nuffnang1

.:)

Nov 29, 2013

Kenaikan Elaun ADUN dan Menteri Besar Selangor

Sebenarnya aku tidak berminat sangat dengan hal politik ni kerana sebagai seorang peniaga sepatutnya kita hanya lakukan aktiviti harian agar pelanggan tidak merasa kurang selesa dengan kita.

Pelbagai ragam dan reaksi pelanggan dan pegagan politik mereka, maka jalan terbaik tidak perlulah kita persoalkan hal-hal politik demi kesejateraan perniagaan kita.

Namun isu kenaikan elaun dan gaji ADUN serta Menteri Besar Selangor telah menarik perhatian kebanyakan peniaga pasar malam yang rata-rata berbicara soal ini kerana agak menarik.

Seorang kawan saya begitu tertarik disebabkan gaji yang cukup tinggi dinikmati oleh ADUN serta speaker yang mencukupi untuk hidup mewah dan sedikit terkejut kerana gaji ADUN sebelum ini hanya sekitar RM6000 kebawah.

Namun semuanya ini rezeki mereka.  Tahniah

UNTUK DAPAT GAJI YANG TINGGI BACA EBOOK PASAR MALAM INI SEGERA

Nov 28, 2013

Kencing Dan Berak - Peniaga Pasar Malam

Tadi semasa kami borak-borak kosong disebabkan hujan yang turun terlalu lebat terkeluarlah satu kisah dari seorang kawan saya yang juga peniaga pasar malam.

Mulanya difikirkan agak lucu namun setelah direnung-renungkan ada logik akal juga perkara yang diutarakan kawan tersebut.

Dalam banyak-banyak lokasi pasar malam kebanyakanya terdapat surau dan tandas yang disediakan oleh pihak penganjur bagi kemudahan peniaga menggunakanya termasuk juga surau bagi memudahkan untuk peniaga menunaikan solat, namun terdapat juga pasar malam yang tidak mempunyai kemudahan tersebut atau lokasi agak jauh menyebabkan sesetengah peniaga malas berjalan pergi ke tandas.

Sikap semua peniaga tidak sama, ada yang betul-betul menjaga kebersihan dan ada juga yang sekadar lebih kurang jerk, tambahan pulak kalau mereka bukan tuan punya gerai tersebut dan sekadar makan gaji.

Penceritaan kawan saya berkisar tentang sahabat-sahabat yang berniaga ingin membuang air kecil dan mereka akan terus pergi tanpa membawa sebarang botol air untuk membasuhnya. Tatkala  tangan sudah memegang "ANU" terus di tarik zip tanpa membasuh , kemudian berlalu pergi membuat kerja seperti biasa tanpa rasa bersalah dengan memegang makanan jualan seperti tiada apa-apa berlaku.

                                 
Kepada kawan-kawan peniaga yang mungkin, saya ulangi yang mungkin dan saya tidak sekali kali menuduh sesiapa pun antara sahabat-sahabat peniaga. Kalaulah ada tolong ubah sikap kerana segala gerak geri kita di perhatikan oleh rakan-rakan kita sendiri. Kita boleh amati perkara ini bilamana kalau dahulu rakan taulan kita sering makan ditempat kita namun sekarang ini tidak lagi.... kenapa? cuba fikir dan renungkan/////.

Perkara tidak bermoral sebegini perlu di bendung dengan segera kerana melibatkan kebersihan dari segi hukum agama dan intigriti peniaga itu sendiri.

Diharap selepas ini tidak berulang kembali peristiwa kencing tak basuh huhuhuh........

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK ANDA YANG BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM SELURUH MALAYSIA, INDONESIA DAN BRUNEI D.S


Nov 27, 2013

Merudumnya Pasar Malam Alma ( Rabu )

8 tahun yang lalu menjadi kebanggaan kepada peniaga Pasar Malam yang berniaga pada hari Rabu di Alma yang mana pada ketika itu perniagaan cukup meriah. Masing-masing mampu meraih pendapatan yang cukup hebat setiap malam pada hari rabu.

