nuffnang1

.:)

Dec 20, 2010

Kembali Beraksi Dan Tingkatkan Mutu


Salam..semoga anda sihat semuanya, terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada Pasangan yang baru mendirikan Rumahtangga iaitu Kak Hana dan Abg Shaari kerana baru melangsungkan pernikahan .....semoga kekal selamanya insyaallah....

Kak Hana merupakan seorang peniaga yang cukup berjaya dalam perniagaan Bihun Sup Gear Box suatu ketika dahulu..dan saya banyak menerima nasihat dari beliau...dan sya ucapkan jutaan terima kasih atas segala nasihat yg telah Kak hana berikan...

Bulan Disember 2010 semakin melabuhkan tirainya dan akan meninggalkan kita dalam tempoh tak sampai pun 2 minggu lagi...semua orang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak anak...jadi belanja lah dengan berhati hati...utamakan pelajaran anak anak..masa depan mereka adalah masa depan anda juga...

Rentak perniagaan pada hujung tahun mungkin sedikit perlahan kerana ramai pelanggan yang mungkin sedikit budget dalam perbelanjaan coz nak buka sekolah dh ni..jadi harap kawan kawan sume bersabar lah ye...yang penting teruskan perniagaan anda dan terus berusaha tingkat kan usaha menaikkan perniagaan anda...saya yakin berkat kesabaran anda pasti akan berjaya....insyallah....

Nov 26, 2010

Cuti Sekolah



Salam buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya...

Kini cuti penggal terakhir persekolahan sudah pun bermula dan kegembiraan terpancar di ruang wajah bebudak sekolah...

Namun begitu awas sebab sekarang ni musim banjir dan berhati hati...saya ingin membawa anda semua melihat sejauh mana menjalankan perniagaan Pasar Malam pada musim hujan ni dan dalam suasana banjir di kawasan anda atau yang sewaktu dgnnya....

Ramai di kalangan peniaga sekarang ni mungkin tak berniaga di sebabkan hujan terlalu lebat dan tak berhenti-henti setiap petang hingga larut malam jadi pastinya menjejaskan perniagaan anda..termasuk lah saya di sini yang mana selepas Hari Raya Aidil Adha perniagaan saya terjejas teruk dek Korban yang banyak...namun saya tetap tabah dan redha pada Allah serta tawakal...

Jika anda rasa sekarang ni masa yang sesuai bercuti saya amat bersetuju dengan anda dan ambil peluang musim hujan ini dan cuti persekolahan ini membawa family anda berjalan jalan makan angin....

Mungkin akan ada rezeki anda di lain masa...berjimat semasa ada dan inilah masanya mengeluarkan semula apa yang anda simpan selama satu tahun...

Semoga anda bergembira pada musim cuti sekolah ini...insyallah...

Nov 12, 2010

Aidil Adha

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..moga hepi selalu.
Tinggal tak beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji..maka sekarang ini persiapan untuk korban kan Lembu sedang giat di atur..

Bagaimana dengan persiapan anda??? saya pasti anda juga tentu sibuk kan.. baguslah kalau macam tu...

Bagi peniaga peniaga bihunsup sure akan bercuti panjang nanti...menghormati bulan Korban ni..sebabnya adalah ?????? anda sendiri pun faham....

Oct 21, 2010

Selamat Ceria

Salam dan selamat sejahtera buat anda sekalian..moga sihat dan hepi selalu...rungutan demi rungutan yang sering didengari sejak kebelakangan ni semakin pudar atau hilang sama sekali..apabila sinaran mentari mula menyerlah pada tiap kali hari perniagaan bermula...mana tidaknya suasana hariraya telah hilang dan pelanggan mula berbelanja sakan semula...

Jadi inilah jalan yang terbaik bagi kita semua mencari dan mengumpul semula sumber pendapatan seharian..ishhh betul ke ayat aku tulis ni..he he he..mata dah ngantuk dah..dah pagi ni...ok esok saya sambung semula...salam wat sume...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG SEMAKIN HEBAT DAN TERKINI..DISINI

Oct 8, 2010

LEPAS SYAWAL


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...bagaimana perniagaan anda selepas musim raya...banyak persoalan timbul dalam minda anda sendiri, adakah jualan meningkat atau merudum. Yang pastinya hanya anda sahaja yang tahu he he he.

