nuffnang1

.:)

Jun 17, 2010

Cuaca Yang Tidak Menentu


Salam buat anda semua peminat blog Pasar Malam....agak lama juga saya tak posting di sini...maaf lah ye...jiwa kacau he he he....semua orang ada masalah masing masing tapi semuanya boleh di atasi dan ada ubatnya yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha...kerana setiap usaha pasti akan mendatangkan kejayaan..insyallah.

Di Pulau Pinang sekarang ni nampaknya keadaan cuaca semakin tidak menentu...sebagai contohnya semalam dalam jam 3 petang hingga 5 petang hujan turun dengan cukup lebat dari Bandar Perda ke Bukit Mertajam dan sampai sahaja krew krew saya di tapak Pasar Malam kami di Alma...hujan masih masih turun dengan lebatnya...

Jangkaan saya memang tepat, pastinya ramai peniaga yang tak datang semalam...inilah yang dikatakan percaturan tidak tepat , dalam jam 6 petang hujan terus berhenti dan mentari menampakkan sinar walaupun tidak terik tapi suasana cuaca semalam cukup redup sehingga ramai pelanggan ambik kesempatan keluar shopping beramai ramai kat Pasar Malam...yang untungnya adalah kepada peniaga yang datang semalam. Semuanya balik awal...inilah yang di katakan rezeki tak di jangka....itulah kekadang nya cuaca juga membawa rezeki pada kita, alhamdulillah...syukur

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM YANG CUKUP HEBAT BUAT ANDA MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA DENGAN PASAR PASAR...CEPAT HARGA AKAN DI NAIKKAN MULAI JULAI 2010

No comments :