nuffnang1

.:)

Oct 24, 2016

Duit Selalu Habis Dan Tak Pernah Cukup

Dapat Gaji Habis...Untung Berniaga Tak Tahu Duit Ke Mana.....????


Mungkin anda juga salah seorang antara jutaan manusia yang sering mengalami masalah yang serupa iaitu duit tak pernah cukup sedangkan gaji bulanan anda sehingga RM10 Ribu dan ada yang lebih lagi, begitu juga mereka yang berniaga mendapat keuntungan yang tinggi namun tak pernah mencukupi.


Kebanyakan data yang saya ambil ini saya buat kajian dari blog-blog yang membicarakan soal yang

sama dan memberi jawapan yang hampir sama dalam permasalahan yang anda hadapi.

Ok kita terus ke topik kita...


Pernah atau tidak ada ketikanya duit gaji yang anda dapat tidak pernah cukup dan habis begitu saja?

Saya yakin pasti anda pernah alaminya.


Malah lebih teruk lagi, ada yang sanggup berhutang kerana perbelanjaan harian macam air

dikeluarkanya, silap haribulan tak mustahil hutang keliling pinggang.


Anda mempunyai perniagaan yang hebat dan dari mata kasar kedai anda sentiasa dipenuhi pelanggan

dan anda pun jangkakan keuntungan pasti tinggi, ya betul tapi wang entah kemana perginya.


Kata orang, kalau rezeki berkat dapat sikit pun cukup. Rezeki banyak mana pun, tapi kalau tak 

berkat akan rasa tak cukup.


Jadi, muhasabah diri dan cuba lihat beberapa penyebab masalah duit anda makin kering!


1. Berkira dengan orang tua (ibubapa)

Adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Tak kisah sikit atau banyak, hulurkan duit pada merek. Allah pasti akan gantilan dengan rezeki yang kita sendiri tak sangka.

2. Tak pandai uruskan kewangan

Boros berbelanja hinggakan terpaksa guna wang simpanan untuk perbelanjaan sampai hujung bulan. Kalau berterusan begini, sampai bila-bila pun anda tak akan ada wang simpanan.

3. Acuh tak acuh pada kewangan

Anda sedar duit memang kurang dan tak berapa cukup, tapi masih lagi tak berubah dari segi berbelanja dan tak cari jalan penyelesaian. Tolong ubah sebelum nasi menjadi bubur.

4. Sikap suka pilih kerja

Rasanya ini masalah "fresh graduate" sekarang. Dah tahu tengah tak ada kerja, tapi masih ego dalam memilih kerja. Lagi sanggup tak ada kerja dari ada duit. Buang la ego tu kalau nak hidup. Zaman sekarang ijazah dan diploma adalah keperluan pendidikan setiap orang bukan tiket nak dapat kerja bagus dah. Kreativiti anda paling utama.

5. Banyak merungut

Merungut je tau tapi nak buat malas. Buang sikap suka mengeluh. Lebih baik berusaha keras untuk cari wang. Memang duit tu bukan segala-galanya, tapi hari ini semuanya perluka duit.

6. Jangan Kedekut

Jangan lupa menderma atau bersedekah dengan memberi makan kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan sesiapa yang anda rasakan perlu tapi jangan baik dengan orang kedekut dengan anak isteri.

7. Jangan menipu dalam perniagaan

Paling utama buat peniaga, berniagalah secara jujur dan berhemah. Pastinya rezeki mengalir bagai air.

8. Asyik mencanang duit tak cukup

Apa yang kita dapat itulah rezeki kita. Itupun bukan milik kita 100% atau sepenuhnya. Jadi jangan sentiasa mengeluh dengan nilai yang sedikit dalam tangan kita. Sebaliknya perlu bijak menggunakannya. Sama seperti konsep keberkatan dalam rezeki.
Sentiasa amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap hari. Insya Allah kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada.

9. Menipu dalam urusan menerima bantuan

Paling banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Borang pelbagai bantuan diambil dan

disisi dengan pelbagai penipuan...pelbagai saya maksudkan di sini. Anda sendiri boleh fikirkan dan

tak perlu saya huraikan.


