Perniagaan Bazaar Ramadan tahun ini menyaksikan kejatuhan dalam perniagaan saya yang setiap hari boleh di katakan menjunam.
Banyak modal yang telah saya keluarkan dengan mengubah tapak Bazaar Ramadan yang pada asalnya di tasek Glugor Seberang Perai. Bazaar Ramadan Tasek Glugor masih lagi berkonsepkan ala kekampungan yang kuasa membeli terlalu sedikit dan pelanggan hanya berkunjung sekadar bersantai sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Tambahan pulak kebanyakan peniaga terdiri dari mereka yang membuka gerai-gerai kecil sekitar Tasek Glugor dan mereka masih lagi menggunkan konsep " Mengawal Kawasan", iaitu aku orang lama..hampa orang baru . Walhal peniaga yang berniaga mungkin lebih lama berniaga dari mereka ini cuma umur yang membezakannya.
Namun apa pun inilah pengalaman baru bagi saya dan sebagai rujukan untuk anda semua di lain masa agar tidak memlilih Bazaar Ramadan di kawasa-kawasan kampung.
Untuk maklumat anda semua, bazaar ramadan yang terbaik adalah di kawasan bandar-bandar yang mana kuasa membeli amat tinggi, begitu juga jangan mencari bazaar ramadan di sekitar kawasan IPT kerana kebiasaanya kuasa membeli pelajar-pelajar amat rendah sekali. Namun ia bergantung kepada jenis menu jualan anda. Rata-rata pelajar hanya akan membeli jenis menu seperti makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam goreng dan keropok lekor.
Jangan risau atau bimbang, mungkin tahun ini bukan rezeki saya dan anda menjana pendapatan di Bazaar Ramadan dan kita harus yakin dan percaya bahawa rezeki itu tetap akan ada selagi kita berusaha mencarinya. Jadikan sebagai pengalaman yang amat berharga pada tahun ini sebagai panduan untuk menjana pendapatan yang lebih hangat dan hebat di tahun dan masa hadapan.
Saya mencadangkan kepada anda Bazaar Ramadan Bandat Baru Perda kepada mereka yang menetap di sekitar Seberang Perai sebagai alternatif untuk berniaga di tahun hadapan.
Saya sendiri pun tahun ini terumbang ambing dan tidak sabar untuk kembali ke pasar malam kerana pendapatan di pasar malam lebih hebat daripada Bazaar Ramadan.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI SINI DENGAN DISKAUN
No comments :
Post a Comment