nuffnang1

.:)

Apr 27, 2012

Akaun VS Ledger

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sementara menantikan azan Jumaat berkumandang saya mengambil kesempatan dalam beberapa minit ini untuk meulis dan menerangkan sesuatu yang saya rasa kebanyakkan peniaga Pasar Malam kurang mengambil berat atau pun sambil lewa dan ada juga yang langsung tidak mengambil peduli..



Yang saya maksudkan adalah pengiraan wang yang keluar masuk dalam perniagaan harian di pasar malam. Atau lebih tepat lagi buku akaun pengiraan barang yang di beli untuk memulakan perniagaan.

Kebanyakan kawan-kawan yang saya temui menyatakan yang mereka tidak punya ledger seperti ini dan mereka sendiri tidak mengetahui berapa untung dan rugi, yang mereka tahu adalah boleh bayar wang ansuran kereta, rumah dan sebagainya, namun bagi saya sebenarnya itu adalah salah dari segi perniagaan tak kira samada perniagaan yang kecil atau pun besar...

Dalam setiap perniagaan tak kira menjual nasi lemak bungkus sekali pun pengiraan buku ledger keluar masuk wang adalah amat penting sekali bagi melihat prestasi kemajuan perniagaan kita samada perolehi untung atau tidak dan berapa purata pendapatan harian, mingguan dan juga bulanan...

Jika anda seorang peniaga dan anda tidak punya rekod seperti anda ini ...maka anda sebenarnya gagal mencari keuntungan dan juga gagal mengetahui prestasi kemajuan perniagaan anda, ramai di kalangan peniaga pasar malam hanya sekadar menggunakan anggaran sahaja samada untung atau pun rugi dan tidak mendapat pengiraan yang tepat .. maka mungkin anda mengatakan perniagaan ayam goreng anda hanya mencatat keuntungan sekitar RM2000 sebulan namun hakikatnya keuntungan anda mungkin lebih atau kurang kerana semuanya sekadar anggaran.

Baiklah saya akan sambung lagi nanti bagaimana membuat pengiraan modal dan keuntungan dalam perniagaan anda pada posting akan datang...dan saya harap anda akan mendapat penduan dan meledakkan lagi perniagaan pasar malam anda ...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEBELUM BERMULANYA RAMADAN DI SINI SEGERA

Apr 20, 2012

Perbezaan Antara Perhambaan Dan Makan Gaji

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga anda sihat dan ceria selalu.

Hari ini saya ingin mengutarakan sebuah rencana yang cukup menarik yang saya telah baca di ruangan Rencana Utusan Malaysia bertarik 20 April 2012. Rencana ini mungkin akan menimbulkan persepsi pelbagai daripada pembaca namun dari sudut kebernasanya memang logik...




Rasanya anda patut membaca dan berfikir lah secara matang dan mungkin juga akan terbuka pintu hati anda untuk melakukan sesuatu demi masa depan anda...

Sedikit petikan ++++++++>>>>>

RAMAI antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?

Dalam artikel ini, saya akan membawa anda melihat 500-1,000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan pada hari ini.

Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat tiga tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang penyelia dan penyelia ini akan melaporkan kepada bos mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tesebut...

Anda boleh terus membacanya di disini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA BAGI MERUBAH KEHIDUPAN ANDA DISINI

Apr 15, 2012

Sempoihosting

Salam dan selamat sejahtera buat anda sekalian yang sentiasa menantikan setiap posting baru dari blog pasar malam ini...



Rasanya hari ini adalah hari terbaik untuk anda bersantai bersama keluarga , almaklumlah hari minggu kan, hari yang penuh dengan keceriaan , walaupun mungkin anda masih tetap berniaga pada hari ini namun ia tidak bermakna yang anda tidak boleh bersantai bersama keluarga. Apa yang penting anda rancangkan masa anda bersama keluarga.