Oct 7, 2016

Bajet 2017....Impian Dan Harapan

Adakah Bajet 2017 Mampu Merealisasikan Apa Yang Anda Impikan


Pastinya ramai antara rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar menunggu tarikh 21 Oktober ini bagi

mendengar bajet 2017 samada ianya menyebelahi mereka atau pun tidak.


Di sini saya ingin memetik penulisan seorang yang amat saya kagumi dan sentiasa menjadi idola saya sejak dahulu lagi iaitu Tan Sri Lee Lam Thye. Penulisan beliau dalam akhbar utusan Malaysia
bertarikh 7 Oktober 2016 di ruangan rencana mukasurat 13.


Rakyat berharap disebalik cabaran yang Malaysia hadapi kini kerajaan akan merangka belanjawan

negara untuk tahun depan dengan bijak dan pragmatik supaya semua rakyat Malaysia mendapat

faedah daripadanya.


Masalah utama di Malaysia adalah kesukaran hidup yang dihadapi oleh kumpulan 40 peratus (B40)

pendapatan isi rumah rendah. Mereka bukan sahaja berpendapatan rendah iaitu kurang RM3,000

sebulan, tetapi mereka juga sentiasa berhutang, tidak mampu miliki rumah sendiri, ada yang tidak

 mempunyai pekerjaan tetap, dan anak-anak mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat

 yang lebih tinggi.


Tumpuan harus diberikan bukan sahaja kemiskinan di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar,

terutamanya apabila negara menyasarkan untuk mencapai pendapatan tinggi menjelang 2020. Oleh

itu, bajet tahunan kerajaan perlu menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan mudah

terjejas, di samping program-program yang sedia ada seperti BR1M dan lain-lain.


Bajet 2017 juga perlu beri perhatian kepada kumpulan 40 peratus (M40) pendapatan isi rumah

sederhana, dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM9,000. Golongan ini merupakan

pengguna utama dalam ekonomi kerana jumlah mereka yang besar serta kuasa beli yang kukuh.


Bagaimanapun, kenaikan gaji yang gagal bersaing dengan kenaikan inflasi selama ini menyebabkan

penurunan nilai gaji sebenar golongan M40. Mereka yang dalam golongan M40 kini perlu membayar

 lebih untuk kos perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, penjagaan anak dan perumahan.


Sesetengah orang dalam M40 mendapati diri mereka termasuk dalam kumpulan B40.

Kerajaan perlu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan M40 yang tidak layak

 menerima BR1M, supaya kuasa beli mereka dapat diperkukuhkan dan seterusnya menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Bajet 2017 perlu mengurangkan beban cukai ke atas golongan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan dan kenaikan pelepasan cukai dan rebat cukai.


Saya juga mencadangkan supaya kerajaan, di dalam Bajet 2017, menyediakan elaun khas bagi

golongan M40 untuk membantu mereka menghadapi tempoh yang sukar.


Sep 29, 2016

Permasalahan Minyak Enjin Menitis Di Lantai



                                          Image result for gambar minyak hitam tumpah


Sedikit sebanyak ilmu yang ada ingin saya kongsikan buat rakan-rakan tak kira siapa sahaja. Perkara ini berlaku kepada kereta Naza Ria yang saya gunakan. Masuk ini kali kedua ianya berlaku.

Kali pertama berlaku 6 tahun yang lalu menyebabkan saya menjadi panik sehingga tidak berani menghidupkan enjin kereta. Apabila saya talipon kedai pomen maka khidmat nasihat mereka menyenangkan diri saya.

Ini kali kedua minyak enjin menitis dilantai parking namun ianya tidak merunsingkan saya apabila pengalaman lalu yang saya ada menjadikan saya tenang. Saya hanya perlu tambahkan minyak enjin sekiranya kurang dan tunggu sehingga tiba masa untuk tukar "timing belt" untuk sekali tukar "oil seal" yang dah rosak atau haus. Sebab ianya tidak mendatangkan masalah.

Anda Boleh Ikuti Panduan Di Bawah

SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.

Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.


Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.

Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.


Elakkan sabun basuh

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir  menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.

Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.

Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.


Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA

Sep 27, 2016

6 Kunci Kejayaan Buat Anda

Anda Perlukan 6 Perkara Ini Untuk Terus Maju Dalam Perniagaan Anda
Bagaimana agaknya sikap orang hebat dan berjaya ?
Ramai yang impikan untuk berjaya melebihi orang lain. Walaupun ramai yang mahukan begitu, namun tak ramai pula yang mendapat kejayaan yang diimpikannya.
Pra-syarat untuk mendapatkan sesuatu biasanya bermula daripada adanya keinginan. Oleh itu, agak pelik juga kenapa kalau dah ramai sangat orang yang ingin berjaya ke tahap yang tinggi, hanya terlalu sedikit yang dapat?.
Untuk menjawab semua persoalan tersebut, maka kajian demi kajian dilakukan oleh mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia orang yang berjaya. Salah satu kajian berikut menyenaraikan 6 sikap yang biasanya ada pada semua mereka yang berjaya di tahap tinggi.
Jika anda mahu pastikan samada anda ada potensi untuk naik ke atas lagi dalam tempoh 5 atau 7 tahun dari sekarang, pastikan anda sentiasa perhatikan ciri-ciri berikut sentiasa ada dalam diri anda:
1. Bertenaga dan berstamina 
Mereka yang bertenaga dan punyai stamina tinggi sanggup dan mampu bekerja bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam. Itu amalan biasa bagi para usahawan yang mahu nak mula berniaga dan terpaksa melakukan semua kerja sendiri bagi menjimatkan modal yang perlu dikeluarkan.
1. Fokus
Ini tak perlu dikatakan lagi secara terperinci. Semua orang tahu nak berjaya dalam apa saja perlu fokus. Masalahnya mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak fokus. Mungkin juga lebih teruk lagi apabila ramai yang tak tahu apa ke benda fokus itu sebenarnya…? Sebagai tips, jika anda sekejap berniaga online dan sekejap berniaga off line dan sekejap jual roti canai…dalam setahun anda ada 17 ‘business card’ dari pelbagai jenis perniagaan yang berbeza…tahap fokus anda memang hancur!.
3. Sensitif dengan orang lain 
Orang yang ada sikap memahami keperluan atau kehendak orang lain melalui usaha memahami perasaanya biasanya akan lebih berjaya. Anda tidak semestinya memenuhi kehendak atau keperluannya itu, sebaliknya menggunakan kecekapan anda memahaminya untuk meyakinkan orang itu agar menurut arah tujuan anda.
4. Fleksibel 
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan sikap orang yang mudah berubah menyesuaikan diri untuk berjaya. Terutamanya dalam arena politik, lompat parti yang dirasakan lebih kuat walaupun mungkin satu tindakan bijak merupakan satu amalan yang dipandang buruk. Tetapi orang yang fleksibel atau terbuka dan bersedia untuk berubah teknik atau pendekatan bagi mencapai kejayaan biasanya lebih berjaya daripada orang lain yang degil!.
5. Kesediaan menghadapi konflik 
Jika anda bersedia untuk bergaduh dan pertahankan kedudukan anda, anda memang ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh. Biasanya mereka yang sentiasa mengalah setiap kali ditolak tak akan pergi ke mana-mana…mereka berakhir dengan duduk berangan-angan di kampung!.
6. Bersedia kalah untuk menang 
Kalau asyik beransur sahaja tidak bagus, begitu juga kalau asyik lawan dengan semua atau sesiapa saja, juga tak menjamin kejayaan. Oleh itu, mereka yang hebat biasanya mampu menelah keperluan samada untuk berlawan atau berkawan dan menelan ego. Mendengar suruhan isteri dan mengikut segala katanya kelihatan seperti kalah. Tapi sebenarnya ia dilakukan untuk menutup muslihat suami yang telah berkahwin seorang lagi di Thailand!…sekadar contoh.
Begitulah 6 sikap yang perlu ada pada setiap orang yang mahu berjaya di tahap tinggi. Apakah anda punyai semua sikap yang saya sebutkan di atas?