nuffnang1

.:)

Nov 28, 2011

Letih Ke Atau Tired

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga sihat dan di murahkan rezeki.

Gem invasion | Jeux avec Jeuxclic.com

Awal Muharam dah mula menjegok kita dan ini bermakna tahun baru hijrah mengikut kalendar Islam telah bermula iaitu 1433 Hijrah yang pastinya setiap dari kita mula memasang azam baru untuk di jadikan panduan... ala macam tahun tahun lepas la.




Apakah azam anda pada maal Hijrah yang lalu sudah tercapai atau separuh tercapai atau lansung tak tercapai. Dimana salah dan silapnya. Mungkin anda terlupa dan tidak ingat...suatu pengertian yang sama namun tidak serupa, fikirkan sendiri.

Walaupun kita hanya menjalankan perniagaan pinggiran bak kata sesetengah orang namun jangan memandang rendah pada perniagaan Pasar Malam ini. Azam yang kuat dan kukuh harus di teruskan untuk merancakkan perniagaan yang telah anda bina bertahun lamanya.

Anda sedar atau tidak pada tahun hadapan Kerajaan akan mula menggandakan pinjaman dan peluang perniagaan kecil seperti kita ini kerana pasar malam menjana 10% ekonomi Malaysia dan anda juga telah membuka peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak mempunyai pekerja dan sepatutnya anda haruslah bersikap terbuka dan haruslah berbangga dengan pencapaian anda sekarang.

Saya juga tidak menafikan peniaga pasar malam sekarang ini sedang menghadapi krisis ekonomi bermula dari Nov sehinggalah sekarang ini. Anda tidak perlu risau kerana bukan anda sahaja yang mengalami krisis ini tetapi ianya menjalar ke seluruh pelosok dunia dengan istilah Krisis Global. Anda masih lagi mempunyai pekerjaan kerana andalah majikan dan andalah pekerja jadi ianya tidak menjejaskan apa-apa pada diri anda berbanding mereka-mereka yang telah hilang pekerjaan dengan cara drastik, fikir dan renungkan. Apa yang penting teruskan perniagaan anda dan tanamkan satu azam untuk meningkat dan memajukan perniagaan anda, pekakkan teling pada suara-suara negatif dan butakan mata pada pandangan sinis....ingat sumber rezeki anda adalah perniagaan pasaran malam dan 9/10 punca rezeki yang Allah taala telah gariskan.

Bagi saya pulak saya sedang mencari sesuatu untuk melapangkan kawan2 yang mengalami keletihan semasa berniaga dalam situasi sekarang ini... saya telah membina satu blog permainan yang sedikit sebanyak boleh merelaxkan minda dari terus bergolak...Klik di bawah ini ---------->>>>>

http://www.hepigames.blogspot.com


Sebelum saya akhiri bicara pada kali ini, saya seru kepada semua agar teruskan semangat dan kuatkan minda..hiduppp pasar malam......

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI

Nov 25, 2011

GAMES -- RELAX SAT NOOO

Lada Hitam - Harga Naik Mendadak????? Hilang Akal

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..sebelum tu kisssss buat anda semua yang masih setia mengikuti perkembangan dan tip terkini perniagaan Pasar Malam..




Sebenarnya tajuk posting kali ini saya nak postingkan 3 hari yang lalu tetapi di sebabkan ada tajuk yang lebih menarik saya tangguhkan dulu.

3 hari yang lalu saya amat dukacita dan rasa amat terkejut sekali atas kenaikan mendadak Lada Hitam di pasaran. Yang mana seblum ini harga sekilo adalah RM22 tetapi naik secara hilang akal sehingga RM30 sekilo.. kenaikan sebanyak RM8.00.