Baiklah kita pergi kepada tajuk entry kita pada hari ini, mungkin anda pernah dengar tentang Sempoihosting dan ada juga yang tidak pernah mendengarnya lansung... tapi bagi pelayar-pelayar internet yang extreme dan dah lama pastinya mengenali apa itu Sempoihosting dan siapa pemiliknya....

Bagi mereka-mereka yang belum mengenalinya, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Sempoihosting yang paling mantap dan terbaik di malaysia...Sempoihosting adalah salah satu laman web yang diujudkan sebagai perantara untuk anda hoskan web di internet sekiranya anda mempunyai web atau blog berbayar....saya amat menggalakan anda menggunakan perkhidmatan sempoihosting kerana perkhidmatan yang di berikan amat memuaskan di samping bayaran tahunan untuk domain dan hosting yang amat murah dan berbaloi.

Perkhidmatan mereka cukup baik dan rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan buat masa ini Sempoihosting berada di ranking teratas dalam menghoskan web - web yang sedia ada...

Jadi apa anda tunggu lagi cepat-cepat la contack Sempoihosting

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI ANDA DISINI SEGERA

Apr 8, 2012

Pasar Malam Mengkuang Titi

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Saya doakan agar anda semua sihat walafiat hendaknya...

Pasar malam di tempat anda pastinya mempunyai keunikkan tersendiri dan mempunyai keistemewaan serta ciri-ciri yang menyebabkan anda tidak sabar untuk berkunjung kesitu setiap kunjung tibanya hari yang di adakan pasar malam tersebut.

Begitu juga dengan kawasan Seberang Perai ini....dalam menulis ni ..terganggu plak dengan siaran Nona TV3, kisah Pelajar pintar Amalina Che Bakri yang kini sedang menuntut di Edinburgh , London dalam bidang perubatan... ekslusif di ambil Nona pada hari ini adalah sebagai menepis tohmahan masyarakat Malaysia yang telah melemparkan fitnah terhadap beliau...

So pada mereka yang telah melontarkan fitnah..bertaubatlah anda dan sila lah berjumpa dengan Amalina untuk memohon maaf kerana selagi anda tidak memohon maaf maka selagi itulah setiap amalan kebaikan dan kebajikan anda tidak di terima Allah dan juga segala amalan kebaikan anda hanya akan di berikan kepada Amalina.....begitulah juga pada hari penghisaban manusia nanti dan jangan terkejut jika anda di lontarkan ke Neraka jahanam dek fitnah yang pernah anda sebarkan....

Ok , kita kembali semula bercerita tentang keunikkan pasar malam Mengkuang yang sentiasa di kunjungi oleh orang ramai yang tidak mengira kaum, bangsa dan agama....



Kenapa saya nyatakan pasar malam Mengkuang, Seberang perai ini begitu unik....pastinya anda tertanya-tanya bukan??? segalanya di sebabkan lambakkan pendatang dengan izin dari Bangladesh, Myanmar dan Filipina yang rata-rata pasti membanjiri pasar malam ini setiap hari minggu (ahad). Lazimnya kalau dulu kita sering mengatakan golongan pendatang dari negara-negara ini kedekut dan datang ke Malaysia hanya nak buat duit, tetapi itu mungkin 5 tahun yang lalu dan sekarang ini tidak lagi kerana mereka ini yang melepak kat pasar malam Mengkuang dan melariskan jualan peniaga-peniaga seperti kami.

Kalau dulu saya tak pernah nampak mereka ini duduk makan menikmati juadaha jualan makanan di pasar malam tetapi sekarang ini mereka telah mula belajar menikmati masakan Malaysia dan apa yang menarik di sini adalah pada sekitar jam 6 petang hingga 7 malam pasti penuh dengan warga Nepal menikmati juadah berupa Bihunsup dan Laksa....

Dengan berubahnya selera mereka ini maka telah memberi rezeki tambahan kepada peniaga Bihunsup dan Laksa .....

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN YANG HEBAT INI DISINI ......