nuffnang1

.:)

Jan 6, 2017

2017 Tahun Mencabar Buat Peniaga Pasar Malam

Kenaikan Harga Barang Dan GST Membebankan Peniaga Pasar Malam

Tidak dinafikan seluruh rakyat Malaysia amat merasai keperitan kos kehidupan kini. Apatah lagi dengan GST yang mula dikuatkuasakan.

Rungutan demi rungutan disuarakan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kami peniaga kecil pasar malam namun hanyalah sekadar meluahkan rasa kekecewaan hati.

Peniaga yang terasa sangat kejatuhan harga ringgit di pasaran antarabangsa adalah peniaga yang berorientasikan bahan mentah yang diimport umpamanya daging lembu dan daging kambing.

November dan Disember 2016 cukup memberi kesan yang amat ketara dan cukup membebankan saya dan rakan-rakan lain. Kenaikan harga yang mendadak ekoran ringgit jatuh teruk dan pertukaran wang untuk membeli produk dari India menggunakan dollar Amerika yakni USD.

Harga barangan yang kami jual masih pada harga lama dan kekal sebegitu buat masa kini. Lantaran kenaikan harga pasaran menjadikan margin keuntungan kami susut lebih 40% pada keuntungan asal.

Untuk mengatasi kerugian dan mencari sumber kewangan ramai di kalangan kami mencari alternatif lain dan mencari sumber lain bagi menampung wang sara hidup untuk demi kelangsungan mencari sumber rezeki yang halal.

Pelbagai peluang yang ada di depan mata kami cuba usahakan dan lakukan. Namun ramai yang gagal dan ada yang terpengaruh pelbagai skim cepat kaya dan pelaburan forex yang menjanjikan keuntungan lumayan dan mimpi indah.

Saya juga pernah melakukan pelbagai perniagaan sejak 2007 dan pasar malam merupakan perniagaan hakiki saya.

Menjual ebook online, menjual pakaian di Ebay, Amazone.com, menjadi affiliate dan saya juga ada produk sendiri ebook pasar malam saya jual pada harga RM69.99.

Semua perjalanan yang saya lalui menjadikan saya lebih matang dan saya lebih kental dalam kehidupan ini.

Sehinggalah awal tahun 2016 apabila adik saya memperkenalkan Sim Kad Tune Plus yang menjanjikan keuntungan hakiki dengan sekali menjual kekal hingga akhir hayat dan boleh di warisi selagi mereka yang menggunakannya terus membuat topup.

Kegunaan sendiri juga kita di bayar sebanyak 3% dan orang di bawah tajaan kita apabila topup kita akan dapat pulangan sebanyak 13%.

Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda bagaimana kami menjana pendapatan pasif akibat kepayahan hidup suatu ketika dahulu dan sehingga kini saya masih berniaga di pasar malam dan terus berusaha memaklumkan kepada orang ramai akan kebaikan dan keuntungan kami jana dengan tone talk tune plus...

ANDA INGIN KETAHUI LANJUT SAYA JANA PENDAPATAN PASIF TUNE TALK KLIK DI SEGERA.

Jan 4, 2017

Kelebihan Menggunakan Tunetalk Aka Toneplus

Peluang Anda Jana Pendapatan Pasif Hingga Ke Anak Cucu


Salam sejahtera,

Nama saya Zul Karnai. Saya hanya perlukan masa anda selama beberapa minit untuk membaca

tentang kelebihan yang boleh diberikan oleh sekeping simkad.



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.

Sebelum itu, sila jawab soalan berikut dalam hati dan fikirkan untuk jangka masa panjang.


1. Apakah Syarikat penyedia telco anda?

2. Berapakah jumlah TopUp anda dalam sebulan?

3. Apa yang anda dapat selain daripada Call, SMS, Data?

4. Berapa lama lagikah tempoh anda akan menggunakan telefon bimbit?

5. Adakah anda berminat jika anda boleh menikmati lebih banyak kelebihan sebagai pengguna telefon bimbit?


Contohnya insurans eTiQa Takaful (Rm50000) PERCUMA, Tiket penerbangan AirAsia PERCUMA, Pakej UMRAH / PERLANCONGAN PERCUMA, Data PERCUMA, Panggilan PERCUMA, Diskaun sehingga 30% di TuneHotel dan sebagainya !

