nuffnang1

.:)

Jan 28, 2015

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

Tajuk hari ini memang agak menarik dan mungkin ada dikalangan mereka yang berminat untuk berkhidmat didalam Tentera Udara akan terjumpa blog ini semasa sedang browse Google.

Tujuan saya mengambil entry berkaitan Tentera Udara adalah kerana pengambilan baru akan diadakan pada 4 dan 5 Mac 2015 di Pangkalan Udara Butterworth . Sebabnya adalah kerana anak saya sendiri telah menyuarakan hasratnya untuk menyertai pemilihan terbuka nanti kerana ramai kawan kawan yang ingin menyertainya.

Disinilah bermulanya kerjaya saya didalam ATM selama 22 tahun dan mula berpencen pada tahun 2008 dan pasukan akhir saya adalah TUDM Butterworth. Mungkin anak saya berminat disebabkan pernah melihat bapa menyarung Uniform tentera. Namun apa yang di lihat tidak seindah apa yang pernah saya lalui.

Saya cuba meyakinkan anak saya agar meneruskan perniagaan pasar malam yang telah saya usahakan selama 17 tahun dan cuba meyakinkan yang pendapatan hasil pasar malam jauh lebih lumayan dari pendapatan seorang anggota tentera kerana saya sendiri telah alaminya.

Saya cuba meyakinkan anak saya juga, kalau kita tiada perniagaan sudah pastinya saya membenarkan beliau berkhidmat dengan tentera, tetapi disebabkan perniagaan telah kita ada maka sebaiknya teruskan perniagaan yang menguntungkan ini. Memanglah kalau orang dengar niaga di pasar malam langsung tidak glamour tapi dari segi pendapatan jauh lebih glamour ......cumanya dengan berniaga kita kena pandai menyimpan wang dan bijak menguruskan perniagaan sebaik mungkin..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM SEGERA DISINI

No comments :