nuffnang1

.:)

Jul 31, 2008

Kesempatan Cuaca Panas

Salam...dalam 2 ke 3 minggu ni cuaca teramatnya panas kat Pulau Pinang ...so inilah kesempatan yang mesti di ambil oleh anda sebagai peniaga Pasar malam...saya nengok sahabat-sahabat yang jual air ...la ni tersenyum sokmo...he he mana tidaknya ..bawa 5 balang pun gerenti habis dan abang yang bawa lori ais kejap-kejap timbul...sampai dia surrender sebab tak dapat cover stok yang kurang disebabkan permintaan yang tinggi dan saya sendiri pun senyum gak cause la ni ais saya gunakan sehari dah cecah sampai 10 bag..biasanya cuma dalam 6 ke 7 bag sahaja dan anak buah yang tukang bancuh air sampai tak menang tangan buat air...

Masa-masa beginilah kita harus bijak memainkan peranan untuk meledakkan perniagaan masing-masing dan jangan sia-siakan anugerah Allah ini dengan lena dan tak nak buat sesuatu.

Bagi anda yang masih duduk diam dan tak tahu nak buat apa selepas balik kerja jam 5 petang saya ada sedikit nasihat untuk anda...

Zaman sekarang ni bukan lagi zaman membuang masa atau duduk melepak sembang ngan kekawan tetapi zaman sekarang manusia berlumba lumba mencari harta dan kekayaan diri sendiri...walau bagaimanapun harus seiring dengan tuntutan agama...agama Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan dan sekiranya umat Islam mantap dari segi ekonomi maka bangsa-bangsa lain akan memandang tinggi pada kita dan janganlah sekadar cukup apa yang ada..buangkan minda negatif anda dengan melakukan sesuatu yang dapat menjana pendapatan tambahan anda dan ceriakanlah keluarga anda tambahan pula bulan puasa dan semakin hampir ..lepas tu dah nak raya pula dan jangan biarkan perayaan anda disambut dengan tangisan anak kecil yang tidak dapat berpakaian baru......

DAPATKAN SEGERA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE (VERSI BAHASA MELAYU )

Jul 28, 2008

Pengumuman Penting

Salam...buat seluruh peminat Pasar Malam...untuk makluman anda kini sebuah ebook Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box sudah terbit dan harga asal adalah RM69.99 senaskah..

Tetapi saya ada tawarn terbaik untuk anda dengan harga yang cukup murah dan kompetetif..anda hanya perlu membuat pembelian ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang berharga RM39.99 dan anda akan menerina ebook bonos Resipi bihun sup secara percuma dari saya tanda sokongan anda pada produk keluaran saya ini..

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada.!!!!

DAPATKAN SEGERA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE DISINI
PREVIEW PERCUMA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE SEPENUHNYA VERSI B.MALAYSIA

Jul 24, 2008

Persediaan Bazaar Ramadan


Salam...

Kini semua diantara peniaga-peniaga hangat memperkatakan soal Bazaar Ramadan yang bakal tiba pada bulan Ramadan nanti dan cuma tinggal lebih kurang sebulan ajer lagi dan kini masing-masing sibuk mempersiapkan segala kelengkapan dan sibuk mencari tapak bazaar Ramadan yang paling murah dan paling ramai pengunjung..

Saya juga tidak terlepas membuat persiapan dengan mencari tapak Bazaar Ramadan...dan saya telah pun membuat bayaran petang tadi di tapak yang setiap tahun akan saya tempah iaitu dalam kawasan masjid daerah Seberang Perai Utara berhadapan bangunan MPSP...tapi harga tapak kali ni naik mendadak...fuh cukup mahal kalau di bezakan dengan tahun-tahun yang lepas....tahun lepas satu tapak berukuran 10 X 10 hanya RM190 sahaja tapi tahun ini mak ai!!! dahsyat , satu tapak RM300 untuk ukuran 10 X 10 dan saya macam biasa kena guna kan 4 tapak sebab barang banyak. Jadi kos bayaran tapak adalah 10 X 10 dan saya ambil 4 tapak , semua kosnya RM1200 termasuk kos bayaran untuk MPSP RM15 so jadinya RM1215....tapi saya yakin yang jualan insyaaalah akan meledakkan cam biasa sebab tu saya berani...saya selalu berpegang pada satu prinsip...mana ada untung kalau tak keluar modal!!!!

Jika anda berminat untuk tambah pendapatan anda ....inilah masa yang paling sesuai..dan saya ada panduan untuk anda....

DAPATKAN DISINI PANDUAN UNTUK BAZAAR RAMADAN ANDA

Jul 20, 2008

Hujan Rahmat

Salam...hari ini 20/7/08 hari ahad....

Apa yang nak saya sampaikan diharap tidak akan melemahkan semangat serta melunturkan hasrat anda berniaga di Pasar Malam...

Hari ini hujan mulai turun di sekitar Pulau Pinang bermula dari jam 12 tengah hari dan berlarutan sehinga jam 11.30 malam dan dikala saya menulis di blog ini pun hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai...dengan tulus dan ikhlas ingin saya nyatakan secara jujur..saya menanggung kerugian hari ini sebanyak RM450..

Jangan terkejut dan itulah kerugian tertinggi saya tanggung dalam tempoh 2 tahun ini yang paling tinggi...nak buat cam mana dah tak ada rezeki namun untuk pekerja saya..gaji tetap di bayar penuh pada setiap orang...saya redha dengan rezeki Allah dan tak sedikit pun rasa kecewa dengan kehendakknya....saya tidak suka menipu pada anda jika saya rugi saya akan katakan rugi tapi jika untung saya akan katakan untung..

Perkiraannya saya masih lagi untung sebenarnya kerana semalam 19/7/08 keuntungan bersih saya adalah sebanyak RM700 dan jika dikira kerugian hari ini maka keuntungan masih ada pada tahap RM200 ke RM250..sebab itu saya katakan kita jangan hanya melihat kerugian hari sahaja tapi lihat semula pada keuntungan hari-hari yang lepas justeru itu anda jangan susah hati atau ingin membatalkan hasrat anda ingin berniaga di Pasar malam..dan saranan saya teruskan juga...tidak ada perniagaan yang tidak mempunyai risiko...tetapkan hasrat dan niat anda ..maju kehadapan..

ANDA NAK NIKAH TAPI GUGUP.. DAPATKAN PANDUAN DAN TIP DARI SAYA DISINI