Dari tinjauan dan pemerhatian saya, kebanyakan peniaga merungut jualan jatuh teruk selepas hari raya, kalau yang menjual pakaian tu lagi lah teruk dan ada yang masih bercuti. Tapi apa yang penting anda haruslah bijak memanipulasikan peluang yang ada bagi merancakkan semula perniagaan anda selepas musim raya ini.

Bagaimana yang di katakan merancang?? pengertianya amat luas, ianya merangkumi dari segi modal, tenaga kerja dan hutang piutang anda jadi dalam keadaan sekarang anda mesti bijak membuat percaturan bagi mengelakkan anda terjerat dengan situasi begini.

Cuba anda kurangkan modal dan menjual sekadar mencari belanja harian bukannya keuntungan yang banyak, kerana sekarang juga adalah musim hujan dan hujan sentiasa turun di sebelah malam hari...jika anda gagal mencorakkan perniagaan anda ini..saya risau ianya akan memudaratkan anda sendiri dalam bulan bulan akhir tahun 2010 ini...

Namun kerisauan anda itu boleh di hilang kan dengan membaca buku yang saya beri secara percuma di sini .........>>>>>> THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE THEORY

Aug 31, 2010

21 Ramadan VS 31 Ogos (MERDEKA DAY)


Sungguh meriah dan cukup ceria hari ni, di mana ramai dikalangan kita bersantai sambil membeli belah untuk persediaan menyambut Syawal yang hanya tinggal 10 hari sahaja lagi...

Petang ni cukup ramai sekali pelanggan yang datang ke Bazaar Ramadan Bandar Perda, saya perhatikan kebanyakkan peniaga tersenyum girang coz jualan hari ni meletup dengan kehadiran cukup ramai pelanggan.

Namun ada jugak ramai peniaga yang tidak hadir hari ini, mungkin bercuti sehari sempena hari Kebangsaan ...dan bawa family membeli belah...

Yang datang berniaga tahniah, semoga petang esok akan meletup lagi...syukur kepada Allah SWT kerana selepas Azan Maghrb berkumandang baru hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Perda...syukur, syukur ..dengan nikmat Allah berikan..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEKARANG

31 Ogos...Merdeka Merdeka Merdeka


Hari ini masuk tarikh keramat bagi Negara kita Malaysia, Selamat Hari Jadi Malaysia..dan juga masuk Ramadan yang ke 20.

Ramai yang tidak sabar-sabar menanti lebaran yang bakal tiba lagi 10 hari..semakin hari semakin rancak persiapan menyambut Syawal..dan semakin rancak perniagaan yang di jalankan.

Dengan kurniaan Allah yang maha esa, d kawasan Bandar Perda, Bukit Mertajam selama 20 hari berlangsungnya Bazaar Ramadan maka 20 hari jugalah hujan tidak pernah turun sewaktu petang tak kala perniagaan sedang berlangsung..syukur alhamdulillah...

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DISINI

Aug 16, 2010

Ramadan Yang Cukup Meriah


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...semoga ramadan ini kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan pada kita ..amin..

Seronok betul dalam bulan ramadan ini ..yang mana bukan umat Islam sahaja menyambutnya malah juga di sambut oleh bangsa asing seperti Cina, India dan lain lain. Mereka menganggap bulan ramadan adalah bulan pesta makanan dan mereka cukup seronok membeli belah dengan pelbagai juadah....

Setiap hari saya akan mengambil kesempatan melawat ke tapak tapak Bazaar Ramadan di sekitar Seberang Perai dan gembira sungguh tengok ramai peniaga peniaga yang pandai mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan di bazaar Ramadan...hebat hebat cukup hebat....pendapatan tambahan untuk persiapan hari raya...

Petang tadi saya berkesempatan ke tapak bazaar Ramadan di hadapan Balai Polis Butterworth...tidak berapa besar tetapi ramai pembeli...tahniah kepada penganjur yang berjaya membuka satu lagi tapak baru dan memberi rezeki kepada peniaga peniaga...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI PERCUMA

Aug 8, 2010

BUKU BUKU PASAR MALAM DAN PASAR MALAM MALAYSIA


Salam sejahtera buat saudara dan saudari yang amat-amat saya hormati, bagaimana dengan hari anda pada masa dan saat ini....tahukah anda betapa bermaknanya hari anda sehari lagi Allah SWT telah menghidupkan anda pada pagi ini dengan masih berjasad, syukur Alhamdulillah kita panjatkan pada kebesaran Allah....

Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri satu bulan yang penuh keberkatan yang penuh dengan kemuliaan di sisi Islam dan selruh umat Islam menanti kedatangannya termasuk juga para Malaikat Allah ...cuma yang tak suka bulan Ramadan ni adalah Jin Kafir serta Iblis Iblis dan yang seangkatan dengannya.....

Fadilat bulan yang mulia ini bukan sedikit kehebatannya tetapi cukup hebat dan maha hebat,antaranya memberi pahala yang berlebih lebih pada umat Islam yang pandai mengambil kesempatan dengan kedatangannya...

Begitu juga bulan yang penuh dengan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka-mereka yang pandai memgambil kesempatan dengan bulan yang penuh kemuliaan ini...apa yang saya maksudkan adalah dengan mencari jalan membina perniagaan anda sendiri pada bulan ramadan ini..tidak kira apa saja jualan anda Insyallah pasti ianya berhasil dengan kegigihan anda mengusahakannya...saya yakin dan pasti....

Mungkin dalam kotak fikiran anda, anda kurang yakin tapi semua itu dapat di atasi dengan terbitnya sebuah ebook panduan perniagaan Pasar Malam dan Bazaar Ramadan....anda tidak perlu bimbang atau ragu yang penting anda dapatkan dulu buku-buku digital ini dengan percuma di sini >> EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN DI DEDAHKAN

Jul 25, 2010

PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM DI DEDAHKAN


Salam buat semua, disini saya ingin menerangkan serba sedikit kandungan ebook The Silent Pasar Malam Biliionaire saya.

Saya dapati ramai yang salah faham tentang kandungan ebook tersebut,kebanyakkan mereka menganggap yang kandungan ebook tersebut mempunyai resipi tetapi sebenarnya saya tidak langsung menjual resipi atau menu makanan atau minuman.

Ebook The Silent Pasar Malam Billionaire sebenarnya menceritakan bagaimana memulakan perniagaan Pasar Malam dan mengajar anda tentang kaedah dan teknik perniagaan ini yang merangkumi:

1. Bagaimana memulakan perniagaan yang anda tidak tahu langsung apa itu sebenarnya Pasar Malam.

2. Bagaimana mendapatkan tapak Pasar Malam dengan cara mudah dan berkesan.

3. Bagaimana mendapatkan lesen berniaga.

4. Bagaimana memilih lokasi terbaik.

5. Bagaimana memilih kenderaan.

6. Bagaimana memilih generator/lampu.

7. Teknik meledakkan perniagaan anda.

8. Mengurangkan risiko kerugian di kala hujan.

Disamping itu juga anda akan menerima sebuah ebook bertajuk Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box Pulau Pinang yang anda kandunganya adalah:

1. Teknik memilih Lokasi berniaga di Bazaar Ramadan.

2. Menu jualan utama Bazaar Ramadan.

3. Resipi terhebat Bazaar Ramadan.

4. Pelbagai lagi teknik hebat dan resipi Sup Gear Box Pulau Pinang yang saya dedahkan dengan 100% cara membuatnya tanpa menyembunyikan walau satu inci pun rahsianya...

Dapatkanya sekarang dengan kadar segera...kerana hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi Ramadan akan menjelma....jangan hanya merancang, tapi teruskan mula dari sekarang...

MILIKI BUKU PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI DENGAN SEGERA

Jul 24, 2010

PHD HUH HUH HUH

Salam buat semua peniaga Pasar malam yang amat saya hormati...semoga anda ceria dengan tugas seharian anda...dan akan bertambah maju...

Semalam ada seorang manusia yang cukup bangga diri dan terlalu angkuh serta sombong yang saya jumpa ...secara tak langsung beliau telah kondem peniaga-peniaga pasar malam dengan kata kata...tak ada masa depan,bangun pagi nk kena pergi pasar cari sayur...kena berhujan dan berpanas...duit dapat tak seberapa..apa jawapan akan anda beri jika anda di katakan begini....silakan beri maklum balas anda....TQ

Jul 19, 2010

WANG TAMBAHAN


Salam buat semua...moga anda sihat sejahtera dan sudah bersedia untuk memulakan perniagaan Bazaar Ramadan...di samping kesibukan harian , saya amat yakin yang anda sedang berusaha membuat persiapan bagi perniagaan anda...

Usaha itu tangga kejayaan dan pasti ianya akan menjadi milik kepada sesiapa yang rajin dan tidak kenal erti mencuba dan jemu jemu...

