nuffnang1

.:)

Aug 30, 2009

Rintangan Dan Dugaan Kuasa Allah


Masuk hari ke lapan berpuasa hujan masih lagi turun dan tidak menentu...adakalanya hujan turun waktu pagi sampai lah ke petang dan ada masa hujan turun dari petang sampai lah ke pagi esok...

Mungkin perjalanan bagi peniaga bazaar ramadan tahun ini agak sukar dan terpaksa menempuh liku liku menampal poket nak keluar modal ...namun anggaplah semua ini satu dugaan dari Allah dan saya pasti dengan berkat kesabaran oleh tuan tuan semua pastinya akan datang kejayaan ..insayallah!!!

Cuaca begini tidak pasti sampai bila akan berlarutan dan saya tengok dekat Bazaar Ramadan tempat saya berniaga dah ada peniaga yang bercuti namun saya tidak pasti mereka ni cuti sehari dua atau cuti terus he he he...dugaan ini mungkin cukup hebat di rasakan oleh peniaga peniaga baru yang belum pernah berniaga di bazaar ramadan atau lebih tepat bagi peniaga bermusim....

Namun bagi peniaga peniaga pasar malam , kami dah cukup masak dengan suasana begini kerana kami dah biasa dengan suasana hujan lebat sewaktu berniaga di Pasar Malam dan kerugian adalah perkara biasa bagi kami....mungkin dalam satu bulan kami akan alami 5 ke 6 kali rugi...itulah di namakan perniagaan...penuh ranjau dan duri...namun kami tetap gembira...

Perniagaan saya sedikit merosot walaupun saya masih lagi mencatatkan keuntungan namun keuntungan yang saya catatkan kurang memberansangkan...tapi saya tetap beryukur atas kurniaan Allah kerana saya still masih untung dan bertuah...

Mungkin tahun ini target saya untuk capai keuntungan dalam kitaran belasan ribu tak sampai namun saya masih akan tetap berusaha kerana Ramadan masih ada lagi 22 hari justeru itu saya tidak akan berputus asa dan saya mendoakan cuaca akan berubah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA SIAP RESIPI HEBAT DISINI

Aug 26, 2009

Modal Tertebus


Salam...saya doakan agarkan semua geng geng bazaar ramadan sukses dengan perniagaan masing masing..

Alhamdulillah masuk 3 hari berniaga saya dah dapat semula modal tapak bazar ramadan berjumlah RM1265 dan keuntungan terus saya catatkan masuk hari ke empat dimana pada hari keempat ini ledakkan terus berlaku...dan regular customer saya perhatikan ramai dah datang kerana mereka dah dapat cari lokasi gerai saya dengan bantuan banner gergasi yang saya letakkan...

Nasihat saya pada anda, teruskan perniagaan anda dan jangan mudah mengalah atau putus asa..teruskan perniagaan anda selama 30 hari atau setidak tidaknya 28 hari insyallah anda akan berjaya...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA

Aug 23, 2009

Berjaya Dengan Teknik Break Out


Salam...semoga anda sukses setelah masuknya ramadan hari yang kedua....dan semoga keimanan akan bertambah dan begitu juga dengan perniagaan Bazaar Ramadan anda..

Ramadan pertama masih belum boleh di buat perhitungan kerana sudah pastinya setiap jualan akan habis dijual kerana ini memang dah jadi adat sejak dulu lagi..hari pertama pasti meledak . Namun perhitungan sebenar adalah pada minggu kedua kita berpuasa dan itulah penentunya samada anda akan terus mantap atau terpaksa gulung tikar demi menyelamatkan modal anda yang semakin lama semakin susut...dan suka atau tidak ramai yang akan terpaksa mengambil jalan singkat ...tutup kedai!!!

Namun jika anda menggunakan teknik " Break Out" yang saya maksudkan dulu rasanya sedikit sebanyak pasti akan membantu anda dari mengalami kerugian walaupun tapak anda kebelakang..insyallah!!!

Alhamdulillah saya berjaya dengan teknik ini kerana tapak bazaar ramadan saya pada tahun ini agak kebelakang namun strategi saya mampu membuatkan tapak belakang saya menyengat seperti tapak orang yang didepan ....dengan menggantung banner banner yang saya buat khas bagi menarik perhatian orang ramai amat berjaya setelah masuk hari ini ..pelanggan tetap datang berpusu pusu tanpa dan yang amat mengejutkan saya kueh tepung talam serta kueh muih berjaya saya jual dan habis sebelum jam 6.30 petang.

" Break Out" yang saya maksudkan adalah saya letakkan Lampu pada setiap penjuru khemah saya, disamping banner besar berukuran 8 X 5 yang saya pasang pada tengah tengah khemah yang dapat di pandang pada jarak 100 meter dan juga saya letakkan pada simpang ke Bazaar Ramadan yang sama rupanya dengan yang diletakkan pada Khemah...dan juga saya pasang lampu raya (lampu lip lap)he he he....

Saya perhatikan kebanyakan orang yang buat begini adalah peniaga peniaga pasar malam yang telah berpengalaman dan ada la dalam 5 buah khemah yang terang benderang...tapi yang lain lain gelap...kelebihannya dengan adanya lampu akan lebih menarik perhatian orang..kalau anda kurang yakin sila praktikan apa yang saya katakan ini...

Salam...

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM MALAM ANDA SEKARANG

Aug 17, 2009

Pengundian Tapak Bazaar Ramadan Tahun 2009


Salam..selesai lah sudah masa yang di tunggu tunggu pada hari ni setelah pengundian tapak bazaar Ramadan untuk tahun 2009 selamat petang tadi. Suasana mungkin ada sedikit tegang disebabkan pentadbiran Masjid Perda yang baru dan mungkin mereka sedikit kurang arif dengan perniagaan Bazaar Ramadan.

Namun segalanya telah dapat di selesaikan dengan baik...walaupun mungkin ada antaranya yang masih kurang berpuas hati kerana kalau nak puaskan hati semua orang itu agak mustahil...

Pada tahun ini saya dapat no tapak dari 98, 99, 100 dan 101..dan tapak ini agak kebelakang...dan tapak di belakang ni mungkin ada sedikit kerugiannya coz untuk menghasilkan jualan di awalnya agak sukar kerana pengunjung masih kurang dalam sekitar jam 4 patang...tapi bila masuk jam 5 ke atas tak jadi masalah...namun saya redha semuanya...

Saya hanya perlu tukarkan teknik perniagaan saya dengan teknik " BREAK OUT " dan insyallah akan berkesan...

Aug 5, 2009

Menangani Masalah Pekerja


Salam..pada hari ini saya akan bincangkan tentang masalah pekerja, kerenah dan tabiat??

Ada sesetengah daripada pembeli ebook The Silent Pasar Malam Billionaire merungut kerana menghadapi masalah pekerja . Susah nak cari dan bila dapat susah pulak nak kawal dan jaga mereka ini.

Memang agak sukar mencari pekerja sekarang ni kerana rata-rata mereka lebih gemar bekerja di Kilang kilang yang menawarkan gaji yang tinggi disamping ada potongan EPF dan duit rajin, elaun syif dan macam macam lagi...boleh kah anda bagi semua itu????
owhhh sudah pastinya mustahil....tetapi bagi saya semua itu boleh anda lakukan tanpa prejudis!!!!!! Kenapa! saya kata begitu...sebabnya adalah saya sendiri telah mempraktikannya dan kesemua pekerja saya tak pernah lari ?????

Rahsianya????? he he he ..semuanya terkandung dalam ebook Pasar Malam!!!