Dah la cili Melaka harga tidak menentu sekarang ini, hari ini harga Cili melaka di pasaran adalah RM15 sekilogram.
Susah cam ni kalau harga di mainkan oleh mereka-mereka yang berkuasa ...sedangkan kami peniaga nak naikkan harga 10 sen pun customer dah bising, kalau stick pada harga lama memang akan terasa sedikit kurenggggnya keuntungan...so anda fikirkan sendiri...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DISINI

Nov 23, 2011

25 Kata Laluan (Password) Di Godam ( Hack )

Jika anda melihat kata laluan anda di bawah, BERHENTI MEMBACA ???




Jangan habiskan membaca post ini dan segera pergi menukar kata laluan anda - sebelum anda terlupa. Anda mungkin akan membuat perubahan di beberapa tempat sejak kata laluan cenderung untuk digunakan semula untuk beberapa akaun.

Berikut adalah dua senarai yang disusun mula-mula oleh SplashData:

1. kata laluan

2. 123456

3.12345678

4. QWERTY

5. abc123

6. monkey

7. 1234567

8. letmein

9. trustno 1

10. dragon

11. beseball

12. 111111

13. iloveyou

14. master

15. sunshine

16. ashley

17. bailey

18. passw0rd

19. shadow

20. 123123

21. 654321

22. superman

23. qazwsx

24. michael

25. baju

Tahun lepas, Imperva melihat 32 juta kata laluan yang dicuri dari RockYou, sebuah laman web yang digodam, dan mengeluarkan Top 10 "paling buruk" senarai:

1. 123456

2. 12345

3. 123456789

4. Password

5. iloveyou

6. princess

7. rockyou

8. 1234567

9. 12345678

10. abc123

Jika anda telah mendapati tiada pun senarai ini di dalam kategori katalaluan anda, itu berita baik. Tetapi, ambil perhatian bahawa kata laluan kompleks yang menggabungkan huruf dan nombor, seperti passw0rd (dengan "o" digantikan dengan sifar) mula masuk ke senarai 2011. abc123 adalah kata laluan yang bercampur-campur yang menunjukkan ke atas kedua-dua senarai.

Tahun lepas, Imperva menyediakan senarai kata laluan amalan terbaik, yang dicipta oleh NASA untuk membantu pengguna melindungi sains roket mereka, mereka termasuk:

Ia harus mengandungi sekurang-kurangnya lapan huruf.....

Ia seharusnya mengandungi campuran empat jenis watak-watak - huruf huruf besar, huruf kecil, nombor, dan huruf khas seperti !@#$%^&*,;" Jika terdapat hanya satu huruf atau aksara khas, ia perlu tidak boleh sama ada ciri-ciri yang pertama atau terakhir dalam kata laluan.

Ia tidak perlu nama, perkataan slanga, atau mana-mana perkataan di dalam kamus. Ia tidak seharusnya termasuk mana-mana bahagian nama atau alamat e-mel anda.

Berikutan nasihat itu, sudah tentu, bermakna anda akan mencipta kata laluan yang akan mustahil, melainkan jika anda mencuba helah yang dikreditkan kepada keselamatan guru Bruce Schneir: Hidupkan hukuman ke dalam kata laluan.

Sebagai contoh, "Sekarang saya meletakkan saya tidur" mungkin menjadi nilmDOWN2s, kata laluan 10-watak yang tidak akan dijumpai dalam kamus mana-mana.

Tidak boleh ingat kata laluan yang? Schneir kata OK untuk menulis dan memasukkannya ke dalam dompet anda, atau lebih baik lagi menyimpan petunjuk di dalam dompet anda. Hanya tidak juga termasuk senarai laman dan perkhidmatan kata laluan bekerja dengan. Cuba menggunakan kata laluan berlainan pada setiap perkhidmatan, tetapi jika anda tidak boleh berbuat demikian, sekurang-kurangnya membangunkan satu set kata laluan yang anda gunakan di tempat-tempat yang berbeza.