Di sini saya ingin memberi peluang kepada anda menceburi satu peluang perniagaan yang maha hebat dan cukup cukup hebat dan saya pasti anda mampu melakukannya...nak tahu cuba klik kat sini >>> PENDAPATAN TAMBAHAN ANDA SEHINGGA RM10,000.00

Jul 10, 2010

World Cup VS Piala Dunia


Salam dan selamat sejahtera....sejak kebelakangan ini ramai yang memperkatakan kisah bola sepak piala dunia . Rata rata gila bola, makan bola dan tidur bola yang ada sampai sanggup ambil cuti tak pergi kerja...apatah lagi dah nak sampai final ni...

Antara Belanda VS Sepanyol...pilihan yang amat berat nak buat dan ramai kaki kaki judi yang kantoi dek ramalan tepat sotong yang hebat tu dan tak lama lagi sotong tu kena buat sup la he he he....

Bagi kami peniaga pasar malam cukup mengambil peluang dengan adanya piala dunia ni sebab pelanggan akan keluar dengan lebih awal untuk beli bekalan sebelum mulanya siaran di kaca TV...hampir setiap hari yang ada perlawanan jam 10 malam saya balik awal..syukur alhamdulillah....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI BAZAAR RAMADAN ANDA SEKARANG DISINI

Jul 2, 2010

RAMADAN TIBA LAGI


Salam dan selamat sejahtera...telah hampir setahun Ramadan meninggalkan kita..kini ianya datang lagi mengajak seluruh umat Islam sama sama menghayati kemuliaan sebuah bulan yang cukup berkat dan yang amat di muliakan dalam Islam untuk seluruh umat Islam beribadah dan beribadat.

Rohani dan Jasmani yang mantap amat di tuntut dalam Islam untuk menghadapi masalah Spritual yang pastinya menuntut seluruh umat Islam menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan 1001 azimat yang tersembunyi yang hanya di ketahui oleh Allah SWT.

Di samping beribadat kita juga mampu menambah pendapatan dengan bulan yang mulia ini...segalanya kita boleh praktikan pada Bazaar Ramadan yang kita dengar ramai kawan-kawan kita pernah menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit hanya dalam masa satu bulan sahaja di bulan Ramadan....jadi apa yang anda nantikan lagi...

Saya ingin mendedahkan kepada anda sebuah ebook yang padat dengan cara dan teknik untuk anda memulakan perniagaan Bazaar Ramadan anda yang cukup hebat....terbukti apabila jualannya telah mencecah sehingga 2000 nashkah dalam tempoh satu bulan pada Jun 2010...jadi apa anda tunggu lagi dapat sekarang di EBOOK BAZAAR RAMADAN PERTAMA DI MALAYSIA

EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE/RAHSIA BAZAAR RAMADAN DI DEDAHKAN

Jun 27, 2010

Sahabat Oh Sahabat


Salam...satu kisah yang tak dapat saya lupakan malam tadi 26/6/10 adalah berkenaan persengketaan yang berlaku antara sesama peniaga...sedih sedih...sama sama sendiri pun nak gaduh.

Kes sebenarnya kecik ja...tapi di sebabkan ego maka makin besarlah jadik nya..apa salahnya mintak maaf ja..sure settle kes...nak wat cam na...masing masing nak tunjuk terror...maka punah dan musnahlah diri sendiri...

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM...OGOS 2010 HARGA AKAN MENJADI RM80..CEPAT!!!

Jun 17, 2010

Cuaca Yang Tidak Menentu


Salam buat anda semua peminat blog Pasar Malam....agak lama juga saya tak posting di sini...maaf lah ye...jiwa kacau he he he....semua orang ada masalah masing masing tapi semuanya boleh di atasi dan ada ubatnya yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha...kerana setiap usaha pasti akan mendatangkan kejayaan..insyallah.

Di Pulau Pinang sekarang ni nampaknya keadaan cuaca semakin tidak menentu...sebagai contohnya semalam dalam jam 3 petang hingga 5 petang hujan turun dengan cukup lebat dari Bandar Perda ke Bukit Mertajam dan sampai sahaja krew krew saya di tapak Pasar Malam kami di Alma...hujan masih masih turun dengan lebatnya...

