nuffnang1

.:)

Aug 23, 2009

Berjaya Dengan Teknik Break Out


Salam...semoga anda sukses setelah masuknya ramadan hari yang kedua....dan semoga keimanan akan bertambah dan begitu juga dengan perniagaan Bazaar Ramadan anda..

Ramadan pertama masih belum boleh di buat perhitungan kerana sudah pastinya setiap jualan akan habis dijual kerana ini memang dah jadi adat sejak dulu lagi..hari pertama pasti meledak . Namun perhitungan sebenar adalah pada minggu kedua kita berpuasa dan itulah penentunya samada anda akan terus mantap atau terpaksa gulung tikar demi menyelamatkan modal anda yang semakin lama semakin susut...dan suka atau tidak ramai yang akan terpaksa mengambil jalan singkat ...tutup kedai!!!

Namun jika anda menggunakan teknik " Break Out" yang saya maksudkan dulu rasanya sedikit sebanyak pasti akan membantu anda dari mengalami kerugian walaupun tapak anda kebelakang..insyallah!!!

Alhamdulillah saya berjaya dengan teknik ini kerana tapak bazaar ramadan saya pada tahun ini agak kebelakang namun strategi saya mampu membuatkan tapak belakang saya menyengat seperti tapak orang yang didepan ....dengan menggantung banner banner yang saya buat khas bagi menarik perhatian orang ramai amat berjaya setelah masuk hari ini ..pelanggan tetap datang berpusu pusu tanpa dan yang amat mengejutkan saya kueh tepung talam serta kueh muih berjaya saya jual dan habis sebelum jam 6.30 petang.

" Break Out" yang saya maksudkan adalah saya letakkan Lampu pada setiap penjuru khemah saya, disamping banner besar berukuran 8 X 5 yang saya pasang pada tengah tengah khemah yang dapat di pandang pada jarak 100 meter dan juga saya letakkan pada simpang ke Bazaar Ramadan yang sama rupanya dengan yang diletakkan pada Khemah...dan juga saya pasang lampu raya (lampu lip lap)he he he....

Saya perhatikan kebanyakan orang yang buat begini adalah peniaga peniaga pasar malam yang telah berpengalaman dan ada la dalam 5 buah khemah yang terang benderang...tapi yang lain lain gelap...kelebihannya dengan adanya lampu akan lebih menarik perhatian orang..kalau anda kurang yakin sila praktikan apa yang saya katakan ini...

Salam...

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM MALAM ANDA SEKARANG

No comments :