nuffnang1

.:)

Jul 10, 2015

Persaingan Sihat Di Uptown Bandar Baru Perda

Dalam dunia perniagaan masing masing cuba mencari keuntungan sebanyak mungkin dibualan Ramadan yang mulia ini...namun cara persaingan perlu lah sihat dan bukanya dengan cara potong "line" kawan kita.

                                       Image result for pic aree bihunsup

Dalam banyak banyak perkara yang kita lakukan, perkara yang paling sukar adalah menegur kawan kita kerana kekadang bila kita cakap mudah sangat tersentap walhal beliau yang bersalah. Inilah sedikit sebanyak asam garam dalam dunia perniagaan di bazaar ramadan dan uptown.


                                       Image result for pic aree bihunsup

Berniaga hanya dalam tempoh satu bulan sahaja dan nak berkawan pun dalam satu bulan sahaja dan nak cari musuh pun dalam satu bulan sahaja. Maka fikirlah secara rasional dan logik akal apa yang kita lakukan. Saya tidak ingin mendedahkan siapa dan mengapa serta bagaimana ianya berlaku. Cukuplah sekadar bahasa kiasan.


                                       Image result for pic aree bihunsup
Memang betul rezeki Allah yang bagi tapi kalau cara persaingan yang kurang sihat, balasan Allah nanti jangan disalahkan mana-mana individu yang dirasakan terbabit..

                                     . Image result for pic aree bihunsup

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SGERA DISINI

Jul 6, 2015

Ramadan Ke 19 - 1436 Hijrah

Hari ini puasa mula memasuki Ramadan ke 19. Dan kehangatan untuk menyambut syawal kian terasa oleh setiap orang terutama yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam.

                                       Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai

Masing masing kini mulai sibuk membuat persiapan bagi menyambut Syawal yang bakal menjelma lebih kurang dalam sepuluh hari lagi. Dalam membuat persiapan syawal , sedikit sebanyak perniagaan di bazaar ramadan sedikit tampak perlahan dari segi jualan kerana pengunjung mulai kurang dan lebih banyak tertumpu di pusat pusat membeli belah.

Begitulah juga dengan kami peniaga bazaar ramadan Bandar Perda yang kian hari makin sunyi dari kunjungan pelanggan. Semakin suram dan ramai jugak peniaga yang telah mulai mengemas barang dan ada juga yang telah gulung tikar kerana tidak berjaya dalam perjuangan tahun ini.


                                       Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai
Namun perniagaan kami akan tetap diteruskan walaupun keuntungan yang diperolehi semakin hari semakin tipis . Kami tetap redha walau sebanyak mana keuntungan yang di perolehi kerana inilah sumber pendapatan kami dan sumber pendapatan 5 orang pekerja kami.

                                                        Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai

Kekadang ada juga peniaga yang mempunyai gerai makan di "foot Court", Bandar Perda yang sanggup masuk berniaga di bazaar ramadan dengan niat menambah pendapatan. Tetapi gagal menjana pendapatan seperti yang diharapkan. Sepatutnya mereka ini sudah boleh tutup gerai di Bazaar Ramadan dan tumpukan sepenuh perhatian pada foot court namun disebabkan ingin menjaga maruah dan ego maka rugi pun mereka tetap meneruskan juga perniagaan mereka. Apa salahnya berikan kepada sahabat sahabat yang tidak mempunyai kedai makan dan biarkan mereka menjana sedikit keuntungan...mmmmm , susah kalau manusia ni jenis tamak.

Pada kawan kawan yang masih meneruskan perniagaan pada sisa sisa yang masih berbaki dalam 10 hari lagi, teruskan perjuangan kalian dan semoga rezeki akan sentiasa ada...aminnn

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SEMENTARA STOK ADA