nuffnang1

.:)

Dec 20, 2010

Kembali Beraksi Dan Tingkatkan Mutu


Salam..semoga anda sihat semuanya, terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada Pasangan yang baru mendirikan Rumahtangga iaitu Kak Hana dan Abg Shaari kerana baru melangsungkan pernikahan .....semoga kekal selamanya insyaallah....

Kak Hana merupakan seorang peniaga yang cukup berjaya dalam perniagaan Bihun Sup Gear Box suatu ketika dahulu..dan saya banyak menerima nasihat dari beliau...dan sya ucapkan jutaan terima kasih atas segala nasihat yg telah Kak hana berikan...

Bulan Disember 2010 semakin melabuhkan tirainya dan akan meninggalkan kita dalam tempoh tak sampai pun 2 minggu lagi...semua orang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak anak...jadi belanja lah dengan berhati hati...utamakan pelajaran anak anak..masa depan mereka adalah masa depan anda juga...

Rentak perniagaan pada hujung tahun mungkin sedikit perlahan kerana ramai pelanggan yang mungkin sedikit budget dalam perbelanjaan coz nak buka sekolah dh ni..jadi harap kawan kawan sume bersabar lah ye...yang penting teruskan perniagaan anda dan terus berusaha tingkat kan usaha menaikkan perniagaan anda...saya yakin berkat kesabaran anda pasti akan berjaya....insyallah....

Nov 26, 2010

Cuti Sekolah



Salam buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya...

Kini cuti penggal terakhir persekolahan sudah pun bermula dan kegembiraan terpancar di ruang wajah bebudak sekolah...

Namun begitu awas sebab sekarang ni musim banjir dan berhati hati...saya ingin membawa anda semua melihat sejauh mana menjalankan perniagaan Pasar Malam pada musim hujan ni dan dalam suasana banjir di kawasan anda atau yang sewaktu dgnnya....

Ramai di kalangan peniaga sekarang ni mungkin tak berniaga di sebabkan hujan terlalu lebat dan tak berhenti-henti setiap petang hingga larut malam jadi pastinya menjejaskan perniagaan anda..termasuk lah saya di sini yang mana selepas Hari Raya Aidil Adha perniagaan saya terjejas teruk dek Korban yang banyak...namun saya tetap tabah dan redha pada Allah serta tawakal...

Jika anda rasa sekarang ni masa yang sesuai bercuti saya amat bersetuju dengan anda dan ambil peluang musim hujan ini dan cuti persekolahan ini membawa family anda berjalan jalan makan angin....

Mungkin akan ada rezeki anda di lain masa...berjimat semasa ada dan inilah masanya mengeluarkan semula apa yang anda simpan selama satu tahun...

Semoga anda bergembira pada musim cuti sekolah ini...insyallah...

Nov 12, 2010

Aidil Adha

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..moga hepi selalu.
Tinggal tak beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji..maka sekarang ini persiapan untuk korban kan Lembu sedang giat di atur..

Bagaimana dengan persiapan anda??? saya pasti anda juga tentu sibuk kan.. baguslah kalau macam tu...

Bagi peniaga peniaga bihunsup sure akan bercuti panjang nanti...menghormati bulan Korban ni..sebabnya adalah ?????? anda sendiri pun faham....

Oct 21, 2010

Selamat Ceria

Salam dan selamat sejahtera buat anda sekalian..moga sihat dan hepi selalu...rungutan demi rungutan yang sering didengari sejak kebelakangan ni semakin pudar atau hilang sama sekali..apabila sinaran mentari mula menyerlah pada tiap kali hari perniagaan bermula...mana tidaknya suasana hariraya telah hilang dan pelanggan mula berbelanja sakan semula...

Jadi inilah jalan yang terbaik bagi kita semua mencari dan mengumpul semula sumber pendapatan seharian..ishhh betul ke ayat aku tulis ni..he he he..mata dah ngantuk dah..dah pagi ni...ok esok saya sambung semula...salam wat sume...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG SEMAKIN HEBAT DAN TERKINI..DISINI