nuffnang1

.:)

Aug 16, 2010

Ramadan Yang Cukup Meriah


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...semoga ramadan ini kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan pada kita ..amin..

Seronok betul dalam bulan ramadan ini ..yang mana bukan umat Islam sahaja menyambutnya malah juga di sambut oleh bangsa asing seperti Cina, India dan lain lain. Mereka menganggap bulan ramadan adalah bulan pesta makanan dan mereka cukup seronok membeli belah dengan pelbagai juadah....

Setiap hari saya akan mengambil kesempatan melawat ke tapak tapak Bazaar Ramadan di sekitar Seberang Perai dan gembira sungguh tengok ramai peniaga peniaga yang pandai mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan di bazaar Ramadan...hebat hebat cukup hebat....pendapatan tambahan untuk persiapan hari raya...

Petang tadi saya berkesempatan ke tapak bazaar Ramadan di hadapan Balai Polis Butterworth...tidak berapa besar tetapi ramai pembeli...tahniah kepada penganjur yang berjaya membuka satu lagi tapak baru dan memberi rezeki kepada peniaga peniaga...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI PERCUMA

No comments :