                    SEMASA BERADA DITINGKAT ATAS  PASAR MALAM 2 TINGKAT ALMA

Pada ketika itu lokasi terletak bersebelahan jalan besar berhadapan dengan Petronas. Pastinya setiap orang yang melalui jalan tersebut akan berhenti dan singgah sebentar untuk membeli belah walaupun dalam keadaan hujan lebat sekali pun. Laluan utama jalanraya menjadikan pasar malam ini terkenal dengan dikunjungi oleh ribuan orang dan peniaga di anggarkan sekitar 300 orang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dengan cukup jujur dan ikhlas.


Mimpi ngeri mulai menghantui apabila lokasi tapak tersebut telah mulai diintai oleh pemaju untuk mendirikan pelbagai kedai termasuk kedai tayar , bank dan  kedai makanan. Kami diarahkan berpindah pada tahun 2008 ke kawasan berhampiran yang ketika itu kami gelarkan pasar malam 2 tingkat dengan penganjur yang baru. Setelah bermesyuarat dengan pihak MPSP maka kami pun berpindah.

Perniagaan agak rancak walaupun tidak sehebat lokasi yang lama kerana sedikit terlindung dengan jalan besar namun peniaga masih mampu meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun keuntungan agak berkurangan.

Sekali lagi mimpi ngeri yang telah menjadi realiti menghantui kami apabila sekali lagi kami diarahkan berpindah disebabkan parking 2 tingkat dikhabarkan akan menjadi gelanggang futsal. Kami dengan rela dan berat hati pun berpindah ke bawah bangunan tersebut.

Maka disini lah segalanya menjadi kenyataan apabila mimpi menjadi realiti.. perniagaan setiap hari rabu mulai merudum dan terus jatuh menyebabkan ramai peniaga asal mula melarikan diri mencari lokasi pasar malam lain. Dari ratusan peniaga hanya tinggal tidak sampai 100 peniaga menjalankan aktiviti ini. Yang cukup ketara adalah peniaga makanan yang hanya tinggal dalam lingkungan 15 orang sahaja.

Memang bagi saya sendiri bila sebut sahaja akan tibanya hari rabu , cukup lemah semangat untuk pergi berniaga disini namun disebabkan tiada tapak lain maka saya gagahi jugak walaupun pun saya sedar akan implikasi yang bakal saya tempuhi nanti. Boleh dikatakan setiap hari rabu saya mengalami kerugian dan keuntungan jika dapat pun terlalu sedikit. Disebabkan saya mempunyai pekerja maka terpaksa juga berniaga demi menjaga kebajikan mereka kerana mereka hanya bekerja dengan saya untuk menyara kehidupan mereka.

Bagi peniaga yang hanya mempunyai 1 pekerja atau tidak menggunakan pekerja dan hanya berniaga sendiri suami isteri mungkin tidak mendatangkan masalah sebab tidak perlu memikirkan soal gaji. Mereka hanya perlu menjual barangan dan mampu meraih sedikit keuntungan sudah memadai.

Pihak penganjur sendiri tidak mampu melakukan sesuatu bagi menghidupkan kembali kemeriahan pasar malam rabu ini. Kami peniaga sudah pun berbincang dengan penganjur namun penganjur tidak mampu melakukan sesuatu atau memikirkan sesuatu untuk meningkatkan kembali kehadiran pengunjung seperti zaman Pak Ya menganjurkan pasar malam ini.


Tiada langsung " Banner" yang diletakan diluar atau tepi jalan besar untuk memaklumkan kepada orang ramai yang terdapat pasar malam sedang beroperasi pada hari rabu. Kekecewaan kami memang terlalu mendalam namun terpaksa kami bersabar. Saya hanya menanti tibanya tahun 2014 dan akan melihatnya sehingga bulan Mac 2014. Jika sehingga Mac masih tiada tanda-tanda positif saya akan menyarankan kepada penganjur menutup sahaja pasar malam hari rabu ini.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PERNIAGAAN ANDA MELEDAK

Nov 25, 2013

Penyelesaian Tapak Sampah Pasar Malam Mengkuang Titi

Setiap tibanya ahad pasar malam Mengkuang, setiap kali itulah kepala aku menjadi senak dan pening dengan masalah sampah yang tidak pernah putus putus atau selesai walaupun apa yang penganjur dan aku lakukan untuk menghilangkan sampah tersebut.

