nuffnang1

.:)

Sep 29, 2016

Permasalahan Minyak Enjin Menitis Di Lantai



                                          Image result for gambar minyak hitam tumpah


Sedikit sebanyak ilmu yang ada ingin saya kongsikan buat rakan-rakan tak kira siapa sahaja. Perkara ini berlaku kepada kereta Naza Ria yang saya gunakan. Masuk ini kali kedua ianya berlaku.

Kali pertama berlaku 6 tahun yang lalu menyebabkan saya menjadi panik sehingga tidak berani menghidupkan enjin kereta. Apabila saya talipon kedai pomen maka khidmat nasihat mereka menyenangkan diri saya.

Ini kali kedua minyak enjin menitis dilantai parking namun ianya tidak merunsingkan saya apabila pengalaman lalu yang saya ada menjadikan saya tenang. Saya hanya perlu tambahkan minyak enjin sekiranya kurang dan tunggu sehingga tiba masa untuk tukar "timing belt" untuk sekali tukar "oil seal" yang dah rosak atau haus. Sebab ianya tidak mendatangkan masalah.

Anda Boleh Ikuti Panduan Di Bawah

SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.

Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.


Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.

Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.


Elakkan sabun basuh

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir  menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.

Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.

Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.


Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA

Sep 27, 2016

6 Kunci Kejayaan Buat Anda

Anda Perlukan 6 Perkara Ini Untuk Terus Maju Dalam Perniagaan Anda
Bagaimana agaknya sikap orang hebat dan berjaya ?
Ramai yang impikan untuk berjaya melebihi orang lain. Walaupun ramai yang mahukan begitu, namun tak ramai pula yang mendapat kejayaan yang diimpikannya.
Pra-syarat untuk mendapatkan sesuatu biasanya bermula daripada adanya keinginan. Oleh itu, agak pelik juga kenapa kalau dah ramai sangat orang yang ingin berjaya ke tahap yang tinggi, hanya terlalu sedikit yang dapat?.
Untuk menjawab semua persoalan tersebut, maka kajian demi kajian dilakukan oleh mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia orang yang berjaya. Salah satu kajian berikut menyenaraikan 6 sikap yang biasanya ada pada semua mereka yang berjaya di tahap tinggi.
Jika anda mahu pastikan samada anda ada potensi untuk naik ke atas lagi dalam tempoh 5 atau 7 tahun dari sekarang, pastikan anda sentiasa perhatikan ciri-ciri berikut sentiasa ada dalam diri anda:
1. Bertenaga dan berstamina 
Mereka yang bertenaga dan punyai stamina tinggi sanggup dan mampu bekerja bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam. Itu amalan biasa bagi para usahawan yang mahu nak mula berniaga dan terpaksa melakukan semua kerja sendiri bagi menjimatkan modal yang perlu dikeluarkan.
1. Fokus
Ini tak perlu dikatakan lagi secara terperinci. Semua orang tahu nak berjaya dalam apa saja perlu fokus. Masalahnya mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak fokus. Mungkin juga lebih teruk lagi apabila ramai yang tak tahu apa ke benda fokus itu sebenarnya…? Sebagai tips, jika anda sekejap berniaga online dan sekejap berniaga off line dan sekejap jual roti canai…dalam setahun anda ada 17 ‘business card’ dari pelbagai jenis perniagaan yang berbeza…tahap fokus anda memang hancur!.
3. Sensitif dengan orang lain 
Orang yang ada sikap memahami keperluan atau kehendak orang lain melalui usaha memahami perasaanya biasanya akan lebih berjaya. Anda tidak semestinya memenuhi kehendak atau keperluannya itu, sebaliknya menggunakan kecekapan anda memahaminya untuk meyakinkan orang itu agar menurut arah tujuan anda.
4. Fleksibel 
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan sikap orang yang mudah berubah menyesuaikan diri untuk berjaya. Terutamanya dalam arena politik, lompat parti yang dirasakan lebih kuat walaupun mungkin satu tindakan bijak merupakan satu amalan yang dipandang buruk. Tetapi orang yang fleksibel atau terbuka dan bersedia untuk berubah teknik atau pendekatan bagi mencapai kejayaan biasanya lebih berjaya daripada orang lain yang degil!.
5. Kesediaan menghadapi konflik 
Jika anda bersedia untuk bergaduh dan pertahankan kedudukan anda, anda memang ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh. Biasanya mereka yang sentiasa mengalah setiap kali ditolak tak akan pergi ke mana-mana…mereka berakhir dengan duduk berangan-angan di kampung!.
6. Bersedia kalah untuk menang 
Kalau asyik beransur sahaja tidak bagus, begitu juga kalau asyik lawan dengan semua atau sesiapa saja, juga tak menjamin kejayaan. Oleh itu, mereka yang hebat biasanya mampu menelah keperluan samada untuk berlawan atau berkawan dan menelan ego. Mendengar suruhan isteri dan mengikut segala katanya kelihatan seperti kalah. Tapi sebenarnya ia dilakukan untuk menutup muslihat suami yang telah berkahwin seorang lagi di Thailand!…sekadar contoh.
Begitulah 6 sikap yang perlu ada pada setiap orang yang mahu berjaya di tahap tinggi. Apakah anda punyai semua sikap yang saya sebutkan di atas?

Sep 10, 2016

Sejarah Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

Memandangkan Pulau Pinang Cukup Hebat Dengan Perniagaan Pasar Malam Dan Pelbagai Bangsa Berniaga Di Sini Maka Kami Bermurah Hati Mendedahkan Rahsia Sejarah Feri Pulau Pinang


Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981).

Walau bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan (Mahanum Ghazali, 1995).

Feri itu juga hanya dapat mengangkut penumpang dan barang-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Manakala lokasi pendaratan feri pada waktu itu adalah diantara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaratan di Seberang Perai (Mahanum Ghazali, 1995).

Perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth.

Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura sahaja yang beroperasi untuk memuatkan penumpang pejalan kaki dan kereta-kerata (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).

Sejak perkhidmatan feri diperkenalkan, sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau Pinang dan Butterworth semakin ramai.
Justeru, jeti-jeti yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan penduduk menyebabkan LPPP terpaksa membesarkan jeti-jeti berkenaan, dan penambahan lagi dua buah feri yang lebih besar (Tanjung dan Kulim) juga telah dilakukan (Mahanum Ghazali, 1995).
Ketiga-tiga feri itu beroperasi pada kadar setengah jam satu feri. Pada tahun 1983, sebuah feri yang lebih besar lagi telah dibeli dan diberi nama Bagan digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang yang semakin bertambah. Meskipun begitu, pada tahun 1941 hingga 1945, perkhidmatan feri telah lumpuh kerana dilanda perang dunia kedua, ketika tentera Jepun menjajah Tanah Melayu (Mahanum Ghazali, 1995).
Perkhidmatan feri telah dipulihkan selepas perang dunia ke-2 pada tahun 1945 oleh pentadbiran tentera British. Malangnya, feri-feri yang sedia ada telah dimusnahkan semasa peperangan, maka kapal-kapal tongkang yang mempunyai dek dan ditunda dengan lanci telah digunakan untuk tujuan pengangkutan (Mahanum Ghazali, 1995). Setelah LPPP diberkan nafas baru pada April 1946, lembaga ini telah mengambil alih perkhidmatan feri ini.
Di samping itu, 4 buah kapal perisal pendarat pihak tentera British turut diubahsuai untuk menyediakan kemudahan tempat duduk bagi penumpang (Mahanum Ghazali, 1995).
Jumlah pengangkutan bermotor yang dikendalikan telah meningkatkan dengan pesatnya daripada 247,000 buah kenderaan pada tahun 1946 bertambah kepada 717,000 buah pada tahun 1956, dan meningkat lagi ke paras 814,000 buah pada tahun 1958 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).
Memandangkan permintaan untuk perkhidmatan feri kian meningkat saban tahun, maka satu perancangan telah dilakukan untuk memodenkan perkhidmatan feri secara keseluruhan pada tahun 1953. Merentasi tahun 1959, feri-feri yang lama dan uzur telah digantikan dengan 5 buah feri baru yang boleh memuat dan memunggah di kedua-dua hujung feri dalam kategori kelas Aman (Mahanum Ghazali, 1995).
Disebabkan permintaan yang semakin bertambah, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membeli sebuah feri lagi pada tahun 1965 dan dua buah feri lagi pada tahun 1971. Dengan 8 buah feri ini, perkhidmatan feri ini telah ditingkatkan dengan sebanyak 1699 400 buah kenderaan pada tahun 1968 berbanding hanya 776 500 buah pada tahun 1959.
Manakala pada tahun 1971, peningkatan terhadap penggunaan perkhidmatan feri ini bertambah lagi kepada 3098 500 buah kenderaan dan 15 juta penumpang pejalan kaki (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).
Permintaan yang semakin meningkat telah memaksa pihak pentadbiran feri, SPPP menjalankan satu kajian pada tahun 1968 untuk menganalisis tingkatkan kedayaan perkhidmatan feri ini. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa 8 buah feri dan pangkalan feri yang sedia ada telah mencapai had kedayaan mengendalikan kenderaan maksimum (Mahanum Ghazali, 1995).
Pada Jun 1971, SPPP telah melancarkan Projek Pengeluasan Feri di bawah Rancangan Malaysia ke-2 dengan peruntukan sebanyak $ 17.5 juta (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Projek ini melibatkan pembinaan terminal feri yang mampu mengendalikan 2 feri pada masa serentak. Terminal baru ini terletak bersebelahan dengan terminal lama untuk memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi.
Pangkalan feri dua tingkat ini dirasmikan pada 16 Januari 1977 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Terminal feri ini juga berupaya melakukan kerja-kerja pemunggukan kenderaan dan penumpang pejalan kaki sekaligus (Mahanum Ghazali, 1995).
Pihak SPPP turut membeli 3 buah feri baru yang direka bentuk khas untuk pangkalan baru ini. Feri-feri ini akan digunakan untuk mengangkut kenderaan sahaja di dek atas dan bawah. Dengan adanya feri-feri ini, pihak SPPP berharap dapat mengurangkan masalah trafik yang semakin meruncing (Mahanum Ghazali, 1995).
Pada tahun 1981, tiga lagi feri baru kelas Rimau telah dibeli oleh pihak SPPP. Pada tahun 1984 merupakan tahun kemuncak bagi permintaan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri telah bertambah 5% untuk kereta dan 10% untuk lori berbanding tahun sebelumnya.
Bilangan motosikal sahaja yang menggunakan perkhidmatan feri telah mencecah angka 6.8 juta unit (kiraan trafik 2 hala), manakala jumlah penumpang meningkat kepada 22. 2 juta orang (Mahanum Ghazali, 1995).
Pada tahun 1987 pula, jumlah trip perjalanan feri telah mencatat yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lepas, iaitu 137 128 trip sehala (79 490 oleh feri lama dan 57 638 oleh feri baru).
Jumlah trip ini sepatutnya akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun-tahun akan datang, malangnya disebabkan peristiwa Jeti Runtuh pada 31 Julai 1988 telah menyebabkan pangkalan jeti lama tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkut penumpang (Mahanum Ghazali, 1995).
Memandangkan perkhidmatan jeti lama di Pangkalan Sultan Abdul Halim tidak mungkin dapat dipulihkan lagi, banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Dengan struktur organisasi pada tahun 1995, hanya menggunakan satu pangkalan (pangkalan kenderaan) dan lima buah feri dalam setiap hari operasi (6 buah pada hari kelepasan umum, cuti sekolah dan hari perayaan), pihak feri cuba memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan (Mahanum Ghazali, 1995).
Pada masa kini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar.
Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Feri-feri tersebut yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam.
Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Jumlah keseluruhan trafik feri dalam tahun 2006 termasuk semua perkhdimatan seperti pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan lori telah meningkat 1.1% daripada 5.859 juta unit pada tahun 2005 kepada 5.922 juta unit (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Pelabuhan Pulau Pinang telah menetapkan beberapa peningkatan harga tiket terhadap perkhidmatan komersil dan pengguna awam.
Dengan kos yang baru dan komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan, satu tarif baru harga tiket telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan sejak 1 Mei 2005 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007).

Sep 8, 2016

Kamikaze - Perjuangan Pasar Malam

Kisah Hidup Peniaga Pasar Malam Yang Hebat Bertungkus Lumus Mencari Rezeki Terlalu Hebat Untuk DiGambarkan Dan Saya Menggelarkan Kamikaze.
Kamikaze (Bahasa Jepun "angin ketuhanan") ialah istilah bahasa Jepun yang asalnya diberi kepada sebuah taufan yang menyelamatkan negara Jepun dari serangan Empayar Mongol dengan menghancurkan seluruh armada Mongol pada abad ke-13. Dalam penggunaan antarabangsa, perkataankamikaze memaksudkan pasukan tentera udara berani mati Empayar Jepun dan serangannya terhadap kapal-kapal Kuasa-Kuasa Bersekutu pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua.
Ramai di kalangan masyarakat barat yang percaya bahawa istilah kamikaze digunakan oleh tentera Jepun untuk juruterbang, tetapi nama yang sebetulnya ialah tokubetsu kōgeki tai (特別攻撃隊?, unit serangan khas), atau singkatannya tokkōtai (特攻隊?). Pasukan juruterbang serangan berani mati Tentera Laut pula dipanggil shinpū tokubetsu kōgeki tai (神風特別攻撃隊?, Unit Serangan Khas Angin Ketuhanan). Pihak penterjemah Amerika Syarikat tersalah catat transkripsi tulisan kanji bagi shinpū ( 神風) sebagai kamikaze. Maka larisnya penggunaan istilah kamikaze, sehingga diterima oleh masyarakat Jepun selepas perang.
Sejarah
Kiyoshi Ogawa, juruterbangkamikaze yang menyerang kapal induk pesawat udara USS Bunker Hill (lihat gambar di kanan).


Kapal USS Bunker Hill diserang oleh Ogawa (lihat gambar di kiri) dan seorang lagi pejuangkamikaze berhampiran pulau Kyūshū pada 11 Mei 1945. 372 dari 2,600 orang anak kapalnya terkorban.
Setelah menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, Tentera Laut dan Tentera Udara Jepun mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pertempuran penting, seperti di Midway dan Laut Filipina, lebih-lebih lagi banyak kehilangan kapalnya (termasuk hampir semua kapal induk pesawat udara), beratus-ratus pesawat pejuang, dan keguguran ramai sekali juruterbang handalannya. Sektor perindustrian Jepun kekurangan sumber dan kurang berada berbanding perindustrian Amerika Syarikat. Oleh demikian, Amerika Syarikat lebih cepat menggantikan kapal dan pesawat yang hilang dengan yang baru, padahal Jepun pula cuma mampu membuat sebilangan kecil, itupun mutunya tidak memuaskan. Pada tahun 1943-44, tentera Berikat semakin mara ke arah Jepun. Dalam Pertempuran Laut Filipina pada 19-20 Jun 1944, tentera Jepun terpaksa berundur ke Filipina.
Pada 15 Julai, Pulau Saipan (di Kepulauan Mariana Utara) ditawan oleh angkatan tentera Berikat, lantas memudahkan Tentera Udara Amerika Syarikat menyerang Jepun dengan menggunakan pesawat pengebom B-29 Superfortress. Setelah jatuhnya Saipan, para komander tentera Jepun sedar bahawa pihak Berikat seterusnya akan cuba menawan Filipina yang amat bernilai kerana terletak di antara lapangan minyak Asia Tenggara dan Jepun. Sekiranya kehilangan Filipina, pihak Jepun akan mengalami kekurangan bahan api untuk kapal-kapalnya. Pada 17 Oktober, tentera Berikat mula menyerang Filipina dalam Pertempuran Teluk Leyte.
Naib Laksamana Takijiro Onishi bertanggungjawab terhadap Tentera Udara Jepun di Manila. Beliau memahami bahawa adalah mustahil untuk memenangi pertempuran kerana kekurangan pesawat dan juruterbang terlatih. Oleh sebab itu, beliau memutuskan untuk menubuhkan sebuah angkatan penyerang berani mati, iaitu Unit Serangan Khas yang terdiri daripada sekumpulan 24 orang pelatih juruterbang yang bersukarela menyertai misi. Angkatan ini disusun atur menjadi empat kumpulan, iaituUnit ShikishimaUnit YamatoUnit Asahi, danUnit Yamazakura. Keempat-empat namanya dipetik dari serangkap puisi berunsur patriotik karya pemuisi klasik Motoori Norinaga yang berbunyi begini:
敷島の
大和心を
人問はば
朝日に匂ふ
山桜花
Shikishima no
Yamato-gokoro wo
hito towaba,
asahi ni niou
yamazakura bana
Barang sesiapa yang bertanyakan
sanubari Yamato (Jepun Sejati)
dari Shikishima,
jawabnya bunga ceri pergunungan
yang harum pada sinaran pagi.
USS Columbia diserang oleh kamikaze pada 6 Januari 1945.
Kamikaze menyerangColumbia, menyebabkan 13 anak kapal terkorban dan 44 lagi cedera.
Sungguhpun tentera Jepun dikalahkan di pertempuran Teluk Leyte, namun Angkatan Serangan Khas pula mengukir kejayaan besar. Serangan kamikaze sulung dilakukan terhadap kapal laksamana Tentera Laut Diraja Australia, iaitu HMAS Australia, yang meragut nyawa 30 kelasi termasuklah Kaptennya Emile Dechaineux, serta menyebabkan ramai lagi tercedera, pada 21 Oktober 1944.
Menjelang 26 Oktober, 47 buah lagi kapal Berikat terkena serangan kamikaze, kebanyakannya mengalami kerosakan teruk, ataupun karam seperti kapal induk pesawat AS USS St. Lo.


Kejayaan awal ini meyakinkan para pemimpin tentera Jepun agar meneruskan serangan kamikaze, maka ramai lagi juruterbang yang dikerah untuk menjadi pejuang kamikaze. Sepanjang bulan-bulan seterusnya, sebanyak 2,000 lebih pesawat melakukan serangan sedemikian. Apabila simpanan pesawat Jepun semakin berkurangan, maka dihasilkannya model-model bermutu rendah untuk misi-misi ini. Misalnya, Nakajima Ki-115Tsurugi diperbuat daripada kayu dan dilengkapi enjin lama yang terpakai. Selalunya, peralatan pendaratan digugurkan oleh juruterbang selepas berlepas supaya boleh digunakan oleh pesawat lain, memandangkan juruterbang akan mengakhiri hayatnya dalam pesawatnya. Selain itu, juga dirancangkan rancangan-rancangan serangan berani mati seumpamanya, termasuk bom roket bermanusia (Ohka) dan torpedo kapal selam (Kaiten).
Kemuncak kegiatan serangan kamikaze bertarikh 6 April hingga 25 Mei 1945, di Pertempuran Okinawa, atau "Operasi Kikusui" ("bunga kekwa terapung"), yang mana tujuh gelombang serangan dilancarkan dengan lebih 1,500 buah pesawat kamikaze. Disebabkan tempoh latihan yang begitu singkat dan barisan pesawat yang kurang bermutu hasilnya, maka juruterbang kamikazedijadikan sasaran mudah untuk juruterbang Berikat yang jauh lebih berpengalaman, apatah lagi lebih kukuh pesawatnya. Namun begitu, pejuang kamikaze yang terlepas dari tembakan pembinasa pesawat dan serangan pesawat pejuang musuh berjaya menyebabkan kerosakan besar pada armada Berikat. Sungguhpun kuasa Berikat memenangi pertempuran, namun banyak sekali kapal dan tentera yang kehilangannya akibat serangan kamikaze. Pada akhir pertempuran, sekurang-kurangnya 21 buah kapal AS dikaramkan oleh pejuang kamikaze, di samping juga beberapa lagi buah kapal pihak Berikat yang lain, serta puluhan lagi yang rosak teruk.
Beratus-ratus lagi pesawat kamikaze dibina untuk mempertahankan Jepun dari serangan terakhir. Bagaimanapun, berikutan penyerahan kalah Jepun pada 15 Ogos selepas diserang oleh bom atom di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki diikuti perisytiharan perang oleh Kesatuan Soviet, tiada sebuah pun yang sempat digunakan.

Sep 5, 2016

Cuti-Cuti Peniaga Pasar Malam

Ketenangan Juga Perlu Di Cari Agar Minda Tidak Tertekan, Cari Duit Jangan Sampai Lupa Rehat. Bila Dah Sakit Tak Guna Duit Berguni Sekali Pun.


Baru-baru ini saya berkesempatan bercuti ke negeri yang cukup bersejarah iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sudah hampir 16 tahun saya tidak menjejak kaki ke bumi Melaka setelah menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera Malaysia.

Saya mula menjejak kaki ke Melaka ketika umur saya 16 tahun dalam Perantis Putera Kor Kesihatan DiRaja. Ketika itu kami masih dalam sekolah dan akan menduduki peperiksaan SPM. Setelah tamat SPM kami terus diserapkan dalam ATM dengan dilatih sebagai anggota perubatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Kami menjalani kursus separa perubatan selama 3 tahun sebelum diserapkan ke dalam unit-unit didalam ATM.

Maka bermulalah kerjaya saya seorang anggota tentera dalam Kor Kesihatan DiRaja dari tahun 1984 sehingga menamatkan perkhidmatan pada tahun 2008.
Setelah lama tidak ke Melaka minggu lepas saya berkesempatan kesana. Menghantar anak yang belajar di Uni Putra Malaysia Serdang. Terus ke Melaka sambil makan angin.

