nuffnang1

.:)

Mar 7, 2013

Hujan Di Pulau Pinang

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sebelum meneruskan penulisan ini saya ingin mendoakan agar Allah melindungi seluruh Anggota Pasukan Keselamatan kita yang sedang menjalankan "OPS DAULAT" di Lahad Datu, Sabah.

Saya amat yakin akan kemampuan serta semangat juang yang tinggi didalam diri setiap anggota keselamatan kita. Jadi semoga tidak ada orang yang mempertikaikan tahap kekuatan anggota Keselamatan kita. Sebagai seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat selama 22 tahun dan pernah terlibat didalam Operasi Hutan termasuk juga berkhidmat di Bosnia Herzegovina maka saya tahu anggota Keselamatan Kita memang mampu menangani penceroboh ini.

Tahniah dengan kerjasama Polis dan ATM menangani penceroboh ini.

Baik lah kita kembali semula soal perniagaan pasar malam kita..yang nampaknya hujan kembali turun tanpa berjadual. Dalam tahun 2013 ini memang nampaknya banyak hujan dan keadaan susah untuk di ramalkan. Ramalan cuaca yang terkini juga melapurkan bahawa kawasan Pulau Pinang akan hujan pada malam ini. Sewaktu saya sedang menaip ini juga hujan sedang turun dengan lebatnya dan kawasan perniagaan saya hari ini adalah di Tasek Glugor yang memang sudah sinonim dengan kawasan hujan. Dan tidak pasti samada kawasan ini akan hujan pada sebelah malamnya.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang ini hanya gunakan kemahiran dari segi pengalaman bagi mengurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan tanpa terpaksa mengeluarkan modal tambahan kerana hujan sekarang ini tidak lagi bermusim. Sebagaimana berlakunya banjir baru-baru ini di Negeri Kelantan yang mana sepatutnya tidak berlaku banjir pada Feb dan Mac.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DIMUSIM HUJAN INI


Mar 5, 2013

ATM Dan Polis Gempur Penceroboh Kesultanan Sulu

Setelah rundingan perdamaian gagal dan penceroboh semakin ganas....maka Pasukan Keselamatan  Negara telah mulai menggempur penceroboh di Lahad Datu. Operasi besar-besaran ini bermula dengan serangan Udara oleh pihak TUDM dan ledakkan Mortar kata PM.

Sama-sama kita doakan agar wira-wira Negara akan sentiasa dilindungi dan berjaya menghapuskan penceroboh negara.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN KADAR SEGERA

Mar 1, 2013

HUT Tentera Darat Ke - 80

Selamat menyambut Hari Tentera Darat yang ke 80 pada 1 Mac 2013...walaupun telah bersara dari perkhidmatan selama 5 tahun namun semangat saya masih kental dalam perkhidmatan ini...Tahniah buat Panglima Tentera Darat dengan kemajuan yang semakin mampan dalam anjakkan tranformasi Tentera darat di bawah pimpinan yang berbahagia Jenderal Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli b. Haji Zainal Abidin.

                                                             ptd
                                                                                     
       JENDERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HAJI ZAINAL ABIDIN

           PGAT  PSM  PJN SIMP SPTS SSTM SPKK DHMS DGPN PSAT DPTS DGMK PAT JSM KMN                
                                                                     BSK AMK PJM
                                    rcdc mpat Imt MM (AIM) Manila ADBM (Wales)

Posting ini khas buat seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat Khasnya serta seluruh warga Pesara Angkatan Tentera Malaysia. Semoga kita semua sentiasa di rahmati Allah hendaknya.

Tentera Darat lebih berkarisma dan Warga TD berwibawa serta berdaya saing....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN TAWARAN 50% BUAT SELURUH WARGA TENTERA DAN PESARA TENTERA SEHINGGA 30 MAC 2013.

Ramalan Cuaca Pulau Pinang Mac 2013

Jumaat, 01/03/2013 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 02/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Ahad, 03/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Isnin, 04/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Selasa, 05/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Rabu, 06/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan