Wednesday, November 4, 2009

November Dan Disember Kurang Sesuai


Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog Pasar Malam.

Hari ini saya ingin membicarakan strategi anda memulakan perniagaan Pasar pada masa masa yang sesuai.

Jika anda ingin memulakan perniagaan Pasar Malam anda dalam bulan November dan Disember rasanya kurang sesuai sebab faktor cuaca yang tidak menentu dalam bulan tersebut. Ya memang la kalau nak di ikutkan cuaca sekarang ni hujan tanpa bermusim namun apa yang pasti dalam bulan 11 dan 12 hujan akan turun lebih banyak berbanding bulan bulan yang lain.

Apa yang saya khuatirkan adalah kemungkinan bagi peniaga baru , mereka tidak akan dapat bertahan lama jika terpaksa menempuh situasi begini...mana tidaknya asyik makan modal ja..kalau sehari atau 2 hari tak mengapalah...tapi andainya sampai 2 minggu atau sebulan macam mana....

Jadi nasihat saya...eloklah di tangguh dulu atau pun sebaiknya buat study dulu sebelum masuk pasar malam...dan mulakan perniagaan anda pada awal Januari 2010 nanti...kerana bulan Januari adalah yang paling sesuai..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA

Wednesday, October 21, 2009

Merosot Selepas Hari Raya

Salam buat anda semua, saya pasti ramai di kalangan kita menghadapi situasi yang sama iaitu perniagaan merosot dan terjejas selepas hari raya...tapi kali ini agak sedikit kelainan kerana perniagaan saya terus terusan merudum.

Dan mungkin juga disebabkan faktor ekonomi yang teruk serta gaji dah di bayar awal di tambah plak raya Deepavali dan dapat gaji awal jugak, maka mungkin ramai orang mengumpul wang untuk persiapan bulan depan memandangkan gaji di jangka dibayar lewat hujung bulan.

Saya juga semakin di timpa masalah apabila 2 pekerja saya berhenti kerja atas sebab mendapat kerja dengan Kerajaan ...mereka di terima masuk dalam Perkhidmatan ATM. Saya relakan mereka pergi sebab perkerjaan baru mereka lebih menjamin masa depan dan berpencen.

Saya kini sedang mencari pekerja baru dan buat masa sekarang saya terpaksa turun sendiri membantu pekerja lain bagi meringankan bebanan mereka, saya tak kisah sebab saya biasa membuat kerja ini sendiri sebelum membangun naik macam sekarang ni..

Harapan saya jika anda juga mengalami masalah sebegini, banyak bersabar dan tawakal serta berusahalah agar perniagaan anda maju semula. Jangan mudah putus asa dan banyak berdoa pada Allah, insyallah akan datang keberkatan serta jalan kejayaan...

Jumpa lagi nanti , salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEGERA DISINI SEMENTARA MASIH ADA STOK

Saturday, September 26, 2009

Kembali Berniaga


Salam buat semua..semoga sambutan hari raya anda tahun ini cukup meriah dan hebat...

Saya bercuti selama 7 hari dan hari ni saya mula berniaga kat Pasar Malam seperti biasa...walaupun masih terasa bahang suasana Aidil Fitri namun tugas harian perlu di laksanakan untuk mencari sumber rezeki...saya pasti ramai yang masih bercuti dan ramai juga yang telah start berniaga pada hari raya ke 3 sebab ramai kekawan sms tanya bila nak start...

Apa-apa pun good luck buat anda semua moga sukses...

EBOOK PASAR MALAM YANG TERHANGAT DI BAZAAR BESERTA TIP , GAMBAR YANG PENUH MAKLUMAT

Tuesday, September 15, 2009

Wangian Terhebat Arabiannight >> Peluang Perniagaan



Salam..moga anda sukses menanti kedatangan 1 Syawal dalam 5 hari lagi dan insyallah kita akan merayakannya pada hari ahad nanti 22/9/09...

Saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi peluang perniagaan yang saya rasakan cukup hebat dan menarik seperti yang pernah anda terbaca bagaimana seorang pengawal keselamatan terpaksa menggadaikan barang kemas isterinya untuk di buat modal dan dengan kecekalan dan ketabahan beliau maka kini pendapatan beliau sudah mencecah RM10 Ribu sebulan dengan menjaul One Drop Perfume..

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda bukannya wangian itu tetapi wangian terbaru iaitu Arabiannight yang baru 6 bulan berada dipasaran dan peluang menjana keuntungan cukup hebat kerana masih baru....walaupun banyak wangian berada dipasaran kini tapi haruman Arabiannight memiliki keistemwaannya tersendiri...justeru itu kenapa tidak mencuba..

- ARABIANNIGHT ???? -
Rebutlah peluang pendapatan yang

PALING AGRESIF
di pasaran

Alamilah Satu Pendapatan Yang Berulang-Ulang! Melalui Satu Penyertaan Sahaja!
Kami Ada Cara! Anda Sertai Segera, Baru Percaya!
Bersama kami dan pada masa yang sama nikmatilah produk-produk berkualiti yang memberi lebih nilai untuk wang anda hari ini. Guna minyak wangi sambil menjana pendapatan anda!!!!!


wangi berkepekatan tinggi!!!

Arabian Night Perfumes adalah minyak wangi yang berkepekatan tinggi yang akan bertindak segera dengan suhu sekeliling dan badan anda. Ianya akan mengeluarkan aroma yang halus dan suci sepanjang hari. Tidak seperti minyak wangi beralkohol yang lain, minyak wangi Arabian Night Perfumes tidak akan bertukar menjadi wap sejurus selepas aplikasi ke atas kulit anda.

Diinspirasi oleh jenama antarabangsa !!!!

Arabian Night Perfumes bukan sekadar minyak wangi biasa. Diformulasi dan adunannya diinspirasi oleh jenama minyak wangi terkenal. Dengan minyak wangi kami, anda masih dapat wangian yang sama dengan jenama terkemuka.

Minyak wangi asli !!!!

Minyak wangi Arabian diadun tanpa menggunakan alkohol dan filler komersial yang lain. Jadi ianya sesuai dengan pengguna dewasa ini yang ingin menikmati wangian yang istemewa dan suci. Wangian Arabian Night Perfumes juga amat sesuai dengan pengguna yang beragama Islam yang memerlukan alternatif kepada minyak wangi beralkohol yang terdapat di pasaran. Ianya juga mesra pengguna yang mempunyai masalah alahan kepada bahan kimia di dalam minyak wangi beralkohol yang lain.

Wangian untuk semua!!!

Arabian Night Perfumes amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan suasana. Dengan kelainan di dalam wangian yang kami keluarkan, anda dapat memilih dari wangian kesukaan anda dan nikmati keajaiban Arabian Night Perfumes tatkala ia membangkitkan memori indah dan meningkatkan keyakinan sepanjang hari.

Nilai hebat untuk wang anda !!!

Dengan Arabian Night Perfumes, anda akan memperoleh wangian inspirasi jenama tersohor dan berkualiti tinggi yang kekal harum begitu lama dengan nilai yang hebat. Arabian Night Perfumes, wangian untuk anda dan insan tersayang. Aura Arabian Night Perfumes bersama anda sepanjang masa.


Cuba klik kat sini dan tinjau website yang cukup hebat ini

Friday, September 11, 2009

Pesawat TUDM Terhempas >> Al Fatihah



Al-Fatihah...sekalung doa aku panjatkan buat 2 perwira negara yang telah kembali ke rahmatullah apabila sebuah pesawat Pilatus PC 7 terhempas di Langkawi petang tadi...kedua dua juruterbang ni adalah instructer dan bukan student...jadi apa silapnya....

