nuffnang1

.:)

Oct 7, 2016

Bajet 2017....Impian Dan Harapan

Adakah Bajet 2017 Mampu Merealisasikan Apa Yang Anda Impikan


Pastinya ramai antara rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar menunggu tarikh 21 Oktober ini bagi

mendengar bajet 2017 samada ianya menyebelahi mereka atau pun tidak.


Di sini saya ingin memetik penulisan seorang yang amat saya kagumi dan sentiasa menjadi idola saya sejak dahulu lagi iaitu Tan Sri Lee Lam Thye. Penulisan beliau dalam akhbar utusan Malaysia
bertarikh 7 Oktober 2016 di ruangan rencana mukasurat 13.


Rakyat berharap disebalik cabaran yang Malaysia hadapi kini kerajaan akan merangka belanjawan

negara untuk tahun depan dengan bijak dan pragmatik supaya semua rakyat Malaysia mendapat

faedah daripadanya.


Masalah utama di Malaysia adalah kesukaran hidup yang dihadapi oleh kumpulan 40 peratus (B40)

pendapatan isi rumah rendah. Mereka bukan sahaja berpendapatan rendah iaitu kurang RM3,000

sebulan, tetapi mereka juga sentiasa berhutang, tidak mampu miliki rumah sendiri, ada yang tidak

 mempunyai pekerjaan tetap, dan anak-anak mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat

 yang lebih tinggi.


Tumpuan harus diberikan bukan sahaja kemiskinan di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar,

terutamanya apabila negara menyasarkan untuk mencapai pendapatan tinggi menjelang 2020. Oleh

itu, bajet tahunan kerajaan perlu menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan mudah

terjejas, di samping program-program yang sedia ada seperti BR1M dan lain-lain.


Bajet 2017 juga perlu beri perhatian kepada kumpulan 40 peratus (M40) pendapatan isi rumah

sederhana, dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM9,000. Golongan ini merupakan

pengguna utama dalam ekonomi kerana jumlah mereka yang besar serta kuasa beli yang kukuh.


Bagaimanapun, kenaikan gaji yang gagal bersaing dengan kenaikan inflasi selama ini menyebabkan

penurunan nilai gaji sebenar golongan M40. Mereka yang dalam golongan M40 kini perlu membayar

 lebih untuk kos perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, penjagaan anak dan perumahan.


Sesetengah orang dalam M40 mendapati diri mereka termasuk dalam kumpulan B40.

Kerajaan perlu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan M40 yang tidak layak

 menerima BR1M, supaya kuasa beli mereka dapat diperkukuhkan dan seterusnya menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Bajet 2017 perlu mengurangkan beban cukai ke atas golongan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan dan kenaikan pelepasan cukai dan rebat cukai.


Saya juga mencadangkan supaya kerajaan, di dalam Bajet 2017, menyediakan elaun khas bagi

golongan M40 untuk membantu mereka menghadapi tempoh yang sukar.


No comments :