Tapak sampah yang baru sediakan menggantikan tapak lama juga seolah-olah terabai akibat tidak mendapat restu pemandu lori sampah. Alasan yang diberikan laluan masuk yang sering basah dan mereka risau jika tersangkut tayar lori. Sekali fikir tak masuk akal langsung kerana jarak tapak baru dan lama sekitar 20 meter sahaja.

Kesabaran amat penting dalam soal ini namun setiap yang bernyawa mempunyai had masa dalam bersabar. Semalam terlalu memeritkan apabila kawasan tapak aku di penuhi dengan batang-batang kayu yang besar dan rumpunan buluh kecil bahan buangan dari orang kampung. Maklumat aku terima dari anak anak buah dalam jam 4 petang, aku terus bergegas ke pasar malam. Adussssss apa nak buat penuh dengan sampah sarap.

Selagi tong sampah tidak diletak ditempat yang betul maka selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.

Petang tadi aku bergegas ke MPSP naik ke tingkat 2 untuk bertemu dengan IK ( Inspector Kesihatan Kanan ) Wahab yang bertanggung jawab terhadap kebersihan kawasan . Dulu pun aku pernah berjumpa beliau juga, tidakan susulan dibuat namun selepas itu keadaan kembali macam asal balik . Selagi Lori sampah tidak meletakan pada tapak khas tong sampah maka benda yang sama pasti berulang.

Selepas itu pihak penganjur pula mengambil tindakan susulan dalam mesyuarat tergempar mereka semalam bila mana mereka telah sepakat mencari tapak yang baru untuk menyelesaikan segalanya. Maka sama-sama kita nantikan.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PALING HANGAT DIPASARAN TERKINI

Nov 20, 2013

Peluang Perniagaan Buat Pesara Tentera

Didalam akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan suatu usaha yang amat hebat antara ATM dan OUM (Open University Malaysia).

Kini setiap bakal pesara dan pesara tentera boleh memohon untuk mengikuti kursus Diploma Eksekutif Perniagaan bagi persediaan selepas persaraan untuk mencari pekerjaan kedua. Kursus di jalankan selama 2 tahun sahaja dan dijalankan di Kuala Lumpur.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif buat pesara tentera sebagai menjaga kebajikan mereka dan seharusnya setiap peluang yang di berikan perlu di garab dengan sebaik mungkin tanpa prejudis. Segalanya adalah untuk menjamin masa depan pesara tentera selepas menamatkan perkhidmatan nanti.

PERHEBAT juga menyediakan pinjaman kewangan dengan kerjasama TEKUN nasional bagi pesara yang berminat menjalankan perniagaan untuk modal perniagaan. Dan pinjaman ini tidak dikenakan faedah. Jika pinjam RM50,000 bayaran juga RM50,000.

Namun apa yang di lapurkan setakat ini wang peruntukan tersebut masih lagi banyak dan hanya segelintir sahaja permohonan di terima, saya sendiri tidak pasti kesahihan berita yang di lapurkan.

Sebagai seorang pesara tentera saya amat mengalu-alukan kawan-kawan dan rakan seperjuangan di dalam ATM yang telah bersara agar setelah tamat perkhidmatan, cuba usahakan perniagaan . Walaupun sekadar menjual goreng pisang ditepi jalan. Tidak perlu kita risau atau bimbang kerana kita masing-masing mempunyai pencen bulanan tetap dan rata-rata sekarang ini boleh dikatakan dalam RM1800 dan ke atas. Jika yang baru menamatkan perkhidmatan sudah pastinya pencen bulanan jejak RM2000 ke atas. jadi kenapa harus menjadi takut dan gusar untuk mengusahakan sesuatu perniagaan.


Jika kita di kalangan LLP dan tidak mempunyai sebarang kemahiran maka pekerjaan yang bakal kita perolehi sudah tentunya tidak setanding dengan gaji kita semasa dalam ATM dahulu yang rata-ratanya memperolehi sekitar RM4000 ke atas termasuk elaun.

