nuffnang1

.:)

Jul 23, 2009

Bagaimana Cara Menarik Perhatian???


Salam..adusss dah lama dah tak buat posting..pasti ada di kalangan anda yang tertanya tanya mana perginya bro Pasar Malam ni...dan ada yang dah sms ...bising bising ...ekekkeeke....sori la...sibuk skit...ekeek

Ok tip kali ini adalah bagaimana untuk anda menarik perhatian orang agar tertumpu di gerai anda sepanjang berjalannya ramadan selama 30 hari???

Apa yang sentiasa saya praktikan dan lakukan setiap tahun adalah..jeng jeng jeng!!!.

1. Buatkan skirting dan balutkan meja anda...jika boleh dengan warna yang terang sebagai contoh merah, kuning atau biru. Cinta pandang pertama akan terjadi bila orang nampak .

2. Buatkan satu banner yang besar tentang barang perniagaan anda...sebagai contoh macam saya buat...Dapatkan Juadah Berbuka Puasa Anda Bersama Kami ..pada bahagian atas dan di bawah..Aree Bihun Sup Ext Service...kemudian gantung pada Khemah atau Payung anda...

3. Tempahkan tanda harga..barang jualan anda..misalnya..kueh talam 3 RM1.00, Kueh 1-40 sen..ini akan tampak lebih cantik dan berseri...

4. Nak hebat lagi..tempah banner dan letakkan dalam 700Meter dari Lokasi bazaar ramadan anda..ini salah satu teknik promosi terbaik....

5. Nak lagi hebat...promosikan dalam blog atau forum forum tentang bazaar ramadan anda...saya gerenti ...orang akan datang cari anda...maksudnya pembaca dari sekitar kawasan anda..sebab mereka teringin nak rasa..dan nak reply..pada forum tu...

Dan ada lagiii...nantikan episod akan datang..salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA SEKARANG
Post a Comment