Bersama keluarga tercinta kami bergerak ke Melaka Bandaraya Bersejarah yang penuh dengan memori indah. Tak sah kalau ke Melaka kita tidak menaiki Bot menyusuri sungai Melaka melalui Kampung Morton yang penuh dengan kisah suka dan duka. Macam ayat di banner tertulis "Incomplete Visit Melaka Without Crusing Melaka River".

Kalau masa zaman remaja saya berkunjung ke A Famosa sekadar melawat tapi tiada langsung sebarang gambar kenangan kerana ketika itu almaklum sahaja la, kamera amat mahal kalau untuk di beli dan amat berbeza sekarang ini. Talipon bimbit boleh digunakan untuk mengambil gambar kenangan. Jadi a
pa lagi posing sakan le hahahaha.

Ibu, isteri dan anak-anak sedang menikmati pemandangan indah sepanjang menyusuri sungai Melaka.

Tidak sah kalau ke Melaka tidak melawat Muzium Melaka yang penuh dengan peninggalan monumen bersejarah ketika zaman berzaman.

Berkunjung ke Pantai Tanjung Bidara yang terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, dimana pantai ini adalah menjadi salah sebuah lokasi zaman remaja saya ketika dalam ATM untuk berkumpul dengan kawan-kawan ketika hujung minggu.

94 Hospital Angkatan Tentera yang terletak dalam Kem Terendak merupakan salah sebuah Hospital tentera yang cukup terkenal peninggalan tentera British yang berkedudukan pada aras paling dalam kem tersebut. Di sini juga saya belajar sebagai seorang anggota perubatan ATM ketika berumur 18 tahun.

Kenangan di Muzium Melaka bersama ibu dan isteri.

Kota kubu A Famosa peninggalan Portugis menjadi salah sebuah peninggalan sejarah yang wajib dikunjungi.

Photo kenangan semasa menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Sebenarnya setiap pintu masuk ke mana sahaja pusat lawatan disini akan disediakan dengan dengan jurugambar untuk mengambil gambar setiap pelawat. Mereka akan menggunakan alasan untuk mengambil gambar sebagai "untuk rekod", setelah anda ke pintu keluar photo anda akan terselit pada frame. Terpulang kepada anda untuk membeli atau tidak. Harga dijual adalah RM50. Saya membelinya kerana nampak cantik dan amat berbaloi disimpan sebagai kenangan.
Harga untuk menaiki bot adalah RM15 untuk dewasa. Diskaun 50% untuk warga emas dan pelajar IPT dengan syarat mesti tunjukkan kad pengenalan dan kad matrik.

Pintu masuk Muzium Melaka. Harga tiket seorang RM3. Semua tempat kena bayar beb di Melaka ni event nak ke tandas pun, walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tapi merupakan negeri yang berjaya menjana pendpatan paling tinggi dalam sektor perlancongan. Parking kereta di Bandar Hilir satu jam 60 sen. Anda akan membeli sebuku tiket parking pada harga RM6. Bayangkan jika sehari ada 3 ribu kereta...Kaya wooooo Majlis Bandaraya.

Snap Shoot keluarga tersayang.

Muzium Alor Gajah merupakan sebuah dataran pintu masuk jalan pintas ke Melaka. Kalau jalan utama adalah melalui Air Kroh namun bagi saya ianya terlalu jauh. Apa pun terpulang kepada anda untuk masuk melalui tol mana sekalipun.

Sempat juga kami sekeluarga ke Muzium Kastam Melaka dilokasi bersebelahan River Cruise . Masuk adalah percuma. Di muzium ini terdapat pelbagai barang serta gambar yang saya amat yakin yang seumur hidup anda belum pernah anda tengok. Bagaimana cara pemerintahan, pakaian, timbangan, dokumen semasa zaman kolonial British dahulu. 

Bagaimana cara barang rampasan dipamerkan dan pelbagai barang seludup seperti pistol mainan yang seakan pistol sebenar serta barangan patung lucah yang dirampas ditunjukkan.

Dataran Alor Gajah Melaka Merupakan Peninggalan sejarah silam.

Meriam peninggalan sejarah di Dataran Alor Gajah.

Tidak cukup syarat ke Bandar Hilir jika tidak menaiki beca roda tiga mengelilingi Kota Lama. Macam-macam jenis lagu dipasang sepanjang perjalanan dan cukup menghiburkan.

