nuffnang1

.:)

Jul 25, 2011

Gabungan Dan Sampah



Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat yang sentiasa ternanti-nanti maklumat terkini dari saya...

Pada minggu ini banyak kejadian yang berlaku pada perniagaan Pasar Malam saya yang bercampur aduk, suka dan duka. Namun segalanya telah dapat saya tangani secara baik dan segalanya selesai dengan cara elok...saya terlebih dahulu memohon dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah di atas makbul doa yang saya pohonkan sebelum ini.

Pada tarikh 22hb Julai (Jumaat) merupakan tarikh hari lahir saya dan juga merupakan tarikh penting dalam menentukan tapak lokasi berniaga di Bazaar Ramadan pada tahun ini di Bazaar Ramadan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai.

Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana cabutan undi saya tahun ini memihak kepada saya dan saya mendapat lokasi di hadapan melalui Pintu masuk ke-2 ke Bazaar Ramadan dan insyallah pasti jualan laris tahun ini ...aminnnnn




Dan kejadian kedua pula berkaitan Lokasi sampah dan tapak sampah di lokasi Pasar Malam Mengkuang, Penanti. Pada 17hb Julai (ahad) saya rasa amat terkejut apabila sebuah tapak meletak sampah telah di dirikan betul-betul di atas tapak perniagaan saya dan pastilah timbul rasa ketidakpuasan hati saya terhadap apa yang berlaku tanpa berbincang dengan saya dan juga penganjur. Pada malam hari tersebut wakil penganjur telah datang dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka berjanji akan cuba selesai kan sebelum minggu berikutnya.

Namun sehingga pada tarikh 24 Julai belum ada sebarang tindakan diambil, dan pada hari itu juga penuh dengan sampah sarap di tapak perniagaan saya. Hati mana yang tak panas dan seolah-olah cuba menyekat periuk nasi saya..namun atas berkat kesabaran saya memohon pada Allah agar sesuatu berlaku, pada malam sebelumnya selepas solat Isyak terlintas di fikiran saya untuk menghubungi Yang Berhormat Ustaz Man ( Adun Permatang Pauh )..cuba memohon bantuan beliau menyelesaikan masalah saya memandangkan YB juga merupakan seorang " Regular Customer " .Esoknya saya terus talipon YB ..syukur alhamdulillah tidak sia-sia usaha saya dan keprihatinan YB memanjangkan perkara ini kepada ADO dan seterusnya ADO telah memanjangkan kepada Penghulu Suraidi yang bertanggungjawab dalam pentdbiran Mengkuang...dan atas kerjasama semua maka pada malam tadi jugalah semua wakil-wakil telah turun padang ketempat tapak perniagaan Pasar Malam Mengkuang.

Jutaan terima kasih saya kepada YB Man, Setiausaha YM Mansor ( Nama beliau sya kurang pasti), Penghulu Suraidi, JKKK Pasar malam, dan teramat jutaan terima kasih kepada Puan Zarina ( Pengarah bahagian pelupusan Sampah MPSP ) diatas kesanggupan semua yang sanggup turun padang pada malam hari menyelesaikan masalah perniaga kerdil seperti saya...

Dan janji yang saya perolehi adalah mereka akan mengadakan Mesyuarat pada minggu ini dan akan cuba mengalihkan tapak sampah di tempat perniagaan saya serta akan terus mencari lokasi baru bagi pembuangan sampah di lokasi Pasar Malam Mengkuang..

Semoga ikatan akrab sebegini dan setiap permasalah yang timbul akan dapat di selesaikan dengan cara yang elok dan permuafakatan..insyaallah...Aminnnnnnn

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM/BAZAAR RAMADAN ANDA DENGAN SEGERA./.

Jul 8, 2011

01 OGOS 2010 ( Ramadan Oh Ramadan )


Salam dan selamat sejahtera buat semua rakan-rakan seangkatan...semoga anda semua dalam keadaan selamat dan ceria selalu.

Pastinya sekarang ini kesibukkan dalam membuat percaturan berkaitan lokasi perniagaan Yang bakal anda buat di Bulan Puasa nanti.

Pelbagai kekeliruan mungkin timbul dalam benak kepala anda, lokasi mana yang terbaik sekali dan yang bakal memberi pulangan yang cukup hebat pada Ramadan 2011 ini.

Bagi saya lokasi yang saya pilih tahun ini adalah lokasi seperti di tahun-tahun lepas, kawasan Bandar Perda. Bagi saya ini adalah lokasi yang terbaik yang terdapat di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Lokasi ini menjadi rebutan para peniaga menjelang tibanya Ramadan, tambah pula sekarang ini penempatan penduduk dan pelajar-pelajar dari Uitm dan Politeknik semakin berserakkan...

Namun mungkin juga ada di antara nya yang gagal menjana pulangan yang di harapkan, namun begitu ketabahan dan keyakinan adalah pokok terpenting dalam membuat sesuatu keputusan agar yang di dambakan akan menjadi kenyataan, insyaallah....

EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN DI BAZAAR RAMADAN YANG TERHEBAT DI SINI

Jul 1, 2011

Restoran Kopi Yang Berkualiti


Bolehkah Anda Buat Restoran Kopi Kualiti di Rumah?

Jika anda mencari untuk membuat restoran kopi yang berkualiti di rumah kemudian anda perlu terlebih dahulu mempertimbangkan jenis restoran kopi datang dari dan bagaimana mereka sebenarnya membuat kopi itu. Tidak semua restoran kopi yang berkualiti. Dan tidak semua restoran kopi dibuat restoran kualiti sama supaya membuat kopi di rumah bergantung kepada banyak perkara.

Banyak kedai-kedai kopi sebahagian besar beg perintah kopi yang dihantar setiap bulan. Mereka menyimpan beg sehingga ia digunakan kemudian menyusun semula mereka. Mereka boleh menggunakan kopi titisan pembuat komersial dengan ruang yang cukup untuk tiga atau lebih periuk kopi untuk minuman pada masa yang sama. Biasanya salah satu periuk akan kopi bebas Kafeina dan satu mungkin air panas untuk teh atau koko segera. Kemudian mereka akan pra-mengisi penapis kopi sedozen kertas dengan serbuk kopi yang akan duduk di atas bertimbun antara satu sama lain sehingga digunakan. Ini bukan kopi restoran kualiti anda harus keinginan untuk membuat di rumah, terutama apabila udara, kelembapan, cahaya dan haba semua menyumbang kepada penurunan daripada biji kopi dan alasan.

Kemudian terdapat restoran-restoran kecil yang tidak memenuhi ramai besar orang lebih beberapa jam dan mereka akan membuat periuk kopi secara teratur agar kopi tidak duduk di atas pembakar yang memegang yang bertujuan untuk memastikan kopi panas tetapi sebaliknya sering mengubah minuman pahit kerana ia terlalu panas untuk terlalu lama suatu tempoh masa. Kebanyakan jenis restoran akan mengadakan kopi dalam termos yang berkualiti tinggi supaya ia kekal boleh diminum. Kemudian selepas ini adalah kedai-kedai kopi khusus yang membuat kopi anda dengan perintah seperti kedai espresso dan sebagainya. Kedua-dua jenis restoran boleh menggunakan biji yang bermutu tinggi yang biasanya campuran kopi kacang kerana jujur ​​mengapa membelanjakan wang untuk mengatakan biji kopi hanya Kona apabila ramai orang yang hanya tidak peduli untuk minum kopi yang berasal dari kacang itu.

Beberapa restoran akan mempunyai campuran khas dicipta hanya untuk mereka. Jika ini berlaku maka restoran ini biasanya akan membuat satu cawan besar kopi kualiti restoran yang anda mungkin mahu mencipta semula di rumah. Juga merupakan faktor utama dalam kopi dibuat di sebuah restoran ialah kopi itu sendiri adalah disimpan dengan cermat bersih. Ini termasuk semua bahagian-bahagian yang datang berhubung dengan air dan kopi sendiri. Dan anda perlu lakukan ini di rumah jika anda berniat untuk membuat cawan besar kopi. Juga air yang digunakan boleh membuat perbezaan dalam kualiti kopi. Jika air paip anda adalah berkualiti miskin apa sahaja yang ada di dalamnya akan dipindahkan ke kopi cawan anda dan kopi tidak dapat merasa terlalu besar. Jadi sama ada membeli botol air minuman atau memasang penapis air di garisan air anda. Membeli biji kopi campuran yang baik mungkin bahagian yang paling mudah membuat kopi yang besar di rumah.

DAPATKAN EBOOK PERNIAGAAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEKARANG JUGA