Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Oct 21, 2011
Portal Kerajaan Dan Nasib Pasar Malam
Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...saya baru saja selesai menonton rancangan Wanita Bersama ZamZarina dengan tajuk Bajet 2012 untuk Wanita...
Mmmmmm memang rancangan petang ni nampak meriah dengan kehadiran Dato Sri Shahrizat, seorang menteri yang banyak membantu kaum wanita..dan kisah petang ni banyak berkisar soal kejayaan dan membantu wanita dari golongan yang kurang berkemampuan yakni miskin tegar.Kalau dulu sasaran banyak kepada golongan luar bandar dan sekarang ini juga di teruskan kepada golongan sasar di bandar-bandar.
Dan dalam pada itu termasuk yang di sebut adalah kenaikan terbesar golongan pendidik yang 80% di monopoli oleh kaum wanita..memang satu jumlah yang saya agak terkejut kerana di mana cikgu lelaki ..sekadar purata 20% sahaja..adalah kaum lelaki tidak layak menjadi Guru atau dalam erti kata kelulusan mereka tidak cukup untuk menjadi guru..ini bermakna tidak ada kesimbangan.
Memang kita sedar dan ketahui nisbah purata lelaki dan wanita sekarang ini adalah 1:10, Lelaki 1 dan wanita 10. Itulah kejadian yang telah Allah tetapkan dan mengikut Alim ulama wanita akan mencapai satu nisbah yang paling tinggi suatu ketika nanti iaitu purata 1:50 , lelaki 1 dan wanita 50. Anda fikirkan sendiri.
Bagi pendapat peribadi saya dalam pada kerajaan meningkatkan taraf hidup wanita perlu di ambil iktibar jugak untuk kaum lelaki kerana zaman dah makin berubah, zaman lelaki mendabik dada sudah hampir ke penghujungnya, IPT dan IPTS sudah di dominasikan oleh kaum wanita dan terlalu sedikit lelaki yang belajar di situ, kemana perginya kaum lelaki, adakah mereka hanya layak menjadi buruh-buruh dan pekerja am sahaja. Saya menjadi semakin serabut bila memikirkan soal ini dan satu hari nanti juga saya amat yakin Institusi Ketenteraan juga akan di dominasikan oleh kaum wanita..kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terkini.
Dalam arus pembangunan yang serba moden dan canggih yang selari dengan zaman kemajuan Internet yang serba canggih ini kini kaum lelaki semakin ketinggalan dan akan membuatkan kaum wanita mendabik dada mereka. mengapa dan kenapa ini berlaku??? tidakkan di dalam hadis dan al-quran mengatakan sebaik-baik pemimpin adalah golongan Adam dan sebaik baik buah fikiran adalah dari Adam.
Segalanya kini sudah semakin kacau bilau dan haru biru, kemana perginya kaum lelaki .. di peringkat sekolah menengah lagi kaum lelaki sudah menunjukan sifat malas belajar, sering ponteng sekolah, bila usia semakin meningkat dan sudah mendapat perkerja sekadar secukup makan maka segala imbauan dan kenangan silam mula menggamit di memori, teringat leteran ibu bapa satu ketika dahulu agar belajar rajin-rajin demi masa depan yang cemerlang bagi mengubah nasib keluarga dan menambah pendapatan keluarga namun masa tu langsung tak di endahkan...dan kini yang hadir hanyalah satu penyesalan yang tak sudah-sudah di sesalkan...Ya Allah kenapa ini mesti terjadi,, adakah ini juga mungkin akan berlaku dan akan terus berlaku pada masa akan datang..hanya Allah yang maha mengetahui dan akau yakin pasti berlaku sehingga dunia berhenti berputar...kerana kisah sebegini semacam sudah tertulis dan tersurat.
Namun demi meninggkatkan taraf ekonomi maka perlulah usaha sendiri kerana kemampuan diri sendiri di batasi oleh minda sendiri...cuba lah insyallah akan di berkati..salam////
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN TAWARAN HEBAT
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment