anda begini???

Banyak kejadian yang telah mereka tempuh dan ajal yang telah menemui ajal pada usia yang terlalu muda dan tidak sempat mengucup dahi ibu, bapa , anak dan isteri yang tersayang di atas ketaatan mereka kepada Negara. Mereka juga mempunyai Sijil, Diploma dan Ijazah seperti yang anda miliki dan mereka juga mempunyai kelulusan yang tinggi seperti anda namun mereka tidak pernah merasa riak atau bangga diri walaupun terpaksa menyarung "Uniform"... ya saya akui semua yang mereka lakukan demi mencari rezeki yang halal bagi menyara keluarga tapi berbaloikah apa yang mereka lakukan dengan pendapatan yang sebegitu........

Cubalah buka mata dan minda anda tanpa mereka dapatkah anda tidur dengan nyenyak dan lena serta dapat mencari nafkah untuk keluarga anda justeru itu janganlah di pertikaikan apa yang sepatutnya mereka perolehi.....salam sayang buat semua anggota tentera yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, jasa kalian tiada galang gantinya dan berbahagia dan bersyukurlah dengan apa yang telah di limpahi dan di anugerahi....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA DENGAN TAWARAN HEBAT
Post a Comment