Baiklah, disini saya ingin memperkenalkan sekeping simkad yang

dinamakan TONEPLUS. Sekeping simkad yang mampu membantu untuk memudahkan hidup anda !

 Ada beberapa persoalan yang sering menjadi isu di dalam TONEPLUS ini.

1. Guna line apa ?
-TuneTalk, TuneTalk pula menggunakan line Celcom.

2. Internet laju tak ?
-Simkad ni boleh upgrade ke 4G. Cuma tambah RM10 untuk mendapatkan simkad 4G

3. Dimana ada jual topup TONEPLUS ?
-TonePlus ni menggunakan line TuneTalk, so topup guna kupon TuneTalk.

4. Berapakah nilai yang harus dibayar untuk menjadi ahli ?
-Cuma RM98 untuk seumur hidup. Kecuali anda hidup dua kali barulah anda bayar dua kali. RM98 tu simpan takkan kaya, hilang takkan miskin.

5. Apa beza TONEPLUS dengan TONE EXCEL ?
-TP & TE ni diibaratkan adik-beradik. Kedua-dua anak syarikat ini dimiliki oleh syarikat TONE GROUP SDN.BHD. Kelebihannya semua sama, hanya marketing plan dan komisyen yang berbeza.

6. Boleh kekal nombor lama tak?
-Boleh, cuma perlu pastikan nombor lama anda tiada kontrak dan simkad tersebut didaftarkan atas nama anda (jika nama pada simkad bukan atas nama anda, terlebih dahulu perlu pergi ke service centre untuk membuat pertukaran hak milik)

7. Kalau saya berada jauh dari lokasi anda, bagaimana cara untuk saya mendaftar dan mendapatkan simkad eksklusif ini?!
-Semua masalah boleh diatasi, Pos Ekspress kan ada. Sebaik sahaja anda membuat pendaftaran dan menunjukkkan bukti pembayaran, saya akan menghantarkan simkad ke alamat surat-menyurat anda.

8. Apa kelebihan simkad ini ?
-jawapan adalah seperti berikut. Sila bandingkan dengan simkad yang anda sedang guna.


Antara kelebihan jika anda menjadi pengguna TONEPLUS:

1. Sebaik sahaja anda membayar yuran pendaftaran sebagai ahli TONEPLUS (RM98), anda akan dapat sekeping simkad TTTP PERCUMA. Anda boleh mengekalkan nombor kesayangan anda, cuma perlu tukar Plan ke TONEPLUS (T&C). Di dalam simkad tersebut sudah tersedia:

(a) Kredit RM30

(b) 1GB data percuma

(c) 30minit panggilan percuma untuk semua rangkaian di Malaysia

(d) 70 BigPoints

(e) 3% CashBack ke dalam akaun bank anda.


2. Anda boleh menikmati AirTime PERCUMA, boleh Call, SMS, melayari Internet. Setiap kali anda TopUp RM30 dan keatas anda akan menikmati pelbagai ganjaran percuma seperti Data, Call, SMS.

3. Pengguna simkad TONEPLUS dilindungi oleh insurans kemalangan eTiQa Takaful yang bernilai RM50,000 (T&C). Anda hanya perlu tambah nilai minimum RM50 sebulan dan anda akan dilindungi insurans selama sebulan pada bulan seterusnya.

4. Setiap kali anda TopUp walau berapa pun nilai, anda akan mendapat mata ganjaran yg dipanggil BigPoints secara percuma. BigPoints ini akan terkumpul dan boleh digunakan untuk menebus Tiket penerbangan AirAsia secara PERCUMA ! BigPoints TIADA tarikh luput.

