nuffnang1

.:)

Jun 25, 2012

Bazaar Ramadan Bandar Perda

Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat..... lama jugak saya sendiri tak masuk ke blog ini di sebabkan kesibukkan yang amat ketara dalam seminggu dua ini.



Dalam kesibukan menjalankan perniagaan Pasar Malam saya sedikit cuai dalam memastikan tapak Bazaar Ramadan yang biasanya saya menjalankan perniagaan pada bulan puasa di Bazaar Ramadan Bandar Perda. Borang keluar pada hari selasa 19hb Jun 2012 tetapi borang habis 2 hari kemudian pada 21hb Jun 2012. Perkara ini amat memeranjatkan saya dan rakan-rakan yang lain kerana terlampau cepat borang habis..dan saya sendiri pun tidak sempat mengambil borang..

Memang saya akui perkara ini juga menyebabkan saya menjadi runsing risau di mana untuk saya berniaga bulan ramadan nanti, namun saya telah pun berjumpa pihak pengurusan masjid iaitu Ustaz Hj Azmi dan beliau telah memasukan nama saya pada senarai menunggu dan insyallah akan ada tapak untuk saya menjalankan perniagaan nanti kerana saya telah mula berniaga di bazaar ramadan bandar perda sejak 11 tahun yang lalu tanpa pernah berhenti. Semoga kawan-kawan lain juga mendoakan agar saya dapat tapak tersebut nanti.

Kebanyakkan yang mengambil borang pada tahun ini di kenal pasti dari kalangan orang luar yang sebelum ini berniaga di Seberang Jaya dan kawasan sekitar yang mereka kenal pasti mengalami kejatuhan dalam perniagaan pada tahun lepas  justeru itu maka mereka pun berpusu-pusu mengambil borang untuk tapak Bazaar Ramadan di Perda pada kali ini....yang negatifnya adalah peniaga yang bertapak di sini sejak sekian lama berputih mata namun apa yang mampu kami katakan ....segalanya kuasa di pegang oleh pihak pengurusan Masjid.. kami hanya mampu akur dengan keputusan mereka....

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DALAM SATU PAKEJ DISINI SEGERA

Jun 8, 2012

Jadual Perlawanan Bolasepak UEFA - EURO 2012


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua peminat blog Pasar Malam yang amat amat saya hormati dan sanjungi, sebagaimana yang telah anda ketahui bermula pada hari ini akan berlangsung perlawanan bolasepak ke-2 tersohor di dunia iaitu UEFA Euro 2012 yang akan berlansung di Poland Dan Ukraine...

Jadi bagi merehatkan minda kita mulai hari ini saya sama-sama kita saksikan perlawanan terhebat ini dan saya sendiri sudah pun bermula minggu lepas memakai Jersey team-team kegemaran saya semasa berniaga di Pasar Malam..namun terpaksa berhati-hati takut Jersey kotor huhuhuhu...

Kumpulan A

      Euro 2012 bagi kumpulan A (Poland, Greece, Rusia dan Republic Czech)



■8 Jun – 11:55 malam       -   POLAND vs GREECE

■9 Jun – 02:45 pagi           -  RUSSIA vs REP CZECH

■13 Jun – 02:45 pagi         -  POLAND vs RUSSIA

■13 Jun – 11:55 malam   -   GREECE vs REP CZECH

■17 Jun – 02:45 pagi        -   GREECE vs RUSSIA

■17 Jun – 02:45 pagi        -   REP CZECH vs POLAND



Kumpulan B


 Euro 2012 bagi kumpulan B (Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal)
 
 ■9 Jun – 11:55 malam         -   BELANDA vs DENMARK
■10 Jun – 02:45 pagi            -   JERMAN vs PORTUGAL
■13 Jun – 11:55 malam       -   DENMARK vs PORTUGAL
■14 Jun – 02:45 pagi            -  BELANDA vs JERMAN
■18 Jun - 02:45 pagi             - PORTUGAL vs BELANDA
■18 Jun – 02:45 pagi            - DENMARK VS JERMAN




Kumpulan C




  Euro 2012 bagi kumpulan C (Sepanyol, Itali, Ireland dan Crotia)  

■10 Jun – 11:55 malam   -   SEPANYOL vs ITALI

■11 Jun– 02:45 pagi         -   IRELAND vs CROATIA

■14 Jun – 02:45 pagi        -   SEPANYOL vs IRELAND

■14 Jun – 11:55 malam  -   ITALI vs CROATIA

■18 Jun – 02:45 pagi       -  CROATIA vs SEPANYOL
■18 Jun – 02:45 pagi       -  ITALI vs IRELAND
 
 
Kumpulan D

Euro 2012 bagi kumpulan D (Perancis, England, Ukraine dan Sweden)


■11 Jun – 11:55 malam     -    PERANCIS vs ENGLAND

■12 Jun – 02:45 pagi          -   UKRAINE vs SWEDEN

■15 Jun – 11:55 malam     -   SWEDEN vs ENGLAND

■16 Jun – 02:45 pagi          -   UKRAINE vs PERANCIS

■20 Jun – 02:45 pagi          -   ENGLAND vs UKRAINE

■20 Jun – 02:45 pagi          -   SWEDEN vs PERANCIS


http://www.wangpasarmalam.com/

Sama-sama kita saksikan siapa  yang bakal menyandang Johan pada tahun ..adakah Pasukan pilihan sendiri...saya juga mempunyai pilihan sendiri dan pasukan pilihan saya adalah "  SPAIN ".