Suatu hari nanti, kita akan menggunakan skim pengesahan, mungkin biometrik, yang tidak memerlukan banyak melompat melalui gelung untuk melindungi data kami. Tetapi, dalam masa yang sama, kata laluan adalah semua kebanyakan kita miliki, sehingga mereka harus cukup kuat untuk melakukan pekerjaan itu.

Sumber di petik dari Yahoo News....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT DISINI

Nov 21, 2011

Public Bank

Salam dan selamat sejahtera buat semua, semoga anda sihat walafit hendaknya.




Pagi tadi saya ada menonton rancangan Wanita Hari Ini, dan tajuk yang di bincangkan adalah " Ayah KU Muflis "...ianya satu perkataan yang amat menakutkan kepada semua orang malah boleh di katakan ngeri. Dan saya amat pasti ramai di kalangan kita peniaga Pasar Malam pun ada yang membuat pinjaman dari bank dan gagal melunaskannya dan ada juga yang membuat pinjaman dari Skim Mikro Kredit, Tekun dan Amanah Iktiar.

Membuat pinjaman adalah perkara biasa bagi peniaga-peniaga termasuklah kami peniaga Pasar malam kerana modal di perlukan bagi memulaka perniagaan atau pun membesarkan perniagaan dan mungkin juga boleh di gunakan ketika kecemasan seperti musim hujan sekarang ini. Namun yang penting mesti di ingatkan adalah cara bagaimana nak membayar semula setiap pinjaman tersebut agar nama kita tidak di senarai hitamkan.

Di dalam perbincangan Wanita Hari Ini tadi, statistik yang muflis adalah peminjam yang membeli kereta, rumah dan kredit kad.. ini yang paling tinggi dan juga orang menjadi " Gerentor " juga tidak terkecuali di mufliskan angkara peminjam tak dapat membayar. Apa yang di nyatakan oleh Peguam tadi adalah , ramai gerentor mengatakan mereka mangsa dan tidak bersalah tetapi pihak bank menggunakan pendekatan " anda telah menandatangani jadi ertinya anda memahaminya ".

Di dalam permasalahan ini sewajarnya kita perlu pergi berbincang dengan pihak bank bagi mengatasi masalah ini dengan jalan yang terbaik sekali. Ini berlaku sendiri kepada sahabat saya yang mengalami nasib yang sama kerana kereta beliau tertunggak selama 2 bulan dan beliau mulai risau.

Tindakkan beliau adalah pergi sendiri berjumpa dengan pihak bank bahagian penjadualan semula pinjaman. Layanan yang di terima amat baik sekali oleh pihak bank, sahabat saya di beri alternatif agar bayaran bulanan dapat di jadualkan semula dengan tambahan sebanyak 5 tahun lagi bagi mengurangi bebanan bulanan yang terpaksa di bayar.. justeru itu bayaran bulanan sekarang menjadi kurang dan mampu di bayar..ini;ah pendekatan terbaik dan jalan penyelesaian daripada kita berdiam diri dan membiarkan diri kita di mufliskan.

Apa yang saya nak sampaikan saya ingin mengucapkan tahniah di atas sikap dan layanan mesra dari dari kakitangan Publik Bank yang memberikan layan baik dan sewajarnya kepada pelanggan-pelangganya selama ini.

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE DI SINI

Nov 18, 2011

Pesara Tentera VS Tidak Bersara

Salam dan selamat bahagia, semoga anda semua sihat walafiat hendaknye..kisssss buat semuaaa.




Sekarang ni setiap pagi saya baca dalam Utusan Malaysia di ruangan forum banyak sms-sms yang di hantar oleh bekas anggota tentera yang tidak berpencen. Maksud tidak berpencen adalah mereka-mereka yang hanya berkhidmat selama 10, 13, 15 atau 18 tahun. Bagi mereka ini yang menamatkan perkhidmatan dalam tempoh yang di nyatakan tidak akan menerima bulanan seperti yang di nikmati oleh yang berpencen.

