nuffnang1

.:)

Nov 26, 2010

Cuti Sekolah



Salam buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya...

Kini cuti penggal terakhir persekolahan sudah pun bermula dan kegembiraan terpancar di ruang wajah bebudak sekolah...

Namun begitu awas sebab sekarang ni musim banjir dan berhati hati...saya ingin membawa anda semua melihat sejauh mana menjalankan perniagaan Pasar Malam pada musim hujan ni dan dalam suasana banjir di kawasan anda atau yang sewaktu dgnnya....

Ramai di kalangan peniaga sekarang ni mungkin tak berniaga di sebabkan hujan terlalu lebat dan tak berhenti-henti setiap petang hingga larut malam jadi pastinya menjejaskan perniagaan anda..termasuk lah saya di sini yang mana selepas Hari Raya Aidil Adha perniagaan saya terjejas teruk dek Korban yang banyak...namun saya tetap tabah dan redha pada Allah serta tawakal...

Jika anda rasa sekarang ni masa yang sesuai bercuti saya amat bersetuju dengan anda dan ambil peluang musim hujan ini dan cuti persekolahan ini membawa family anda berjalan jalan makan angin....

Mungkin akan ada rezeki anda di lain masa...berjimat semasa ada dan inilah masanya mengeluarkan semula apa yang anda simpan selama satu tahun...

Semoga anda bergembira pada musim cuti sekolah ini...insyallah...
Post a Comment