Jangkaan saya memang tepat, pastinya ramai peniaga yang tak datang semalam...inilah yang dikatakan percaturan tidak tepat , dalam jam 6 petang hujan terus berhenti dan mentari menampakkan sinar walaupun tidak terik tapi suasana cuaca semalam cukup redup sehingga ramai pelanggan ambik kesempatan keluar shopping beramai ramai kat Pasar Malam...yang untungnya adalah kepada peniaga yang datang semalam. Semuanya balik awal...inilah yang di katakan rezeki tak di jangka....itulah kekadang nya cuaca juga membawa rezeki pada kita, alhamdulillah...syukur

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM YANG CUKUP HEBAT BUAT ANDA MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA DENGAN PASAR PASAR...CEPAT HARGA AKAN DI NAIKKAN MULAI JULAI 2010

Apr 27, 2010

SEMANGAT KU KINI PULIH ( RECOVERY)

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog Pasar Malam...jutaan ampun dan maaf saya pohon pada anda semua sebab dah lama saya tak posting ...namun apa jua yang berlaku saya redha pada ketentuan Allah dan saya percaya pada Qada dan Qadar....apa-apa pun hidup ini perlu di teruskan ...dan perniagaan Pasar Malam akan terus bertapak dan saya akan terus memajukan tanpa menoleh ke belakang lagi...doakan saya !!!!

Perniagaan inilah sumber pendapatan saya dan punca rezeki utama menyara kehidupan.

Untuk maklumat anda semua keadaan cuaca sekarang nampaknya sedang berubah dengan begitu ketara sakali dan telah pun masuk musim hujan jadi apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak bijak semasa menyediakan persiapan perniagaan anda...jangan terlampau takut atau jangan la terlampau berani sangat, maksud saya adalah buat sedikit bajet sebelum anda menyediakan makanan untuk pergi berniaga dan bagi yang telah membeli ebook Pasar Malam mungkin anda kurang risau kerana semua maklumat telah pun anda perolehi....jadi minimakan kerugian atau keuntungan anda...yang penting dalam 1 minggu anda tak perlu keluarkan wang saku.

Namun apa yang anda harus ingat, segalanya datang dari Allah dan kepadanya jualah kita berserah..cuba jangan membuat andaian yang negatif bila anda bangun pagi. Semasa anda bangun pagi mungkin hujan turun dengan lebatnya tetapi tidak semestinya hujan akan berterusan hingga ke petang atau malam. Oleh itu buatlah percaturan yang bijak dalam perniagaan anda. Saya doakan anda mampu harungi situasi sekarang ini..insyallah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA, STOK TERHAD

Mar 20, 2010

Pengurusan Kewangan


Salam dan selamat sejahtera buat semua.... Harap anda semua sihat walafiat dan semoga rezeki anda melimpah ruah...

Mungkin ada sesetengah daripada anda berfikiran yang perniagaan pasar malam tidak mendatangkan keuntungan!!!

Juga saya pernah dengar sendiri bekas peniaga pasar malam meluahkan perasaan ini.Namun saya menyangkalkan perkara ini ...semuanya adalah di atas kesilapan atau kesalahan peniaga itu sendiri. Kenapa saya kata begitu???

Semuanya bergantung ke atas pengurusan kewangan (Money Management) yang tidak betul atau mungkin juga kurangnya pengetahuan cara pengurusan wang perniagaan dengan betul. Tidak semestinya perniagaan yang besar sahaja perlu ada sistem ini, perniagaan Pasar Malam juga perlukan sistem pengurusan kewangan yang betul...

Sistem Pengurusan kewangan ini juga bergantung kepada jenis perniagaan anda, andaikata anda berniaga makanan ianya tidak rumit sangat tetapi jika anda berniaga pakaian atau barangan kering ia agak rumit seperti pengurusan runcit.

Anda juga perlu ada gaji harian anda sendiri kerana segala wang masuk bukan 100% duit anda tetapi adalah keuntungan perniagaan pada hari itu. Ramai peniaga yang salah faham dengan mengatakan semua wang masuk adalah kepunyaan beliau sendiri, jika tidak masakan individu yang mengendalikan stesen pam minyak pun boleh gulung tikar...dan kemudian di ambil alih orang lain pulak...

Oleh itu anda sewajibnya menguruskan sistem ini dengan bijak...segalanya anda boleh perolehi dalam EBOOK THE SELENT PASAR MALAM BILLIONAIRE

DAPATKAN EBOOK YANG PENUH MAKLUMAT DENGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI

Mar 12, 2010

KUTU ATAU KUT


Saya nak ceritakan kebaikan dan keburukkan sistem simpanan duit beramai-ramai yang selalu di amalkan oleh masyarakat kita..dan kami peniaga Pasar Malam jugak tidak terlepas dari mengamalkan permainan ini...

Ada baik dan buruknya sistem ini di amalkan...kebaikan kita dapat simpan wang dengan cara terpaksa, ertinya suka ke tidak sampai masa kena bayar .....keburukannya bila orang yang dapat duit lari...adusss sedihnya..