Apa yang saya baca adalah luahan hati mereka-mereka ini yang memohon agar Kerajaan memberi sesuatu kepada mereka dari segi imbuhan bulanan.. saya tidak bermaksud untuk komen atau memberi pendapat. Saya sekadar menulis agar mungkin sesuatu dapat di lakukan bagi membela nasib-nasib anggota tentera yang tidak berpencen.

Dan saya ada juga mendengar di kalangan anggota tentera yang berpencen, maksud berpencen adalah mereka yang menamatkan perkhidmatan penuh dan bekerja selama 21 th, 22 atau 25 tahun. Mereka-mereka ini akan menerima pencen bulanan separuh dari gaji basic ( Gaji Pokok ). Sebagai contoh andaikata gaji pokok terakhir mereka yang menyandang pangkat Sarjan menerima RM3400 jadi ertinya anggota tersebut akan menerima pencen bulanan sebanyak RM1700 sebulan sehinggalah menghembus nafas dan selepas itu pulak pencen tersebut akan di nikmati oleh balu anggota tersebut sehinggalah isteri beliau pulak meninggal, kemudian pencen tersebut akan terus di terima oleh anak-anak yang di bawah umur 18 tahun dan seterusnya.

Dalam hal ini ada pro dan kontra kerana bagi yang berpencen mereka juga ingin menikmati wang tambahan sekiranya yang tidak bersara menikmati kadar bayaran bulanan. Kerana semasa menamatkan perkhidmatan Pesara yang berpencen tidak menerima sepenuhnya wang Kerajaan berbanding dengan yang tidak berpencen kerana mereka menerima wang yang penuh ..tabung dan wang kerajaan.

Semoga luahan hati mereka dapat di dengar dan semoga mereka berjaya dalam apa yang di pohon, insyallah.

DAPATKAN EBOOK INFORMASI PASAR MALAM DENGAN DISKAUN TERHEBAT

Nov 14, 2011

Teknik Tabungan VS Simpanan Pasar Malam

Salam dan Selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat dan sentiasa di murahkan rezeki.

Nampaknya situasi hujan di Seberang Perai dan Pulau Pinang masih lagi belum menentu. Tak tahu nak agak sebab ramalan cuaca pun kekadang meleset gak, almaklum la kan nama pun ramalan. Semalam tapak perniagaan saya di Kuala Mengkuang Titi, Penanti. Suasana petang memang ceria dan seronok masa tu melayan ragam dan kerenah pelanggan yang ramai. Namun segalanya berubah dalam sekelip mata apabila cuaca mula berubah.




Perubahan cuaca tidak lah berapa ketara sangat hanya sekadar berangin dan cuaca gelap seketika menampakan seolah-olah hari nak hujan dan saya mula teringatkan pepatah melayu berkata " Jangan di curah air dalam tong, kalau guruh berbunyi" dan memang tepat sekali apabila hujan tak turun tapi pelanggan kelam kabut lari ...jadi semalam perniagaan Pasar Malam Mengkuang ..suram ...sabarrr aje la.

Ok berbalik kepada tajuk posting pada kali ini adalah cara dan teknik menabung dari keuntungan Pasar Malam. Ini pandangan dan apa yang saya sendiri praktikan. Saya ada membaca banyak post-post di blog cara dan teknik menabung yang mempunyai pelbagai pandangan. Bagi saya apa yang saya praktikan adalah mengikut jumlah jualan pada malam tersebut. Saya tidak mengamalkan mengambil 30%, 40% atau 50% dari keuntungan pada malam tersebut kerana bagi saya teknik begini agak gagal di praktikan kerana pendapatan tidak menentu dan cara terbaik yang saya lakukan adalah mudah dan simple jerk.

Sebagai contoh jika jualan saya mencapai sebanyak RM1500 pada malam ini. Saya akan menolak modal yang saya keluarkan pada hari itu adalah RM700. Tapi baki tu belum lagi boleh di katakan keuntungan untuk simpanan kerana banyak lagi perlu di congak. Kerana mungkin esok saya ada pelbagai perancangan so setelah di tolak modal dan apa yang saya nak lakukan esok baru saya saving...sebagai contoh malam ini dapat simpan RM300. Mungkin esok jualan kurang pulak sekitar RM1200 atau kurang lagi mungkin hanya RM600.

Saya tidak mengatakan teknik saya 100% tepat tapi itulah yang saya praktikan dan adakalanya langsung tak dapat saving apatah lagi dalam situasi cuaca yang tidak menentu ini, maka dengan itu terpaksalah korek simpanan yang sebelum ini untuk di guna pakai sebagai modal. Andainya anda punya cadangan yang lebih baik, saya alu-alukan anda memberi pendapat yang positif bagi meningkatkan lagi dan meningkatkan lagi rezeki peniaga Pasar Malam yang ingin menabung demi masa depan..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

Nov 11, 2011

IPTS VS IPTA

Salam selamat sejahtera buat anda semua...hujan dah seminggu reda di Pulau Pinang jadinya ramai peniaga di Pasar Malam juga reda .



Hari ini saya terpanggil ingin membicarakan tentang kebanjiran IPTS yang banyak di Malaysia berbanding IPTA..dan kenapa itu berlaku...

Bagi saya memang bagus dan cukup baik dengan adanya IPTS ini memandangkan tempat untuk kemasukkan ke IPTA adalah terhad dan mungkin ada sesetengah pelajar yang memohon tidak bernasib baik walaupun keputusan mereka amat baik..semuanya bergantung kepada "LUCK".

Apa yang saya betul-betul pasti kemasukan ke Uitm semua student mesti mendapat keputusan "B" dalam mata pelajaran Bahasa English dan sekiranya mata pelajaran lain cemerlang namun tidak mendapat "B" dalam English maka tidak layak..itu yang setahu saya, kalau ada mana-mana student Uitm yang membaca sila komen untuk pembetulan.

Yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai penganjuran Kolej-kolej swasta dalam kursus Perubatan, tak kira Nurses, pembantu farmasi, fisiotherapi, juru x-ray, makmal dan yang berkaitan denganya. Apa yang saya nampak kenapa Kerajaaan tidak mengambil alternatif dengan menghentikan semua kursus perubatan yang di anjurkan oleh KKM ini dan memberi peluang kepada student-student yang sedang belajar sekarang di Kolej memenuhi jawatan kosong di KKM setelelah mereka tamat belajar nanti.... dengan ini dapat menjimatkan bajet tahunan kerajaan.

Tahap prestasi pelajar kolej juga tinggi dan boleh di amat di banggakan justeru itu mereka harus di beri peluang dengan mengadakan sessi temuduga sebelum pengambilan. Bagi saya prestasi kolej swasta juga amat tinggi dan bohonglah kalau ada yang berkata diploma boleh di beli...saya bangkang sekeras-kerasnya kerana ramai kawan-kawan saya merupkan pensyarah dan saya sendiri adalah bekas Pembantu Perubatan ( Penolong Pegawai Perubatan ) dan telah menabur bakti selama 22 tahun.

Justeru itu tidak timbul soal keputusan yang tidak baik atau diploma murahan, mereka-meraka berkata begini sebenarnya cetek dalam pengetahuan atau pun ada sifat irihati. Yang lama atau pun baru adalah sama dan setiap yang baru itu perlu di beri tunjuk ajar...dan yang lama janganlah terlalu mendabik dada, pandang dan renung semula zaman muda anda dan anda baru sahaja tamat kursus tak kira apa sahaja kursus di bidang perubatan, anda juga macam mereka yang sekarang ini, terpinga-pinga dan perlu tunjuk ajar dari orang lama. Lantaran itu buangkan sikap tidak berpuas hati kepada mereka yang baru..satu hari anda akan bersara itu yang pasti.

Saya amat menyeru kepada Kerajaan Malaysia, ramai pelajar separa perubatan yang berminat dalam bidang-bidang ini yang sanggup meminjam dengan PTPTN semata-mata ingin merealisasikan impian mereka..dan keputusan SPM mereka juga cukup cermelang cuma tidak bernasib baik tidak mendapat tawaran belajar dengan KKM.. namun atas usaha mereka , walaupun sebenarnya mereka dari kalangan yang tidak berduit dan atas mengejar impian maka PTPTN menjadi sandaran...jadinya saya pohon agar Kerajaan melihat semua ini dan cuba mengkaji apa yang saya sarankan....dan moga-moga tahun-tahun mendatang akan menceriakan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program-program separa perubatan di IPTS seleruh Malaysia, Insyallah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEKARANG JUGA DI SINI

Nov 7, 2011

Dalca Pulau Pinang Yang Terhebat

Dalca adalah satu resepi yang amat mudah dan ia selalunya digunakan untuk pengemar kuah. Resepi ini ialah tambahan kepada sebarang masakan Nasi yang istimewa seperti Nasi beriani, Nasi Bukhary atau pun Nasi Tomoto. Kuah yang tidak pedas dan pekat menyelerakan hidangan nasi bersama apa jua resepi lauk nasi kandar. Di Pulau Pinang tak dak DALCA ini tak sempurnalah apa jua set masakan. Bak kata Orang penang ..tak asyukkkkk laa.




Masakkan ini adalah menjadi kegemaran dan menjadi trend sekiranya majlis kenduri kawin, doa selamat atau majlis keramaian dan andainya anda mampu memasak dan menyediakanya dengan hebat dan cukup segala bahan-bahannya dan yakin dan amat pasti anda mampu menjana pendapatan yang hebat hanya dengan menjual hidangan ini sahaja. Kerana tidak semua orang yang mampu memasak dengan hebat walaupun semua ramuan dan resipi telah di berikan , oleh itu anda perlu merantau ke seluruh ceruk Pulau Pinang bagi mendapat masakn yang enak dan sedapppp..




1.Nasi Beriani/Minyak/Tomato/Hujan Panas.

2. Ayam Masak Merah/Ros.

3. Daging Masak Hitam.

4. Dalca Ayam.

5. Kerabu Nenas + timun.

Nota: Nasi biarlah guna beras basmathi.

Resepi Dalca:

Bahan-Bahan:

1/2 kg Tulang kambing bhg. rusuk atau tulang Ayam (rangka). di potong ikut selera.

300 gm Kacang Paruppu biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk…sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parrupu itu empuk atau masak. Kalau ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada “pressure cooker” masukan satu sudu kedalam kacang parrupu yang sedang rebus untuk cepat masak.

2 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.

2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebab dan kehitaman setelah masak.

1/2 Kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 X2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang Muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

1 tsp Jintan Putih.

1 tsp Jintan Manis.

1 tsp Kas-Kas ( dikecualikan).

1 tsp serbuk kunyit.

3 pokok pudina.

3 sudu besar rempah daging.

Bahan untuk dikisar:

1 ulas bawang putih.

3 inci Halia.

1 biji bawang Besar.

Bahan Untuk Menumis:

2 biji bawang besar dihiris .

2 btg kayu manis, cengkih 5, bungan lawang 3, buah pelaga 3. (rempah ratus).

* Bahan kisaran/ blender Bawang putih, halia dan bawang.

Minyak untuk menumis.




Cara-cara membuat:

1. Selepas parpu telah rebus dan masak seckup (kacang parpu akan hancur) masukan Karot, Terung dan kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca adalah keadaan air yang anda rebus parrupu. Kacang parpu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah kacang parrupu masak dan hingga hancur berbentuk paste. Semasa memasak kacang parpu mestilah pentingkan keadaan kuatiti air yang cukup…dan jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parpu hangus…kalau hangus…Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.