5. Pengguna TONEPLUS boleh menikmati DISKAUN penginapan di TUNE HOTEL sehingga 30%.

6. Peluang cabutan bertuah BULANAN / TAHUNAN. Jika anda mengekalkan nombor telefon anda dan tukar Plan ke TONEPLUS, anda akan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah. Hadiahnya sangat lumayan ! Hadiah yang diadakan tahun ini adalah cabutan bertuah bernilai RM1 juta tempat pertama. Bermula dari 22 Dis 2016 sehingga 31 Dis 2017.

7. Pengguna simkad TONEPLUS juga berpeluang untuk mendapat Insentif PERCUTIAN dan UMRAH secara PERCUMA !

8. Yang ini paling penting. Sebaik sahaja anda mendaftar anda berpeluang untuk menjana pendapatan secara PASIF setiap bulan. Dan pendapatan ini tiada had.

9. Hanya syarikat Tone Group sahaja yang berani untuk kongsikan keuntungan kepada penggunanya. Cuba fikir, setiap kali anda topup anda diberi pulangan duit sebanyak 3%-7% kedalam akaun bank anda. Pernahkah telco anda memulangkan wang walaupun sepuluh sen setiap kali anda topup sebelum ini ?

Jika anda memperkenalkan dan menaja simkad ini kepada rakan anda, syarikat Tone Group akan memberikan GANJARAN KOMISYEN sebanyak 3%-32% !
TONEPLUS menggunakan khidmat talian TUNETALK. TuneTalk pula adalah anak syarikat kepada CELCOM. jadi, dimana ada talian CELCOM disana ada TONEPLUS !
TOPUP TuneTalk boleh didapati dimana-mana kedai topup / ejen topup yang berdekatan dengan anda.


Jika topup RM30 anda dapat:

Baki kredit RM30
1GB HIGH SPEED DATA FREE
30MIN FREE LOCAL CALLS
3% CASHBACK
70 BIGPOINTS


Jika topup RM50 anda dapat:

Baki kredit RM50+RM10
1.5GB HIGH SPEED DATA FREE
50MIN FREE LOCAL CALLS
3% CASHBACK
120 BIGPOINTS
eTiQa Takaful RM50,000 (T&C)


Kenapa perlu menjadi pengguna yang bijak?

Cuba fikirkan balik, berapa lama sudah anda menjadi pengguna handphone ?
Berapa banyak sudah duit yang anda labur untuk topup handphone ?
Pernahkah anda mendapat perlindungan insurans secara percuma hanya kerana anda topup untuk beli data ?

Sampai bila anda akan menjadi pengguna handphone ?

Jika anda tidak upgrade simkad ke TONEPLUS, berapa banyak lagi duit anda yang akan hangus ?
Adakah simkad yang anda pakai sekarang menawarkan tiket AirAsia secara percuma ?
Adakah anda berminat jika handphone anda dijadikan sebagai tabung ?

Setiap kali anda topup anda diberi pulangan 3% kedalam akaun bank, ya cuma sen-sen. Tapi, setiap kali harga Petrol meningkat walaupun sen-sen, adakah anda akan mengeluh? Rasa makin kesempitan kewangan? Marah?



Adakah anda ingin terus topup untuk membeli data sahaja, atau anda ingin topup untuk membeli dan mendapat data secara percuma ?

Hanya guna simkad seperti biasa, anda boleh menikmati lebih banyak kelebihan !
RM98 SIMPAN TAKKAN KAYA, KALAU HILANG PUN TAKKAN RUGI !

JADI APA KATA ANDA? YES / YES ? JAWAPAN HANYA SATU.
Untuk pendaftaran/pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya melalui whatsapp/call/sms
+60134704110 Zul Karnai Aka Aree

Dec 12, 2016

Syirik Pelaris Dalam Perniagaan

Menggunakan Jin Untuk Laris Bisnes Undang Kemurkaan Allah S.W.T


Perkara yang wujud sejak sekian lama oleh pelbagai masyarakat.

Pangkat, kuasa dan mahukan keuntungan dengan cara yang mudah serta cepat menyebabkan ada

 individu sanggup membelakangkan hukum agama dengan menggunakan makhluk halus sebagai

pelaris atau pemanis.