Paling mudah kita buat perbandingan disini adalah pekerjaan sebagai pengawal keselamatan atau Pegawai Keselamatan yang ramai di ceburi oleh pesara ATM. Gaji pokok untuk pengawal keselamatan adalah RM900 termasuk OT dan elaun hanya mampu diperolehi sekadar RM1800 sahaja, dan bagi Pegawai Keselamatan pula gaji pokok RM1200 dan di campur dengan OT sekitar RM2200 ke RM2400 sahaja itu pun setelah membuat OT selama 18 jam sehari.

Berbeza  dengan sahabat kita yang didalam Kor Tugas Khusus seperti anggota perubatan atau teknikal yang mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik sebagai contoh seorang anggota perubatan boleh bekerja di Klinik Dialisis atau pun "Off Shore" yang menawarkan gaji cukup lumayan sekitar.

Jika anda menjalankan perniagaan sendiri anda akan lebih berjaya mencapai pendapatan yang melebihi RM4000 ke atas sebulan dan masa bekerja juga cukup terhad serta anda tidak terikat dengan undang-undang pekerjaan. Cuma yang penting adalah disiplin diri seperti juga semasa sedang berkhidmat.


Sebelum menamatkan perkhidmatan antara 2 ke 3 tahun sepatutnya kita sudah mencari sesuatu sebagai penyambung legasi pekerjaan selepas bersara. Dengan adanya pencen bulanan kita masih lagi selamat sekiranya perniagaan kita mengalami masalah atau sedikit kerugian. Kerugian bukanya setiap hari dan berterusan. Yang penting kemahuan dalam diri sendiri untuk berusaha menjadi lebih baik dan buangkan sikap "cukup bulan cucuk dinding keluar duit".

Cuba skot-skot sekalian luangkan masa selama 5 minit dan berfikirlah secara rasional yang telah saya nyatakan kepada anda dalam ruangan ini.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN DISKAUN 50% BUAT PESARA TENTERA

Nov 11, 2013

MPSP ( Majlis Perbandaran Seberang Perai ) Dengar Rintihan Ku

                       

Setiap kali tibanya hari ahad aku menjadi hangat hati tetapi tetap bersabar. Pasar malam hari ahad di Mengkuang Titi amat menyebakkan akibat sampah sarap yang cukup banyak akibat tidak diambil oleh pihak yang di pertanggungjawabkan.

Sudah banyak kali aku naik tangga pejabat MPSP di Bandar Perda bertemu dengan pelbagai kerenah manusia yang hanya bertindak bila diadu namun selepas itu diam , sepi tanpa membuat apa-apa tindakan. Tong sampah yang berada berhampiran tapak aku berniaga cukup hampir. Walaupun tapak baru telah dibuat, namun pemandu lori memberi alasan yang tapak tersebut sukar dimasuki kerana ditakuti tayar lori akan tersangkut akibat tanah lembut.

Alasan yang tidak masuk akal kerana walaupun tapak lama disebelah pun mereka tidak meletakkan tong dengan betul , pemandu hanya akan meletakkan tong mengikut apa yang mudah. Malas saya nak buat ulasan kerana manusia ni tidak boleh di tegur. Salah tak mengaku salah. Mudah-mudahan ada pegawai yang bertanggungjawab membaca blog ini.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG MURAH DAN PENUH INFORMASI

Nov 4, 2013

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435

Selepas Maghrib tadi maka dengan rasminya kalendar Islam telah masuk ke tahun baru hijrah. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia dan khasnya di Malaysia...

                                                   

PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI MALAYSIA DISINI

Kejatuhan Keuntungan Pasar Malam

Hujan yang masih berterusan amat dikhuatiri oleh kebanyakan peniaga pasar malam , setiap hari boleh dikatakan hujan akan turun dan kekadang selang sehari pasti hujan maka amat sukar kebanyakan peniaga mencari keuntungan malah ada yang mengalami kerugian yang teruk.