2. Rebusan parpu kalau perlu tambahkan air dan masukan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging, serbuk kunyit dan kacau serata. Apabila ubi kentang mulai empuk ( cooked). Maka kuah anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.

3. Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dan masukkan dalam rebusan kuah parpu bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. Jangan hangitkan. Tumis perlu lakukan bermula dengan panaskan minyak, masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang…etc) , bila wangi masukkan bahan kisaran…bila wangi masukkan hirisan bawang….bila bawang mula keluarkan bau harum…tutup api dapur dan daun kari. Jangan hangitkan. Masukan garam secukup rasa.

4. Masukan daun pudina dan tutup tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalau anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera.

DAPATKAN EBOOK RAHSIA DAN TIP PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI

Nov 6, 2011

Anugerah Skrin 2011 Dan Aidil Adha

Salam dan selamat sejahtera..semoga anda semua sihat walafiat hendaknya. Dan saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H.




Hari ni terpanggil saya untuk memperkatakan tentang Anugerah Skrin yang di adakan baru-baru ini dan di acarakan oleh Rozita Che Wan dan Ally Iskandar.

Apa yang saya nak perkatakan adalah komen-komen yang banyak saya baca tentang kritikan terhadap pengacara berdua tu yang di kritik teruk oleh ratusan peminat, sedih jugak saya baca komen-komen tu tapi nak wat cam na. Saya hormati setiap pendapat pembaca dan kita harus menghormati apa yang mereka beri pendapat...

Wahai Che Ta..sabar lah banyak-banyak ye...

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE SEKARANG DISINI

Nov 4, 2011

Bonos - November - Aidil Adha - Raya Haji

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua ..semoga anda beroleh sedikit kebahagiaan dengan beralihnya cuaca hujan dari Malam ke sebelah petang.
Bulan Oktober boleh di katakan bulan yang perit bagi peniaga pasar malam sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang kerana dari awal bulan hujan sentiasa turun mulai jam 5 petang terus sehingga ke malam hari. Membuatkan ramai di kalangan kami menangis dalam hati namun senyuman masih mampu di ukirkan di hadapan pelanggan.

Dan kini mulai masuk bulan November dan nampaknya pada 1hb cuaca sudah mulai berubah dengan hujan lebat sekitar jam 3 petang dan mulai reda sekitar 6.30 atau 7 malam...faktor perubahan ini mampu membuatkan peniaga seperti kami mulai tersenyum walaupun kerugian yang di tanggung masih belum mampu di kambus...namun tidaklah berterusan pada November ini..apa yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa agar cuaca maintain macam sekarang untuk memberi ruang kepada kami peniaga pasar malam mengaut sedikit keuntungan .....

Bagi peniaga yang hanya menjalankan perniagaan seorang diri atau bersama pasangan kebanyakanya mengambil kesempatan di musim tengkujuh ini bercuti walaupun perit isi poket nak keluar namun mereka tiada pilihan dan terpaksa bercuti daripada menanggung rugi yang berterusan...tapi berlainan pula bagi peniaga yang mengupah pekerja..mereka ini terpaksa juga berniaga bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang hanya mengharapkan gaji dari kami yang mengupah mereka..jadinya terpaksalah kami tanggung segala kerugian...lumrah dan adat berniaga pasar malam terpaksa kami tempuhi...mungkin bagi mereka yang tidak pernah terlibat dalam perniagaan pasar malam pastinya mereka akan berkata..kerugian yang kami alami tak banyak tetapi hakikatnya cukup banyak....bayangkan kalau anda terpaksa keluarkan duit poket sehari RM300 dan di darab dengan 21 hari...mau gak kopak poket...hanya Allah yang mengetahuinya..

Harapan saya agar semua peniaga pasar malam bersabar dengan ujian dan dugaan ini, semoga anda tabah dan jangan berputus asa...buatlah tindakan yang bijak di musim hujan ini..insyallah anda akan berjaya.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT DI SINI