nuffnang1

.:)

Apr 27, 2010

SEMANGAT KU KINI PULIH ( RECOVERY)

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog Pasar Malam...jutaan ampun dan maaf saya pohon pada anda semua sebab dah lama saya tak posting ...namun apa jua yang berlaku saya redha pada ketentuan Allah dan saya percaya pada Qada dan Qadar....apa-apa pun hidup ini perlu di teruskan ...dan perniagaan Pasar Malam akan terus bertapak dan saya akan terus memajukan tanpa menoleh ke belakang lagi...doakan saya !!!!

Perniagaan inilah sumber pendapatan saya dan punca rezeki utama menyara kehidupan.

Untuk maklumat anda semua keadaan cuaca sekarang nampaknya sedang berubah dengan begitu ketara sakali dan telah pun masuk musim hujan jadi apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak bijak semasa menyediakan persiapan perniagaan anda...jangan terlampau takut atau jangan la terlampau berani sangat, maksud saya adalah buat sedikit bajet sebelum anda menyediakan makanan untuk pergi berniaga dan bagi yang telah membeli ebook Pasar Malam mungkin anda kurang risau kerana semua maklumat telah pun anda perolehi....jadi minimakan kerugian atau keuntungan anda...yang penting dalam 1 minggu anda tak perlu keluarkan wang saku.

Namun apa yang anda harus ingat, segalanya datang dari Allah dan kepadanya jualah kita berserah..cuba jangan membuat andaian yang negatif bila anda bangun pagi. Semasa anda bangun pagi mungkin hujan turun dengan lebatnya tetapi tidak semestinya hujan akan berterusan hingga ke petang atau malam. Oleh itu buatlah percaturan yang bijak dalam perniagaan anda. Saya doakan anda mampu harungi situasi sekarang ini..insyallah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA, STOK TERHAD
Post a Comment