Sebenarnya saya nak ceritakan tentang permainan kut yang kami amalkan di Pasar Malam..kejadian berlaku pada Pasar Malam hari ahad..lokasi tak perlulah saya sebutkan..rahsiaaaaaa.

Setiap ahad kenan bayar RM100...dan setiap ahad jugaklah akan di buka ...pada awalnya dulu bila saya di buka pembayaran setiap orang akan perolehi sebanyak RM7400 memang cukup lumayan dan hebat...tapi lama kelamaan makin berkurangan tinggal RM7200 sahaja dan kini berita terbaru pulak hanya tingga RM6900 sahaja.. semuanya berpunca dari sesetengah peniaga yang dah berpindah dan janji nak bayar cara online....dah tu depa ni dah dapat semua duit tu....letih btul...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI ALAF INI

Feb 24, 2010

KELEBIHAN BERNIAGA DI PASAR MALAM


Salam buat semua, disini saya ingin menerangkan serba sedikit kandungan ebook The Silent Pasar Malam Biliionaire saya.

Saya dapati ramai yang salah faham tentang kandungan ebook tersebut,kebanyakkan mereka menganggap yang kandungan ebook tersebut mempunyai resipi tetapi sebenarnya saya tidak langsung menjual resipi atau menu makanan atau minuman.

Ebook The Silent Pasar Malam Billionaire sebenarnya menceritakan bagaimana memulakan perniagaan Pasar Malam dan mengajar anda tentang kaedah dan teknik perniagaan ini yang merangkumi:

1. Bagaimana memulakan perniagaan yang anda tidak tahu langsung apa itu sebenarnya Pasar Malam.

2. Bagaimana mendapatkan tapak Pasar Malam.

3. Bagaimana mendapatkan lesen berniaga.

4. Bagaimana memilih lokasi terbaik.

5. Bagaimana memilih kenderaan.

6. Bagaimana memilih generator/lampu.

7. Teknik meledakkan perniagaan anda.

8. Mengurangkan risiko kerugian di kala hujan.

Disamping itu juga anda akan menerima sebuah ebook bertajuk Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box Pulau Pinang yang anda kandunganya adalah:

1. Teknik memilih Lokasi berniaga di Bazaar Ramadan.

2. Menu jualan utama Bazaar Ramadan.

3. Resipi terhebat Bazaar Ramadan.

4. Pelbagai lagi teknik hebat dan resipi Sup Gear Box Pulau Pinang yang saya dedahkan dengan 100% cara membuatnya tanpa menyembunyikan walau satu inci pun rahsianya...

Dapatkanya sekarang dengan kadar segera...kerana awal tahun inilah masa yang amat sesuai memulakan perniagaan anda....jangan hanya merancang, tapi teruskan mula dari sekarang...

DISINI EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN HARGA YANG CUKUP MURAH

Feb 5, 2010

Pasar Malam Tasek Glugor, Seberang Perai


Salam dan selamat sejahtera, tahukah anda kenapa tajuk saya hari ini adalah Pasar Malam Tasek Glugor????

Saya sekadar ingin berkongsi suka dan duka bermulanya perniagaan Pasar Malam saya di Tasek Glugor yang penuh ranjau dan duri...he he he bukanya kena marah atau kena belasah dek orang nak berniaga kat situ cuma sekadar keperitan yang amat sangat saya rasai masa mula mula bertapak kat situ..

Almaklum saja lah untuk pengetahuan anda yang pasar malam tasek glugor ni boleh di katakan agak dalam kampung sangat sangat dan kuasa membeli terlalu amat kurang dah tu lambat plak orang yang datang , bukanya apa sebab lokasi tapak saya betul betul nun di hujung dalam kampung. Lama jugak saya ambil masa nak bertahan kat sini dengan terpaksa membayar gaji pekerja seramai 5 orang yang berniaga kat sini...sedih la jugak asyik keluar duit poket ja tapi saya tetap tabah dan sabar.

Dengan ketabahan dan kesabaran serta keyakinan yang tinggi saya teruskan juga berniaga kat sini , saya terus sabar tackle pelanggan dengan ramah mesra....

