nuffnang1

.:)

Jul 25, 2013

RM500 Bantuan Khas Raya 1434 Hijrah - 2013

Peruntukan RM835j kepada penjawat awam dibayar akhir bulan

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 


                           

                                          Note RM500 Lama, Cantik Tak?????

Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta.

Marilah sama-sama kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM yang kita sayangi diatas keperihatinan memberi Bantuan Khas Ini . Bagi saya serta rakan-rakan yang telah berpencen dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, kami amat bersyukur sangat-sangat dan hanya Allah mampu membalas jasa serta budi Kerajaan malaysia. Walaupun mungkin tidak banyak mana , namun ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi kami pesara menyambut 1 Syawal yang bakal tiba 2 minggu lagi.

Amin amin yab Rabbalalaminnn....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PALING BERKESAN UNTUK ANDA 

Jul 21, 2013

Up- Town Perda Di Buka Semula

Kisah Up - Town Perda yang menjadi bualan ramai sejak bulan lepas telah mulai kembali reda apabila pihak berkuasa tempatan (MPSP) telah mengeluarkan lesen kepada penganjur bagi meneruskan perniagaan ini ,

Namun setiap peniaga yang menjalankan perniagaan disini di pilih dengan teliti oleh penganjur dan tapak-tapak yang disediakan terhad kepada mereka yang telah lama atau yang berniaga setiap hari. Namun penguatkuasaan tidak membenarkan aktiviti perniagaan dilakukan dihadapan kedai-kedai seperti yang telah dinyatakan dahulu.

Begitu juga makan dan minuman tidak di benarkan kerana bakal menyebabkan kawasan menjadi kotor. Yang di benarkan menjalankan aktiviti perniagaan makan dan minuman adalah mereka yang mempunyai kedai tetap seperti Nasi kandar nashmir, Gemilang dan sebaginya.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK ANDA MEMBUAT PERSEDIAAN SELEPAS RAMADAN

1434 Hijrah - 2013 - Bazaar Ramadan Merudum

Perniagaan Bazaar Ramadan tahun ini menyaksikan kejatuhan dalam perniagaan saya yang setiap hari boleh di katakan menjunam.



Banyak modal yang telah saya keluarkan dengan mengubah tapak Bazaar Ramadan yang pada asalnya di tasek Glugor Seberang Perai. Bazaar Ramadan Tasek Glugor masih lagi berkonsepkan ala kekampungan yang kuasa membeli terlalu sedikit dan pelanggan hanya berkunjung sekadar bersantai sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Tambahan pulak kebanyakan peniaga terdiri dari mereka yang membuka gerai-gerai kecil sekitar Tasek Glugor dan mereka masih lagi menggunkan konsep " Mengawal Kawasan", iaitu aku orang lama..hampa orang baru . Walhal peniaga yang berniaga mungkin lebih lama berniaga dari mereka ini cuma umur yang membezakannya.

Namun apa pun inilah pengalaman baru bagi saya dan sebagai rujukan untuk anda semua di lain masa agar tidak memlilih Bazaar Ramadan di kawasa-kawasan kampung.

Untuk maklumat anda semua, bazaar ramadan yang terbaik adalah di kawasan bandar-bandar yang mana kuasa membeli amat tinggi, begitu juga jangan mencari bazaar ramadan di sekitar kawasan IPT kerana kebiasaanya kuasa membeli pelajar-pelajar amat rendah sekali. Namun ia bergantung kepada jenis menu jualan anda. Rata-rata pelajar hanya akan membeli jenis menu seperti makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam goreng dan keropok lekor.

Jangan risau atau bimbang, mungkin tahun ini bukan rezeki saya dan anda menjana pendapatan di Bazaar Ramadan dan kita harus yakin dan percaya bahawa rezeki itu tetap akan ada selagi kita berusaha mencarinya. Jadikan sebagai pengalaman yang amat berharga pada tahun ini sebagai panduan untuk menjana pendapatan yang lebih hangat dan hebat di tahun dan masa hadapan.

Saya mencadangkan kepada anda Bazaar Ramadan Bandat Baru Perda kepada mereka yang menetap di sekitar Seberang Perai sebagai alternatif untuk berniaga di tahun hadapan.

Saya sendiri pun tahun ini terumbang ambing dan tidak sabar untuk kembali ke pasar malam kerana pendapatan di pasar malam lebih hebat daripada Bazaar Ramadan.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI SINI DENGAN DISKAUN   

Jul 10, 2013

Bazaar Ramadan Tasek Glugor

Hari ini saya mulai berniaga di Bazaar Ramadan tasek Glugor yang terletak berdekatan Komplek Komuniti dan suasana permulaaan ramadan memang cukup hebat dan amat menarik.

Namun dari segi jualan masih kurang memuaskan. Kita lihat nanti hari esok dan seterusnya bagaimanakah rentak kepada pembeli.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA

Selamat Menyambut Ramadan Al- Mubarak 1434 Hijrah

Selamat menyambut ramadan saya ucapkan kepada semua sahabat handai dan taulan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog pasar malam ini.

Mungkin sedikit terlambat ucapan diucapkan namun saya tidak pernah lupa kepada semua umat Islam dan semoga Ramadan tahun ini memberi lebih keberkatan kepada kita semua.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DISINI SEGERA