Bercakap soal untung dan rugi dalam perniagaan pasar malam tidak semestinya akibat hujan sahaja tetapi kita perlu mengkaji dari pelbagai sudut dan segi, kenapa keuntungan menurun mendadak .

Ramai dikalangan kami mengakui sejak selepas Ogos atau lebih mudah difahami sesudah berakhirnya Ramadan dan Syawal, perniagaan menjunam dengan amat ketara sekali tambahan pula harga bahan mentah yang tidak menentu seperti contoh bawang dan cili burung (cabai melaka). Harga yang melonjak dengan tiba-tiba amat menyusahkan kami membuat akaun modal.

Akibat bahan mentah yang melonjak maka saya tidak menyalahkan peniaga pasar malam yang menaikan harga barang jualan bagi menstabilkan semula keuntungan mereka. Begitu juga dengan pendapatan kakitangan (penjawat awam) yang telah pun melonjak tinggi dan rata-rata mampu berbelanja dengan baik . Kita fikir secara logik akal, harga barangan akan terus naik mengikut masa, mana boleh harga barang kekal RM1.00 dari dulu hingga sekarang . Seperti juga nenek kita ..dulu muda namun sekarang telah berusia. Maafkan saya , bukan bermaksud menyinggung sesiapa tetapi sekadar membuat perbandingan yang mudah untuk pembeli memahami.

Umpamanya sudah 4 tahun harga sebiji murtabak RM2.50 namun tahun ini terpaksa dinaikan RM3.00. Bihunsup RM3.00 dinaikan ke RM3.50. Harga ini masih dikira cukup murah berbanding lain-lain negeri. Cuma pembeli harus bijak berbelanja dengan tidak terlalu boros dan berbelanja mengikut keperluan sahaja dengan tiada unsur-unsur pembaziran. Tepuk dada tanya selera beb......

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM , EBOOK PANDUAN HEBAT DISINI

Nov 1, 2013

Pengumuman Kenaikan Harga Bihun Sup

Perniagaan yang saya jalankan menampakan kemerosotan dari segi keuntungan bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri dan terus mencatatkan rekod jualan yang cukup rendah dengan keuntungan yang cukup tipis kebelakangan ini akibat harga bahan mentah yang naik secara mendadak.

Kalau sebelum Hari Raya harga sekilo daging yang di ambil adalah RM10 namun kini harga melonjak ke RM12 . Begitu juga dengan harga bihun 4.5 Kg dahulu hanya RM10.30 tetapi kini RM12.80 dan ada setengah kedai menjual dengan harga RM13.80. Termasuk bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan lada hitam yang melonjak naik.

Plastik pelbagai saiz juga naik dan tali mengikat juga naik dari RM1.00 ke RM1.30 dan ada setengah kedai RM1.50.

Selepas Hari Raya Puasa ramai kawan-kawan yang menjual bihunsup telah menaikan harga bihun daging sahaja sebanyak RM4.00 semangkuk, namun saya masih menjual dengan harga RM3.00. Akibat ini saya mendapat kecaman hebat dari peniaga seangkatan kerana tidak menyelaraskan harga tersebut.


Maka dengan ini mulai esok harga menu jualan saya akan di naikan, namun masih lagi rendah dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.

MENU                                 Harga Lama                         Harga Baru

1. Bihun Daging                       RM3.00                                RM3.50

2. Bihun Ayam                         RM3.50                                RM3.50

3. Bihun Perut                          RM3.50                                RM4.00

4. Bihun Campur                      RM4.00                                RM4.50

5. Bihun Tulang                        RM5.00                                RM5.00

6. Bihun Limpa                         RM4.00                                RM4.00

7. Bihun Special                       RM5.00                                RM5.50

8. SUP Daging                         RM3.00                                RM4.00

9. SUP Perut                            RM3.50                               RM4.00

10. SUP Campur                      RM4.00                               RM4.50

11. SUP TULANG                   RM5.00                              RM5.30

12. SUP SPECIAL                   RM5.00                              RM5.30

EKONOMI GAWAT NAK BUAT PART TIME DI PASAR MALAM LIHAT EBOOK INI <>