Dan sekarang ni alhamdulillah , saya tak menjangka sama sekali setiap minggu hari Khamis ja pastinya meledak bihun sup saya, sampai ada customer yang terpaksa tunggu sambil berdiri nak makan bihunsup, dan yang bungkus pun cukup ramai dan sabar menanti, yang saya pasti semuanya akan habis dalam jam 9.30 atau 9.40 malam...ada customer yang komplen pasal apa buat sikit sangat, tetapi yang sebenarnya tak sedikit la saya buat, setiap minggu saya upgrade jumlah bihun tu dan dah hampir menyamai jumlah dengan tenpat tempat lain, alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Allah atas kurniaan rezeki tu....motivasinya adalah berkat kesabaran yang tinggi dan nilai juang yang jitu pasti ada kejayaanya...salam

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SEKARANG KERANA STOK TERHAD

Jan 26, 2010

Jutawan Pasar Malam


Salam dan selamat sejahtera!!!!!

Bila orang cakap pasal jutawan, semua orang pasti nak jadi jutawan...tapi bagaimana cara nak jadi jutawan????

Ramai yang berminda negatif, huh kalau nak jadi jutawan kena buat bisnes besar, impot dan ekspot. Adakah itu semua benar ...ya saya pasti segalanya pasti bermain atau berlegar di minda anda...namun tidak pernah pun tergambar di minda anda yang peniaga Pasar Malam juga merupakan jutawan yang senyap....tidak pernah nak bermegah-megah dan apa yang mereka ada, mereka tetap dengan cara dan kehidupan mereka yang "Low Profile". tepuk dada tanya selera...apa kah matlamat anda dalam kehidupan ini, nak makan gaji atau kerja sendiri.

Kalau makan gaji mudah dan senang, tak perlu pening kepala..masuk jam 8 pagi balik jam 5 petang , cukup bulan bawa kad singgah di mesin ATM...cucuk duit pun keluar...tapi berbaloikah pendapatan yang anda perolehi sekarang!!!

Jika anda berniaga di Pasar Malam tak perlu tunggu cukup bulan, hari-hari pergi Bank masuk duit bukan keluar duit...debit kad pun tak kotor ...???

Segalanya terpulang pada diri anda....jika anda berminat atau ingin belajar saya dengan berbesar hati sanggup mengajar anda..sila klik Jutawan Pasar Malam di sini...

Jan 11, 2010

2 Minggu Yang Penuh Cabaran


Salam sejahtera buat anda semua, moga sihat walafiat hendaknya.

Kebelakangan ni banyak penulisan saya berupa luahan perasaan namun sebenarnya ia terselit atau tersembunyi sejuta pengajaran buat anda semua termasuk diri saya sendiri. Dalam keadaan sedar atau tidak kita dapat belajar dari apa yang berlaku pada diri kita atau pada orang lain dan semua ini boleh di jadikan pengajaran yang amat berharga dalam kita mengharungi liku liku sebagai seorang peniaga tak kiralah samada Pasar Malam atau perniagaan lain.

Entah mengapa sejak 2 minggu kebelakangan ini banyak masalah timbul pada pekerja saya dan saya tidak pasti apa yang menjadi sebab musababnya. Petang tadi sorang lagi buat hal, last minit baru sms bagitau nak bercuti, adussss dah jam 3 petang baru nak bagi tau.... dalam hati saya bengkak lah jugak namun sebagai seorang majikan dan pengalaman luas yang saya ada, saya tidak melatah dan saya beri kebenaran pada budak tu nak bercuti sebab saya sedar hari ini adalah hari ahad dan sudah semestinya hari bagi muda mudi bercengkerama di bawah bulan purnama (Cam filem P. Ramlee he he he).

Di sebabkan saya ada ramai contact ..masalah nak cari pengganti tak timbul sangat ...dalam tak sampai 10 minit saya dah berjaya dapatkan pengganti...namun semuanya tidak semudah yang anda sangkakan. Kita perlu belajar dari semua sudut dan aspek bagaimana nak atasi setiap kemelut yang hadir dengan bijaksana dan profesional...

Nak tahu segalanya dengan lebih lanjut saya sarankan anda dapatkan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang penuh dan padat dengan maklumat...di bawah >>

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA...STOK HANYA ADA 3 SAHAJA LAGI

Jan 7, 2010

Pengurusan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Hari ini merupakan satu detik yang amat bersejarah buat diri saya yang telah pun berniaga selama 15 tahun, bukannya hari sejarah yang menggembirakan tetapi yang mendukacitakan.

Mana tidaknya 2 pekerja yang baru saya ambik bekerja boleh kencing ( tak datang kerja ). Hari ini macam biasalah saya bergerak ke lokasi Pasar Malam jam 5.30 petang , dalam perjalanan hujan turun agak lebat . Tanpa perasaan syak atau wasangka saya terus bergerak dengan hati yang tenang memandangkan hari ini Rabu, lokasi perniagaan saya di Alma dan tempat ini merupakan tempat ke dua jualan tertinggi saya dalam satu minggu.

Sampai sahaja ke lokasi saya sedikit terkejut kerana segala layout meja jualan belum siap, biasanya bila saya sampai semuanya sudah teratur dengan rapi sekali, mulanya saya menjangkakan mungkin sebab hujan bebudak ni lambat siap sikit.

Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali kerana 2 orang pekerja saya tidak datang , adusssssssss punya la hangat hati saya, belum pernah sejarah selama ini saya berniaga pekerja tidak datang tanpa memaklumkan pada saya. Tapi apa boleh buat terpaksalah saya ambil jalan alternif telefon partimer punya budak....

Nasib baik lah diaorang boleh datang, mungkin juga dengan kuasa Allah yang ingin membantu saya di turunkannya hujan.... hujan ini juga menjadi penyelamat pada saya disebabkan kurang pelanggan dan perniagaan saya tidak kelam kabut dan saya bersyukur, walaupun lembab namun masih mencatatkan keuntungan walaupun tidak banyak yang pentingnya untunggggg he he he.

Tindakkan saya selanjutnya terus memecat bebudak 2 orang tu tanpa sebarang notis dan saya mengarahkan mereka memulangkan uniform esok juga. Saya tidak pasti kenapa mereka gagal datang bekerja, malas nak tanya atau soal selidik!!!!!

DAPATKAN EBOOK PENDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN PALING TOP DISINI

Jan 4, 2010

BenarKah Anda Sudah Mantap


Salam dan selamat sejahtera... selamat menyambut tahun baru 2010 dan moga kedatangan tahun baru ini akan lebih menyedarkan anda tentang kehidupan sebenar di dalam dunia yang lebih nyata dan penuh dengan cabaran.

Pasti atau yakinkah anda yang perniagaan anda benar-benar mantap dan hebat?????? soalan ini saya ajukan kepada peniaga Pasar Malam yang dah lama berniaga!!!!

Mungkin jawapan dari anda...... ya aku sudah mantap namun ada juga yang sekadar diam dan dalam keadaan serba tidak yakin!!!!

Semua ini saya akui terjadi pada setiap peniaga Pasar Malam, jika tidak masa kan ada yang usia perniagaan sekadar 3 ke 4 bulan sahaja malahan ada yang terus kecewa setelah baru bermula tak sampai pun 2 bulan. Kenapa???? Kenapa???? dan Kenapa??? ini harus berlaku, cuba tanya pada diri anda sendiri dan renung-renungkan!!!!

Ramai yang berlagak sombong dan angkuh sebelum masuk ke Pasar Malam sebab ada antaranya bersikap enteng...ala niaga kat Pasar Malam apa yang susah sangat!!! begitulah kata-kata mereka yang baru nak terjun ke Pasar Malam...namun di sebalik sikap angkuh itu lah mereka akan terjerat dan mengelupur di sekerat jalan...dengan seribu penyesalan .Tidak semudah yang anda sangkakan seperti mudahnya anda berjalan-jalan di pasar Malam dan membeli belah semahunya ...Keadaan akan cukup berbeza setelah anda bergelar peniaga Pasar Malam...

Justeru itulah saya telah memikirkan perkara ini sejak lama dulu untuk berkongsi maklumat dengan anda bagi memantapkan perniagaan Pasar Malam anda...sama lah juga macam anda nak menduduki peperiksaan , tak kira lah, UPSR, PMR, SPM , STPM atau peperiksaan kenaikan pangkat...segala-galanya memerlukan Ilmu serta kajian serta pelajaran yang dapat anda jadikan pedoman.

Justeru itulah saya telah menerbitkan sebuah ebook yang penuh bermaklumat tentang perniagaan Pasar Malam untuk anda mendalami ilmu Pasar Malam , tak kiralah anda yang masih baru atau sedah lama dalam Pasar Malam...ubah minda anda dan bersikap terbuka bagaimana ingin menjadi seorang Peniaga Pasar Malam yang berjaya dan dapat membina kekuatan ekonomi anda....walaupun pendapatan pasar Malam anda tidak sehebat perniagaan export dan import namun anda bakal memiliki kebebasan kewangan yang maha hebat dari mereka yang makan gaji....Kenapa??? TAK PERCAYA????

Kalau anda masih ragu sila klik sini >>> THE SILENT PASAR MALAM EBOOK