Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Apr 27, 2009
PASAR MALAM KENA PINDAH
Jam Tangan Di Import hanya berharga RM100 siap untuk di jual, yang berminat boleh buat pembayaran dengan Paypal dan sila alamatkan akaun Paypal Anda ke hzulkarnai@gmail.com
Salam dan selamat sejahtera, apa khabar anda sekarang. Saya percaya ramai peniaga Pasar Malam sekarang ni mula tersenyum semula disebabkan cuaca dah agak normal dan kalau hujan pun mungkin sekejap sekejap jer...dan rata rata ramai yang berjaya meledakkan kembali catatan kutipan harian pada paras normal dan seperti yang di targetkan...insyallah.
Ok, sekarang ni saya nak ceritakan berkenaan Pasar Malam 2 tingkat Alma yang tak habis habis dengan kontroversi walaupun pelbagai usaha telah di laksanakan oleh Penganjur dan pihak Majlis MPSP namun sikap segelintir peniaga yang tak pernah berpuas hati dan tak pernah nak bersyukur malahan pelbagai kata nista dan umpatan di lemparkan pada penganjur.
Itulah sifat manusia yang tidak pernah reda dengan apa yang telah Allah kurniakan maka inilah kisah sejarah yang mungkin bakal mereka tempuhi dek sifat tamak diri sendiri...Pasar Malam 2 tingkat Alma kini sudah berubah wajah apabila bahagian tingkat atas sudah tidak digunakan lagi dan semua peniaga diarah turun kebawah kerana banyak rungutan yang di terima coz tak laku sebab customer malas nak naik kat atas....
Baru 2 minggu kami peniaga turun ke bawah dan saya rasa memang jualan meningkat agak mendadak dan mungkin ada kebenarannya jugak yang kat bawah ni memang ramai orang datang. He he he rezekilah jugak, tapi bagi saya kat mana pun lokasi kita dan kedudukan kita yang paling utama adalah makanan kita sedap, layanan 1st class dan yang terutama bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan....
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA HANYA RM59.99 DAN ANDA AKAN TERIMA EBOOK SUP GEARBOX FREE JERRRRR
Apr 17, 2009
Berita Yang Cukup Tak Di Senangi
Jenama Jam Dari Luar Negeri Dengan Gambar Kaabah > berminat sila hubungi saya di hzulkarnai@gmail.com . Harga RM120 termasuk kos penghantaran..
Salam..maaf buat anda semua peminat blog ini..kerana mulai minggu lepas saya hanya akan updatekan blog Pasar malam ini hanya seminggu sekali sahaja coz saya terpaksa membahagikan masa terhadap projek projek baru yang sedang saya bina. Cari makan kena la bijak untuk multiplekan produk he he he.
Hari ini kita dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Fairus...berita ni sebenarnya amat kurang di senangi oleh peniaga peniaga Pasar Malam ..bukanya sebab Parti tetapi sebab akan menyusahkan kami peniaga pasar malam untuk bergerak kerana sudah pastinya akan menyebabkan jalan raya sesak, tambahan plak kawasan Penanti...alamak letih woooo, saya berniaga hari ahad kat Pasar Malam Mengkuang..laluan kena la ikut penanti...kantoi la...mesti jem teruk seminggu sebelum buang undi..tambahan plak kat sini..cukup ramai penyokong penyokong fanatik...
Rasanya mungkin saya akan bercuti dalam tempoh seminggu bagi meredakan keadaan...polis pasti akan buat sekatan di merata tempat..sure jalan sesak dan queee sebatu....masalah btul????
Jumpa lagi beb..salam
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA PERCUMA DENGAN FIRST COMES FIRST SERVE
Apr 8, 2009
Musim Hujan Berterusan
Salam, dah agak lama saya tak buat posting kat sini...sekarang ni saya agak terlalu sibuk menguruskan beberapa projek terbaru saya dengan online business dan kebanyakkan perniagaan Pasar Malam di uruskan oleh pembantu kanan saya.
Dalam masa sebulan ni bermula dalam bulan Mac perniagaan Pasar Malam nampaknya kurang memberangsangkan dan ini bukan di sebabkan krisis kewangan global tetapi adalah akibat hujan yang turun berterusan selama beberapa minggu tanpa henti-henti.
Hujan kebiasaannya akan turun mulai jam 6 petang sehinggalah ke larut malam dan saya perhatikan kebanyakkan peniaga pasar malam ada yang ambik kesempatan bercuti bagi mengelakkan kerugian bertambah teruk...ini adalah satu langkah yang bijak dan salah satu strategi terbaik...