Walaupun perkara berkenaaan dianggap sudah ketinggalan zaman namun masih mendapat

permintaan tinggi terutama daripada pemilik kedai makan untuk melariskan perniagaan mereka.

Malah, ada antara jurujual juga didapati menggunakan jin sebagai 'pemanis' supaya orang ramai atau

pelanggan tunduk kepada mereka dan mengikut saja kemahuan akibat penangan penggunaan

 makhluk halus itu.


Walaupun tindakan itu salah di sisi agama  namun hanya kerana tamak mereka sanggup mengambil

risiko dengan mempertaruhkan aqidah demi memastikan perniagaan dijalankan mendapat sambutan.

" Kebiasaannya, individu yang menggunakan khidmat jin untuk menjadikan dirinya kelihatan

menarik dan orang ramai pula tunduk kepada kemahuannya selain pemilik kedai makan dapat

menarik lebih ramai pelanggan," kata pengasas dan juga Pakar Kajian Alam Mistik Profesor Datuk

Dr Engku Ansaruddin Agus.


Pendedahan oleh Harian Metro semalam berkenaan permintaan khidmat jin mendapat permintaan

tinggi dan mempunyai pembeli tegar amat mengejutkan hingga ia dijadikan bahan dagangan oleh

segelintir pengamal ilmu hitam demi mendapat keuntungan berlebihan.


Dengan harga antara RM500 dan RM1,000 setiap satu jin pengamal ilmu hitam itu akan menjalankan

 tugas 'tuan barunya' termasuk memberikan rasa hormat, pelaris perniagaan, menimbulkan gerun dan

penunduk bergantung kepada hasrat pemilik
.

Selain itu, beliau berkata, pengamal dan pengguna ilmu hitam itu perlu mengetahui bahawa

penggunaan 'pelaris atau pemanis' terbabit boleh mendatangkan keburukan kepada pemakainya

malah turut menyusahkan ahli keluarga yang lain.

"Setiap pemilik atau pengamal ilmu hitam ada pantang-larangnya dan sekali gus perbuatan berkenaan adalah syirik kerana kita tunduk kepada kemahuan makhluk halus.

"Sebaiknya adalah mengamalkan sunah Rasulullah dan ayat suci Al-Quran dalam melariskan perniagaan atau kekal menarik kerana ia lebih banyak memberi kebaikan kepada pengamalnya," katanya.

Admin amat berharap agar kawan-kawan seangkatan dalam perniagaan pasar malam menggunakan jalan yang benar untuk mengaut keuntungan dan jauhkan perkara syirik.


Dec 2, 2016

Etika Whatsapp

Whatsapp Mempertemukan Sahabat Lama Dan Whatsapp Juga Memecah Belah Sahabat


Hakikat Dan Kebenaran Yang Tak Boleh Dinafikan...

Whatsapp diperkenalkan bertujuan memudahkan perhubungan antara seseorang, begitu juga fb bagi

membantu menyalurkan maklumat samada pelajar atau pekerja dan berhubung sesama rakan.


Whatsapp mempertemukan kita (yakni kawan lama yg terputus hubungan) dan Whatsapp juga

memecah belah sesama kita akibat tidak sehaluan dan tidak sependapat serta masing-masing cuba

menegakkan hujah sendiri.


Namun dalam etika berwhatsapp perlu diingatkan bahawa setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing dan apa sahaja senda gurau dalam berhubung dengan medium ini tidak semua ahli

kumpulan mempunyai pendapat yang sama.


Akibat tidak sehaluan inilah maka pelbagai perkara negatif bakal berlaku sesama ahli dalam

kumpulan atau group whatsapp tersebut. Mulanya perbualan biasa dan akhirnya berkesudahan

dengan dendam amarah yang meluap-luap akibat hati disakiti. Anda boleh fikirkan sendiri apa bakal

berlaku sesudah itu.


