nuffnang1

.:)

Feb 2, 2016

Musim 2016 Harga Pun Baru

Dalam sedar atau tidak kini sudah pun masuk bulan Februari 2016, terlalu pantas masa berlalu tanpa kita sedari.

Kenaikan harga barang sering diperkatakan setiap masyarakat Malaysia termasuklah warga asing yang tak tau pa ceta pun tapi pandai sembang pasal kenaikan harga yang cukup ketara sekarang ini.

Tahun lepas pada bulan April, Mei dan Jun harga daging mentah naik setiap bulan. Walapun kenaikan hanya 50sen dan 3 bulan menjadikanya Rm1.50 dan mungkin nampak sedikit sahaja pada anda semua tetapi bagi saya ianya cukup tinggi.

Rm1.50 x dengan 20 kilo sehari , ia akan jadi RM30 sehari dan dikali dengan 1 bulan (30 hari ). So sebulan sudah jadi RM900. Bolehkah anda nampak disitu berapa nilai ringgit yang hilang pada keuntungan bersih saya. Kami cuba bertahan sehingga Disember 2015 namun kami sudah tidak berdaya lagi menanggung segala kos dan kos kenaikan baru yang naik mendadak secara tiba tiba.

Justeru ketidaktentuan harga barang dan bahan mentah ini maka kami terpaksa naikkan harga bihunsup biasa iaitu daging dan ayam RM4 semanggkok, rasanya harga masih lagi pada paras harga patut dan masih murah dibandingkan dengan peniaga lain.

EBOOK PANDUAN NEGA DIPASARMALAM LENGKAP DISINI

Persiapan Bahan Mentah Semperna Tahun Baru China 2016

Minggu hadapan semua kita ketahui tahun Baru Cina akan disambut pada 8 dan 9hb Feb 2016 iaitu hari isnin dan selasa. Namun ahad 7hb petangnya mereka akan berkumpul makan besar bersama seisi keluarga...

Anak anak perantau akan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan sahabat handai menyambut tahun Baru Cina yakni Kalendar Baru Masyarakat Tiong Hua.

Bagaimana pula persiapan kita sebagai peniaga pasar malam?.

Pastinya kedai kedai runcit mereka akan ditutup selama 3 ke 4 hari dan sedikit sebanyak menjejaskan stok barangan kita. Sayur, ikan, halia, bawang dan pelbagai barangan lain sudah tentunya mengalami sedikit masalah disebabkan perayaan ini.

Nasihat saya perkara paling baik adalah membeli stok simpanan selama seminggu untuk barangan yang kita jangka akan mengalami masalah stok perolehan. Saya sendiri sebagai contohnya akan memyimpan stok bihun, bawang, halia, kayu manis, buah pelaga, lada hitam, cili Melaka dan sebagainya.

Macam susu, gula, milo dan bahan membuat air tak timbul masalah sangat sebab dimana mana kedai ada menjualnya...tambahan pulak Hyper Market Mydin baru sahaja dibuka di Jalan Baharu, B.Mertajam dan pelbagai stok boleh didapati disana dengan harga yang cukup murah...

DAPATKAN PANDUAN EBOOK BUAT ANDA MULAKAN PASAR MALAM ANDA SEKARANG

Feb 1, 2016

Kedai Runcit Acheh Mendominasi Seberang Perai

Kemana saja kita bergerak dalam Seberang Perai sudah pasti akan kelihatan Kedai Runcit milik orang Acheh, Indonesia...

Kalau dulu mereka kurang menyerlah namun sekarang ini masuk sahaja ke taman taman perumahan ke kampung kampung boleh dikatakan terdapat kedai mereka .

Kebanyakan kedai mereka dibuka 24 jam dan harga yang ditawarkan memang berpatutan...kalau di Taman Pauh hadapan Politeknik S.Perai siang malam sentiasa penuh dengan pelanggan...

Orang Melayu hanya sebagai pembeli...dan nasib baik mereka tidak mendominasi Pasar Malam....dan juga tidak mustahil perkara ini akan berlaku andainya bangsa kita tidak mengambil hal ini secara serius dan mengambil sikap sambil lewa dan guna ayat Klisye" Dah Rezeki Depa".

Oleh itu harap PBT rajin rajin turun ke Pasar Malam memantau kebanjiran warga asing...

JOM NEGA PASAR MALAM BEB

Renew Lesen PBT- MPSP

2016 kini sudah pun melangkau ke bulan Februari. Bila masuk tahun baru segala-galanya pasti sudah tamat tarikh luput dan perlu diperbaharui.

Lesen kenderaan, lesen perniagaan dan pelbagai lesen lagi.

Disini suka saya mengingatkan kepada anda semua, Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan bertindak keatas mana mana premis yang berniaga tanpa lesen yang sah atau pun premis perniagaan mereka disewakan kepada warga asing.

Peniaga Pasar Malam juga tidak terlepas dari tindakan penguatkuasaan undang undang. Pasar Malam juga perlu ada lesen dan lesen ini dikeluarkan oleh PBT tempat masing masing.

Kawasan saya berniaga adalah di Daerah Seberang Perai dan lesen dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai. Lesen Pasar Malam disini hanyalah RM30 sahaja dan anda boleh renew sehingga 3 tahun dengan hanya RM90 sahaja.

Beringat ingatlah sebelum terkena, cepat cepat hidupkan lesen yang telah tamat tempoh sah laku.

KAMI LATIH ANDA HINGGA BERJAYA DENGAN EBOOK PASAR MALAM INI