Kalau kita perhatikan bangsa Cina yang menjual pakaian plak ..mereka ni sudah semestinya tak berniaga langsung dalam musim hujan ni, dan mungkin juga anda tertanya-tanya , apa yang mereka ni makan kalau tak berniaga..itulah rahsia hebat bangsa Cina.
Nantikan rahsia bangsa Cina ni saya dedahkan pada episod akan datang..salam!!!!
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA DISKAUN SEGERA DENGAN HANYA RM++
Dalam masa sebulan ni bermula dalam bulan Mac perniagaan Pasar Malam nampaknya kurang memberangsangkan dan ini bukan di sebabkan krisis kewangan global tetapi adalah akibat hujan yang turun berterusan selama beberapa minggu tanpa henti-henti.
Hujan kebiasaannya akan turun mulai jam 6 petang sehinggalah ke larut malam dan saya perhatikan kebanyakkan peniaga pasar malam ada yang ambik kesempatan bercuti bagi mengelakkan kerugian bertambah teruk...ini adalah satu langkah yang bijak dan salah satu strategi terbaik...
Kalau kita perhatikan bangsa Cina yang menjual pakaian plak ..mereka ni sudah semestinya tak berniaga langsung dalam musim hujan ni, dan mungkin juga anda tertanya-tanya , apa yang mereka ni makan kalau tak berniaga..itulah rahsia hebat bangsa Cina.
Nantikan rahsia bangsa Cina ni saya dedahkan pada episod akan datang..salam!!!!
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA DISKAUN SEGERA DENGAN HANYA RM++
Apr 1, 2009
Berhati-hati Dengan Kad Kredit
Jam Dinding Hasil Design Saya Sendiri, Berminat nak beli hubungi saya..diruangan komen
Salam, hari ini saya off topik kejap tentang perniagaan Pasar Malam. Apa yang saya nak bicarakan adalah berkenaan kad kredit dan cara pendedahan dalam urusan jual beli barang melalui kaedah online.
Saya ingin menasihatkan kepada anda semua bagaimana cukup mudahnya bagi individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kad kredit yang bukannya hak milik mereka dengan membeli barang serta menggunakanya dengan sesuka hati...perkara ini mudah dan senang dilakukan...
Saya dedahkan perkara ini kerana saya sendiri telah pun terkena dan alaminya 31/3/09..saya baru menyedarinya apabila En Sunil dari bahagian "Fraud" atau security Maybank K.Lumpur menghubungi saya pada jam 10.30 malam dan cuba mengesahkan transaksi yang telah saya lakukan..transaksi berikut adalah membuat pembelian tiket kapalterbang EMS dari Malaysia ke Cebu, Filipina , transaksi pembelian barang bernilai RM1600 dan transaksi sejumlah RM8.00, semua transaksi ini berlaku antara jam 3.05 ke 3.30 petang pada 31/3/09.
Pihak Maybank mula meragui transaksi ini dan mereka pun menghubungi saya untuk pengesahan ..saya menafikan semuanya transaksi ini. Kemudian akaun kad kredit Master saya telah di blok bagi menjalankan siasatan.
Saya tidak pernah mendedahkan no kredit kad saya pada mana-mana individu tetapi hanya membuat pembelian barang malalui kaedah online dengan kredit kad.
Apa yang pihak Maybank nyatakan pada saya adalah mungkin syarikat yang saya buat pembelian barang, beli domain atau hosting, beli ebook bayar yuran atau sebagainya tidak melakukan ini semua tetapi kemungkinan ada diantara staf-staf mereka yang tidak jujur atau yang telah di berhentikan kerja yang melakukan perkara ini...
Pihak Bank akan menyiasat dan kebiasaanya mereka pasti akan dapat menangkap individu tersebut jika transaksi dilakukan dengan Laptop personal atau atas nama individu dengan kaedah mengesan IP adressed...namun yang menjadi kesulitan kiranya mereka menggunakan Cyber Cafe kerana nama individu tidak dicatatkan..
Pihak Bank telah pun menyekat( blok ) transaksi pembelian tiket untuk ke Cebu, mereka akan mendapatkan semula sejumlah wang tersebut dan akan di kreditkan semula ke akaun saya.
Apa yang ingin saya sampaikan pada anda agar berhati-hati...kerana sekiranya ada orang memperoleh kad kredit anda dan dia mengetahui no 3 angka di belakang kad.. maka dengan mudah segala transaksi akan berjaya di lakukan selagi masih ada kredit dalam kad anda...dalam kes saya nasib baik limited balance kad saya tak cukup untuk penyangak tu buat transaksi ..itu sebabnya dia kantoi...salam...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN HARGA HANYA RM30 SAHAJA SEKARANG
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)