nuffnang1

.:)

Mar 6, 2015

Masa Untuk Peniaga Pasar Malam Buat Duit

Biarlah orang lain merungut cuaca sekarang panas terik sehingga mencecah 39 darjah namun bagi kita peniaga pasar malam , musim inilah rezeki kita akan melimpah ruah.
                                 
                                       


Tambahan pulak bagi mereka yang berniaga air berkonsepkan balang yang sudah pastinya kandungan ais mencecah sehingga belasan bag setiap hari, syukur alhamdullilah kehadrat Allah ...Inilah masa yang terbaik bagi kita melonjakkan jumlah perniagaan.

Tentu saudara sekalian masih ingat lagi tahun lepas , bermulanya September 2014 hujan turun mencurah curah setiap hari sehingga ke Disember dan kita menjangkakan ianya akan tamat namun Allah lebih mengetahui apabila hujan berterusan sehingga ke akhir Januari 2015. Dan terlebih kita simpati lagi kepada kawan kawan yang di sebelah pantai timur yang mengalami banjir luar biasa mengakibatkan mereka kehilangan harta benda yang cukup banyak disamping tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Bersyukulah kita yang berada di zon Utara yang masih mampu menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa walaupun hujan mencurah namun perniagaan masih menguntungkan. Maka rebutlah peluang sekarang ini dikala Allah mengurniakan cuaca yang panas ini...Allah tidak pernah menzalimi umatnya, Allah maha adil apabila dalam setahun di bahagikannya sama rata musim panas dan lembab.

Bagi peniaga peniaga yang masih baru dan ingin memulakan perniagaan pasar malam, inilah masa yang terbaik untuk anda teruskan niat dan cita cita anda bergelar seorang usahawan pasar malam. Mulakan langkah kanan anda sekarang dan nikmati pendapatan sehingga belasan ribu ringgit sebulan hanya di pasar malam, jangan lagi menoleh ke belakang dan terus mara kehadapan, insyallah anda mampu lakukanya dan saya yakin anda pasti berjaya...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

No comments :