Sambil berniaga sambil berhibur ..ayuh kita bersatu demi Negara Malaysia Yang Aman Dan Makmur...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI SELAGI MASIH ADA STOK...

Jun 7, 2012

Penampilan, Keterampilan Dan Gaya

Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua dan selamat kembali ke Blog yang penuh informasi mendekati peniaga-peniaga Pasar Malam serta maklumat terkini perkembangan The Silent Pasar Malam Blog.



Hari ini kita akan berbicara persepsi dari kaca mata pelanggan terhadap peniaga pasar malam dan apa yang terpikir oleh pelanggan tentang individu yang bernama peniaga pasar malam yang meliputi pelbagai aspek dan sudut.

Saya sendiri bertanya dan cuba mendapatkan feed back dari kebanyakkan pelanggan yang berbeza taraf hidup mereka dan ada yang positif dan negatif namun disini bukan untuk kita pertikaikan tetapi sekadar untuk maklumat kita sebagai peniaga pasar malam dan mungkin kita akan dapat memperbaiki lagi sistem dan cara perniagaan kita bagi meningkatkan pendapatan harian dan bulanan kita...insyallah.......

Maklum  balas yang paling banyak saya terima dan rasaanya hampir 70% pelanggan memandang adalah dari segi pemakaian dan kebersihan peniaga itu sendiri, bukanya memakai apron atau tidak tetapi penampilan diri peniaga iaitu pakaian yang mereka pakai semasa berniaga termasuk pekerja-pekerja , dan semua ini amat penting bagi peniaga yang menjual makanan . Kalau jual ikan atau barang basah itu tak di kira pakai ...huhuhuhu.

Sesuatu perkara atau daya tarikkan pelanggan untuk mendekati gerai perniagaan kita adalah " Pandangan Pertama" kerana dari mata jatuhnya ke hati begitulah perumpamaanya. Dari jauh pelanggan akan melihat kecantikkan gerai , kekemasan pakaian diri peniaga itu sendiri termasuk pekerja mereka selain dari makan yang sedap. Tidak semestinya memakai pakaian yang mahal tetapi cukuplah sekadar bersih dan kemas serta terurus. Haruslah di ingat sekarang ini kebanyakkan pengunjung dan pembeli pasar malam datangnya dari pelbagai lapisan masyarakat , mungkin kita lihat pengunjung pasar malam terlalu ramai namun pembeli amat kurang dan bezakan dengan gerai kita dan gerai sahabat-sahabat bersebelahan kita....pastinya ada banyak perbezaan yang ketara dari segi jualan. Janganlah kita bersikap irihati sekiranya gerai kita tidak ramai yang datang membeli tetapi cuba tanamkan sifat positif dalam diri kita sendiri dan cuba lakukan pembetulan di mana silap dan salah kita, terima teguran demi kemajuan perniagaan kita bukanya melenting dengan komen pelanggan. Sikap melenting dan menunjukkan muka yang marah pada pelanggan hanya akan merugikan kita sendiri.

Bagi peniaga yang mempunyai pekerja , jangan takut untuk membuat teguran kepada pekerja jika mereka melakukan kesalahan ..... namun teguran yang di buat itu perlulah berhemah tanpa mengguris perasaan pekerja kita....anda juga mungkin seorang peniaga yang banyak pengalaman dan tidak perlu saya huraikan cara dan teknik menegus pekerja sendiri...tepuk dada tanya selera.



Perkara yang di ambil berat oleh pelanggan juga adalah berkaitan peniaga pasar malam yang mempunyai anak kecil . Dan mereka bawa bersama berniaga di mana peniaga akan membawa sekali buaian untuk di letakkan anak kecil tersebut semasa kanak-kanak tersebut ingin tidur dan sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku...ini pandangan pelanggan yang pernah saya ajukan soalan. Meraka merasa simpati kepada peniaga sebegini namun simpati ini bukanlah satu peluang untuk mereka berjaya menjual barangan mereka.

Perkara di atas merupakan serba sedikit pandangan dari pelanggan-pelanggan yang pernah berkunjung ke gerai saya dan semoga apa yang telah di sampaikan akan dapat anda laku sedikit perubahan bagi meledakkan perniagaan  pasar malam anda ... dan orang yang suka melakukan perubahan dan percubaan biasanya mereka inilah yang akan berjaya...insyaallah....SELAMAT BERAMALLLLLL..

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DI SINI SEGERA