nuffnang1

.:)

Jan 16, 2012

Kedai Mamak Vs Kedai Cina Vs Kedai Melayu



Salam dan selamat sejahtera kepada anda yang budiman, semoga hidup anda lebih ceria di atas BR1M yang baru anda terima semalam, lumayan kan dan bersyukur pada yang memberi....

Saya ingin menarik perhatian anda berhubung barangan yang di jual di kedai seperti tajuk entri di atas yang kebanyakkan orang suka membuat perbandinganya berkenaan dengan harga yang tidak sekata di jual kepada pembeli...adakah itu benar ??? dan mungkin anda mempunyai pendapat dan pengalaman sendiri , namun bagi peniaga seperti saya atau pun anda juga seorang peniaga sudah pastinya anda akan "Survey" seluruh pelusuk kedaidi tempat anda untuk mendapat harga barangan yang murah dan berkualiti.

Apa yang pernah saya lalui adalah cukup berbeza perihal harga di antara kedai-kedai ini yang saya pasti mereka mempunyai alasan tersendiri untuk menjual barangan tersebut mengikut citarasa mereka atau pun mengikut pada harga yang tertera pada barang tersebut...

Apa yang membuat saya tertarik adalah berkenaan harga barang yang menjadi bahan utama yang saya beli setiap hari kerana ada barangan yang saya ambik stok seminggu sekali dan ada yang di beli setiap hari.




Sebagai contoh adalah pewarna kuning sebagai bahan untuk mewarnakan bihunsup menjadi kuning, kalau di kedai Cina RM1.80, kedai mamak dan kedai Melayu RM2.20. Serbuk Sup Adabi 500Gm Kedai Cina RM3.80, kedai melayu RM4.00, kedai mamak RM4.30. Bihun 4.5Kg - kedai Cina RM12.50, kedai melayu RM13.50 dan ada sehingga RM14.50.

Apa yang anda dapat lihat disini tentang perbezaan harga yang terlalu ketara dan saya pernah pertikaikan tetapi mereka kata .." Harga kan dah ada tertulis kat situ" tapi di kedai Cina pun harga tulis kat Botol pewarna kuning RM2.20 tapi nape di jua RM1.80.

Anda fikirkan sendiri dan buat pilihan yang bijak bukanya tak nak tolong bangsa sendiri.....

DAPATKANA EBOOK PASAR MALAM ANDA SINI DENGAN DISKAUN HEBAT
Post a Comment