Pastinya akan ada yang meninggalkan group (left group). Ada juga yang masih kekal dalam group

tersebut namun akan sentiasa mencari pasal sekiranya orang yang beliau dendami membuat apa

sahaja posting dengan niat agar komen tersebut di balas dengan komen negatif. Maka akan marak api

kemarahan sehingga ada ketikanya di bawa hingga ke dunia luar. Perkara ini pernah berlaku sehingga berlakunya pertumpahan darah.


Dalam berwhatsapp setiap dari ahli perlulah mempunyai jati diri yang tinggi dan jiwa yang kental.

Jangan terlalu mudah sensitif dengan apa yang diperkatakan oleh ahli kumpulan. Sikap mendiamkan

 diri dan sekadar menjadi pembaca juga bukanlah sesuatu yang baik. Untuk memeriahkan group dan

bertahan lama seharusnya setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing. Mungkin

ada orang berkata whatsapp untuk menyalurkan maklumat kiranya ada kecemasan, namun bagi saya

....medium lama juga boleh digunakan seperti messenger dan talipon. Justeru itu mereka sekadar

menjadi pemerhati. Lama kelamaan ahli group lain juga semakin hari semakin hilang idea lantas

menjadi pemerhati juga. Akhirnya group whatsapp tersebut akan berkubur.


Sebab itu saya sentiasa ingatkan kawan-kawan agar tidak terlalu merendah diri dengan apa yang kita

 ada dari segi kehidupan, pekerjaan, anak-anak dan keluarga masing-masing. Kita berkawan bukan

kerana harta, kita berkawan disebabkan kita pernah bersekolah, satu asrama, satu kolej, satu

universiti, satu kampung, satu intake, satu kompeni dan satu platun. Itu tujuan kita kembali

mewujudkan kembali kumpulan dalam whatsapp. Nasib dan rezeki seseorang tidak sama begitu juga

pandangan serta perangai juga berlainan. Kita jangan anggap kita suka itu orang lain juga suka

justeru itu sikap keterbukaan adalah "SOLUTION". Sebab itu saya selalu katakan " Don't Drop Your

 Self" ataupun "Do Not Down Your Self". Moto dan motivasi saya berikan pada rakan-rakan yang

terlalu negatif pada diri sendiri dan orang lain. Biar apa orang nak cakap...katakan yang anda lagi

hebat. Kehebatan seseorang tidak sama. Mungkin kawan anda hebat dari segi pelajaran namun anda

 hebat dari segi lain. Mungkin pekerjaan anda tidak sehebat rakan lain namun mungkin anda lebih

beruntung dari segi lain.


Pembersihan hati memainkan peranan paling penting untuk pembersihan minda. Kalau anda sentiasa

negatif pasti jiwa anda tidak akan tenteram. Siang malam asyik memikirkan apa yang ahli group

perkatakan maka anda sebenarnya seorang " LOSSER". Maaf kerana mungkin ianya agak kasar akan

tetapi bukan ditujukan kepada anda...ianya kepada mereka-mereka yang sering bersikap negatif. Prof

DR Hamka pernah berkata, " Manusia yang paling rugi adalah yang sentiasa mengenang perkara

lepas dan enggan melepaskanya.


Ada ketikanya mereka yang negatif, ahli group berbicara sesuatu perkara dia akan anggap orang

sedang memperkatakan dirinya...ahhhh cukup sensitif...


Lontaran idea seseorang perlu kita hormati walaupun hakikatnya idea tersebut tidak matang atau

logik akal untuk diterima...teguran bukan bermakna marah atau sakit hati...itu perbincangan normal

 bagi mereka yang berminda positif namun tidak kepada yang negatif...


Kita perlu sentiasa berfikir secara rasional dan terbuka untuk menerima segala segala pendapat tanpa

mempunyai prejudis atau prasangka. Orang yang berfikiran positif akan sentiasa berminda sihat,

hidup ceria dan bahagia selalu.


Setakat itu untuk malam ini, andai ada kata dan silap saya mohon jutaan ampun dan maaf...Ini

hanyalah sekadar pendapat saya ..