Raya nak dekat namun segalanya telah di tetapkan oleh Allah...buat keluarga mereka ..banyak banyak lah bersabar dan bertakwa moga roh kedua-duanya di cucuri rahmat ...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI

Thursday, September 10, 2009

Semakin Hampir


Salam...semoga anda sihat walafiat..diam tak diam hari ni dah masuk 20 hari kita berpuasa dan saya pasti ramai antara anda telah berjaya meledakkan perniagaan bazaar ramadan masing masing dan rasanya untung pun dah berlipat kali ganda di bandingkan dengan hari hari biasa....nampak gayanya tahun ni beraya sakan ler anda semua hu hu hu.

Dah nak makin dekat nak raya ni maka makin terasa kepenatanya...saya sendiri pun lepas masak jer...letak kepala sure terlelap punya...tak kira masa..ada ruang jer sikit tarik bantal...namun hati tetap girang coz income yang masyukkk he he he...

Tapi rasa sedih pun ada jugak bila lihat ada antara peniaga peniaga yang dah tak berniaga ...tak pasti kenapa tapi rasanya mungkin mereka tak boleh struggle ?????

Namun bagi anda yang masih meneruskan perjuangan, jangan putus asa kerana ada lagi 9 hari untuk kita ledakkan biz kita...dan senyumlah sentiasa agar rezeki sentiasa murah...lepas raya nanti cuti dulu dalam satu minggu dan nikmati kemeriahan hari raya setahun sekali ni dan jangan tergesa-gesa nak terus berniaga di pasar malam...kerana sebulan kita dah berniaga tanpa rehat...cuba lah nikmati keindahan syawal dengan sepenuhnya...salammmmmmm

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM/BAZAAR RAMADAN ANDA SEMENTARA STOK MASIH ADA

Saturday, August 29, 2009

Rintangan Dan Dugaan Kuasa Allah


Masuk hari ke lapan berpuasa hujan masih lagi turun dan tidak menentu...adakalanya hujan turun waktu pagi sampai lah ke petang dan ada masa hujan turun dari petang sampai lah ke pagi esok...

Mungkin perjalanan bagi peniaga bazaar ramadan tahun ini agak sukar dan terpaksa menempuh liku liku menampal poket nak keluar modal ...namun anggaplah semua ini satu dugaan dari Allah dan saya pasti dengan berkat kesabaran oleh tuan tuan semua pastinya akan datang kejayaan ..insayallah!!!

Cuaca begini tidak pasti sampai bila akan berlarutan dan saya tengok dekat Bazaar Ramadan tempat saya berniaga dah ada peniaga yang bercuti namun saya tidak pasti mereka ni cuti sehari dua atau cuti terus he he he...dugaan ini mungkin cukup hebat di rasakan oleh peniaga peniaga baru yang belum pernah berniaga di bazaar ramadan atau lebih tepat bagi peniaga bermusim....

Namun bagi peniaga peniaga pasar malam , kami dah cukup masak dengan suasana begini kerana kami dah biasa dengan suasana hujan lebat sewaktu berniaga di Pasar Malam dan kerugian adalah perkara biasa bagi kami....mungkin dalam satu bulan kami akan alami 5 ke 6 kali rugi...itulah di namakan perniagaan...penuh ranjau dan duri...namun kami tetap gembira...

Perniagaan saya sedikit merosot walaupun saya masih lagi mencatatkan keuntungan namun keuntungan yang saya catatkan kurang memberansangkan...tapi saya tetap beryukur atas kurniaan Allah kerana saya still masih untung dan bertuah...

Mungkin tahun ini target saya untuk capai keuntungan dalam kitaran belasan ribu tak sampai namun saya masih akan tetap berusaha kerana Ramadan masih ada lagi 22 hari justeru itu saya tidak akan berputus asa dan saya mendoakan cuaca akan berubah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA SIAP RESIPI HEBAT DISINI