Batu penanda makan kematian orang-orang penting semasa pemerintahan Portugis di pahat disini sebagai tanda penghormatan dan simbol kehadiran mereka.

Parung St Peter yang terletak dilokasi paling tinggi di pintu masuk ke Kota A Famosa diatas bukit Famosa merupakan tarikkan utama buat pelancong.

Bersilih ganti bot-bot bersimpang siur melalui Sungai Melaka.

Patung-patung pedagang yang datang ke Melaka sekitar tahun 1511.

Aksesori peralatan perhiasan kaum wanita istana pada abad ke-15

Senjata mainan rampasan Kastam yang kalau dilihat seakan-akan pistol dan senapang sebenar.

Gambar kenangan tunjuk kuat sebelah patung replika Hang Tuah.

Pintu masuk utama diatas Bukit A Famosa

Gambar Kenangan semasa berada diatas bot ketika melayari Sungai Melaka.

94 Hospital Angkatan Tentera adalah nadi perkhidmatan kesihatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Merupakan Hospital Angkatan Tentera yang bertanggungjawab melatih anggota tentera dalam bidang separa perubatan. Pembantu Perubatan, Makmal, Juru Xray, Jurubedah, Pergigian dan sebagainya. Merupakan satu memori indah untuk dikenang.

Melaka adalah sebuah negeri yang amat mudah untuk mendapatkan makanan. Dimana sahaja sepanjang jalan anda boleh dapati kedai-kedai makan berserakkan. Untuk mencari makanan disini bukanlah suatu masalah buat anda.

Saya membawa keluarga ke Pantai Kundur atau juga dikenali sebagai Pantai Rombang atau Pantai Puteri. 

Disini makanan yang amat terkenal adalah Roti John dan Ayam Golek. Harga yang cukup murah. Roti John RM4 dan Ayam Golek hanya RM20 seekor. Sedangkan kita di Pulau Pinang ayam mentah seekor pun sudah mencecah RM23.

Lokasi Kedai Roti John di Pantai Kundur.

Cuma saya sedikit tidak berpuas hati di Bandar Hilir yang terdapat sebuah kedai makan asam pedas berhadapan dengan Taming Sari yang nampak macam hebat terletak pada bahagian koner lot tapi ditutup dengan kerusi meja walaupun sebenarnya itu adalah laluan pejalan kaki. 

Asam pedas yang disajikan amat mendukacitakan kerana kuah asam pedas sudah siap disediakan. Apabila kita memilih ikan, kemudiannya mereka akan mencampur asam pedas tadi kedalam kuali kecil lalu dipanaskan kemudian disajikan kepada pelanggan. Bagi saya sepatutnya kena masak original macam restoran di Ujung Pasir baru ada ummphhhhh asam pedas macam tu. Ibu saya pun merungut dengan cara masakan begitu. Inilah kali pertama dan terakhir saya kesitu selain air di sajikan dalam bekas plastik macam cup pasar malam. 

Harga memang mahal tak termasuk GST. Kalau ada kawan-kawan bertanya sudah pastinya saya tidak akan menyarankan mereka kesitu kerana lebih banyak kedai yang murah dan lebih enak rasanya kawasan Bandar Hilir.

Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Homestay penginapan keluarga saya di Taman Indah Sungai Udang. Rumah teres yang dijadi Homestay milik seorang guru bernama Siti . Harga yang cukup murah hanya RM200 untuk sehari semalam dan jika anda mendiami untuk 2 hari maka harganya semakin murah.

Cukup selesa dengan 3 bilik, terdapat 2 bilik mempunyai kemudahan penghawa dingin dan bilik air dalam setiap bilik. 1 katil Queen, 1 Katil Double dan 1 katil single berserta 4 tilam . Amat sesuai untuk penginapan keluarga yang besar bagi bajet yang kecil tapi rumah yang besar dan amat selesa. 5 bintang saya berikan buat Cikgu Siti.

Insha Allah kalau kami ke Melaka pastinya Homestay Cikgu Siti menjadi pilihan utama kami, kerana berdekatan bandar dan mudah mencari sumber keperluan samada sarapan pagi, tengahari dan makan malam.

Muzium Melaka, tombak asal zaman kesultanan Melaka.

A Famosa

Homestay Cikgu Siti Taman Indah, Sungai Udang Baharu, Melaka.

Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka