nuffnang1

.:)

Nov 6, 2016

Apa Itu Kebebasan Kewangan

Persepsi Setiap Orang Pastinya Berbeza Perihal Kebebasan Kewangan Dan Kebebasan Mutlak
Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.


Saya memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang

sudah berjaya mengisahkan prinsip kewangan mereka.


Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.Kemudian dengan duit yang

 banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.Baki itu, kau beranakkan

duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan

yang jelas. Itu bodoh namanya)Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.

(Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit)Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara.


Kita bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas

. Bezanya saya perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan 

duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg

 sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil

kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit

dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.


Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak

membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak

kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya.


 Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis 

sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu

bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk

 mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Saya tanya berapa lama

dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang

 kata tiga tahun. Saya jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang

berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi

usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat

dengan saya tahulah bagaimana gilanya saya bekerja suatu masa dahulu.


Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat

kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi

 berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.

Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.


Oct 24, 2016

Duit Selalu Habis Dan Tak Pernah Cukup

Dapat Gaji Habis...Untung Berniaga Tak Tahu Duit Ke Mana.....????


Mungkin anda juga salah seorang antara jutaan manusia yang sering mengalami masalah yang serupa iaitu duit tak pernah cukup sedangkan gaji bulanan anda sehingga RM10 Ribu dan ada yang lebih lagi, begitu juga mereka yang berniaga mendapat keuntungan yang tinggi namun tak pernah mencukupi.


Kebanyakan data yang saya ambil ini saya buat kajian dari blog-blog yang membicarakan soal yang

sama dan memberi jawapan yang hampir sama dalam permasalahan yang anda hadapi.

Ok kita terus ke topik kita...


Pernah atau tidak ada ketikanya duit gaji yang anda dapat tidak pernah cukup dan habis begitu saja?

Saya yakin pasti anda pernah alaminya.


Malah lebih teruk lagi, ada yang sanggup berhutang kerana perbelanjaan harian macam air

dikeluarkanya, silap haribulan tak mustahil hutang keliling pinggang.


Anda mempunyai perniagaan yang hebat dan dari mata kasar kedai anda sentiasa dipenuhi pelanggan

dan anda pun jangkakan keuntungan pasti tinggi, ya betul tapi wang entah kemana perginya.


Kata orang, kalau rezeki berkat dapat sikit pun cukup. Rezeki banyak mana pun, tapi kalau tak 

berkat akan rasa tak cukup.


Jadi, muhasabah diri dan cuba lihat beberapa penyebab masalah duit anda makin kering!


1. Berkira dengan orang tua (ibubapa)

Adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Tak kisah sikit atau banyak, hulurkan duit pada merek. Allah pasti akan gantilan dengan rezeki yang kita sendiri tak sangka.

2. Tak pandai uruskan kewangan

Boros berbelanja hinggakan terpaksa guna wang simpanan untuk perbelanjaan sampai hujung bulan. Kalau berterusan begini, sampai bila-bila pun anda tak akan ada wang simpanan.

3. Acuh tak acuh pada kewangan

Anda sedar duit memang kurang dan tak berapa cukup, tapi masih lagi tak berubah dari segi berbelanja dan tak cari jalan penyelesaian. Tolong ubah sebelum nasi menjadi bubur.

4. Sikap suka pilih kerja

Rasanya ini masalah "fresh graduate" sekarang. Dah tahu tengah tak ada kerja, tapi masih ego dalam memilih kerja. Lagi sanggup tak ada kerja dari ada duit. Buang la ego tu kalau nak hidup. Zaman sekarang ijazah dan diploma adalah keperluan pendidikan setiap orang bukan tiket nak dapat kerja bagus dah. Kreativiti anda paling utama.

5. Banyak merungut

Merungut je tau tapi nak buat malas. Buang sikap suka mengeluh. Lebih baik berusaha keras untuk cari wang. Memang duit tu bukan segala-galanya, tapi hari ini semuanya perluka duit.

6. Jangan Kedekut

Jangan lupa menderma atau bersedekah dengan memberi makan kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan sesiapa yang anda rasakan perlu tapi jangan baik dengan orang kedekut dengan anak isteri.

7. Jangan menipu dalam perniagaan

Paling utama buat peniaga, berniagalah secara jujur dan berhemah. Pastinya rezeki mengalir bagai air.

8. Asyik mencanang duit tak cukup

Apa yang kita dapat itulah rezeki kita. Itupun bukan milik kita 100% atau sepenuhnya. Jadi jangan sentiasa mengeluh dengan nilai yang sedikit dalam tangan kita. Sebaliknya perlu bijak menggunakannya. Sama seperti konsep keberkatan dalam rezeki.
Sentiasa amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap hari. Insya Allah kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada.

9. Menipu dalam urusan menerima bantuan

Paling banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Borang pelbagai bantuan diambil dan

disisi dengan pelbagai penipuan...pelbagai saya maksudkan di sini. Anda sendiri boleh fikirkan dan

tak perlu saya huraikan.


Oct 7, 2016

Bajet 2017....Impian Dan Harapan

Adakah Bajet 2017 Mampu Merealisasikan Apa Yang Anda Impikan


Pastinya ramai antara rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar menunggu tarikh 21 Oktober ini bagi

mendengar bajet 2017 samada ianya menyebelahi mereka atau pun tidak.


Di sini saya ingin memetik penulisan seorang yang amat saya kagumi dan sentiasa menjadi idola saya sejak dahulu lagi iaitu Tan Sri Lee Lam Thye. Penulisan beliau dalam akhbar utusan Malaysia
bertarikh 7 Oktober 2016 di ruangan rencana mukasurat 13.


Rakyat berharap disebalik cabaran yang Malaysia hadapi kini kerajaan akan merangka belanjawan

negara untuk tahun depan dengan bijak dan pragmatik supaya semua rakyat Malaysia mendapat

faedah daripadanya.


Masalah utama di Malaysia adalah kesukaran hidup yang dihadapi oleh kumpulan 40 peratus (B40)

pendapatan isi rumah rendah. Mereka bukan sahaja berpendapatan rendah iaitu kurang RM3,000

sebulan, tetapi mereka juga sentiasa berhutang, tidak mampu miliki rumah sendiri, ada yang tidak

 mempunyai pekerjaan tetap, dan anak-anak mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat

 yang lebih tinggi.


Tumpuan harus diberikan bukan sahaja kemiskinan di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar,

terutamanya apabila negara menyasarkan untuk mencapai pendapatan tinggi menjelang 2020. Oleh

itu, bajet tahunan kerajaan perlu menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan mudah

terjejas, di samping program-program yang sedia ada seperti BR1M dan lain-lain.


Bajet 2017 juga perlu beri perhatian kepada kumpulan 40 peratus (M40) pendapatan isi rumah

sederhana, dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM9,000. Golongan ini merupakan

pengguna utama dalam ekonomi kerana jumlah mereka yang besar serta kuasa beli yang kukuh.


Bagaimanapun, kenaikan gaji yang gagal bersaing dengan kenaikan inflasi selama ini menyebabkan

penurunan nilai gaji sebenar golongan M40. Mereka yang dalam golongan M40 kini perlu membayar

 lebih untuk kos perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, penjagaan anak dan perumahan.


Sesetengah orang dalam M40 mendapati diri mereka termasuk dalam kumpulan B40.

Kerajaan perlu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan M40 yang tidak layak

 menerima BR1M, supaya kuasa beli mereka dapat diperkukuhkan dan seterusnya menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Bajet 2017 perlu mengurangkan beban cukai ke atas golongan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan dan kenaikan pelepasan cukai dan rebat cukai.


Saya juga mencadangkan supaya kerajaan, di dalam Bajet 2017, menyediakan elaun khas bagi

golongan M40 untuk membantu mereka menghadapi tempoh yang sukar.


Sep 29, 2016

Permasalahan Minyak Enjin Menitis Di Lantai



                                          Image result for gambar minyak hitam tumpah


Sedikit sebanyak ilmu yang ada ingin saya kongsikan buat rakan-rakan tak kira siapa sahaja. Perkara ini berlaku kepada kereta Naza Ria yang saya gunakan. Masuk ini kali kedua ianya berlaku.

Kali pertama berlaku 6 tahun yang lalu menyebabkan saya menjadi panik sehingga tidak berani menghidupkan enjin kereta. Apabila saya talipon kedai pomen maka khidmat nasihat mereka menyenangkan diri saya.

Ini kali kedua minyak enjin menitis dilantai parking namun ianya tidak merunsingkan saya apabila pengalaman lalu yang saya ada menjadikan saya tenang. Saya hanya perlu tambahkan minyak enjin sekiranya kurang dan tunggu sehingga tiba masa untuk tukar "timing belt" untuk sekali tukar "oil seal" yang dah rosak atau haus. Sebab ianya tidak mendatangkan masalah.

Anda Boleh Ikuti Panduan Di Bawah

SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.

Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.


Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.

Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.


Elakkan sabun basuh

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir  menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.

Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.

Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.


Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA