Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat.. Merdeka Merdeka Merdeka , itulah ungkapan yang semua sedang nanti-nantikan menjelangnya detik 12 malam nanti dan saya pasti sudah ramai yang keluar ke tempat-tempat yang mengadakan acara sambutan mengikut lokasi masing-masing.
Pastinya sambutan yang di adakan juga berbeza dari segi matlamat samada hiburan ataupun kesedaran mahupun penghayatan erti kemerdekaan itu sendiri mengikut persepsi masing-masing. Yang pentingnya sambutan yang di adakan tidak tersasar dari tajuk asal iaitu MERDEKA.
Kemerdekaan memang mudah diucapkan namun bukannya mudah untuk di dapati atau senang menikmati erti kemerdekaan itu kerana banyak pertumpahan darah yang berlaku sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan yang hakiki dan bebas dari penjajahan British...
Sebagai seorang bekas anggota tentera yang pernah mengharungi kehidupan dalam perkhidmatan ATM selama 22 tahun saya amat rasa terharu di atas pengorbanan anggota-anggota yang terdahulu dari saya atau pun lebih tepat Datuk dan nenek kita sendiri yang memikul senjata samada dalam perkumpulan atau individu tat kala kita di jajah baik British atau pun PKM yang pernah bermaharajalela di Belantara Malaysia dahulu...kerana saya sendiri pernah terlibat di dalam Operasi hutan yang menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan apatah lagi pada zaman dahulu yang serba kekurangan kelengkapan moden.
Kepada Generasi Y yang enak di buai mimpi ...cuba celik mata dan sedar betapa pengorbanan menuntut kemerdekaan bukanlah semudah ucapan yang di laungkan di Dataran Merdeka sebagaimana yang dapat kita saksikan di kaca TV tetapi terlalu syahdu untuk di gambar dan di kenangkan ..tapi itulah hakikat sebenarnya yang perlu kita tanam di dalam minda...Oleh itu sayangi lah negara kita Malaysia dan janganlah di sebabkan perbezaan politik kita cuba memusnahkan Negara yang aman dan damai dan janganlah membawa negara kita ke kancah kehancuran sebagaimana dapat kita saksikan di luar negara.....
Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke - 55 tahun buat seluruh Warga Malaysia dan buat pejuang yang telah terkorban ku hadiahkan Al-Fatihah dan semoga roh kalian di cucuri rahmat dari Allah yang esa..Amin ..
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Aug 30, 2012
Aug 27, 2012
Pic Kejadian Khemah Terbalik Bazaar Ramadan Bandar Perda
Salam dan selamat sejahtera, Pic ni saya ambil semasa hari kejadian kemalangan tersebut namun tidak berkesempatan untuk upload sehingga lah sekarang baru sempat., kejadian berlaku pada 14 Ogos 2012 lebih kurang jam 4.40 petang ..sorryyyy na..
Angin Terlalu Kuat Hanya 10 minit sahaja
Semua yang berlaku sebenarnya adalah kehendak Allah walaupun pelbagai spekulasi yang kurang enak di dengari namun faktor keutuhan Khemah seperti ikatan dan di paku pada bahagian tapak khemah haruslah di ambil kira...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA

Aug 20, 2012
Berakhir Ramadan 1433 Hijrah Dan Muncul Syawal Bazaar Ramadan Bandar Perda
Selamat Hari Raya buat semua peminat Blog Pasar Malam ini yang rasanya semua sudah pun berada di Kampung Halaman Masing-masing dengan sanak saudara dan harapan saya semuanya berbahagia hendaknya.
Bagi peniaga yang berjaya meraih keuntungan yang banyak seperti yang di harapkan pasti hari raya tahun ini amat bermakna dan pasti berbelanja habis habisan huhuhu, namun bagi peniaga yang gagal mencapai target pastinya sedikit terkilan dan berduka kerana Raya Tahun ini sedikit suram dan terpaksa memikirkan bagaimana nak top up modal untuk kembali berniaga dalam seminggu lagi kerana rata-rata peniaga makanan hanya akan bercuti dalam 3 ke 4 hari sahaja sebelum memulakan kembali perniagaan Pasar Malam.
Kekalutan di UP TOWN Bandar Perda juga sudah tamat dan kesesakkan jalan kembali normal seperti sedia kala dan berlaku sedikit kekecohan pada Malam terakhir ( malam raya) kerana berlaku sedikit pergaduhan dalam 2 pagi sehingga menyebabkan 2 petrol car polis terpaksa di panggil...
Tahun ini saya mengalami sedikit kerugian di Bazaar Ramadan Bandar Perda yang sebelum ini belum pernah saya alami dan saya pasti akan membuat post mortem akibat kerugian ini yang mana sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan saya dan saya gagal sama sekali mendapatkan keuntungan seperti yang di harapkan...dan saya sendiri kurang pasti sebab musababnya....
Banyak faktor yang saya kenal pasti dan saya akan meninjau Bazaar Ramadan di tempat lain dengan bertanya kepada kawan-kawan yang berniaga di Bazaar Ramadan seperti Taman Ciku, Taman Pauh, Ban Busuk, Permatang Pauh, Bautterworth dan sekitar kawasan yang berdekatan bagi mencari feed back untuk persiapan pada tahun hadapan kerana saya mungkin tidak akan berniaga lagi di Bazaar Ramadan Bandar Perda yang saya rasa semakin tahun semakin merudum jumlah jualan akibat terlampau banyak tapak niaga di buka oleh pihak penganjur.
Dan saya harap situasi perniaagaan tahun ini akan menjadi iktibar bagi peniaga yang terlalu berebut-rebut untuk mendapatkan tapak pada tahun hadapan....
PASAR MALAM ANDA DAPATKAN EBOOK DI SINI SELAGI STOK ADA ,CEPAT CEPAT

Aug 9, 2012
Kecundang Bazaar Ramadan Bandar Perda
Salam dan selamat sejahtera, semoga anda semua sihat dan masih menjalankan ibadah berpuasa dengan penuh taat walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas..
Selama berniaga di bazaar ramadan sejak berbelas tahun yang lalu akhirnya tahun ini merupakan tahun perniagaan yang menjadi sangat teruk bagi aku dan juga jenama AREE BIHUNSUP EX-SERVICE....jujur saya perkatakan tahun ini amat mendukacitakan bagi saya kerana gagal meraih apa yang saya impikan dan semakin hari nampaknya semakin kurang pengunjung ke Bazaar Ramadan Bandar Perda .....
Apatah lagi di bazaar ramadan ini di penuhi dengan 200 tapak gerai jualan dan mempunyai banyak laluan keluar dan masuk menyebabkan lokasi strategik sukar di cari dan nampaknya semua peniaga yang berniaga tahun ini melahirkan keluhan dan yang masih ada sekadar bertahan sahaja untuk menghabiskan sisa - sisa hari yang masih berbaki 12 hari lagi .
Walaupun saya telah lama terlibat dalam perniagaan ini secara jujurnya saya juga hampir kecewa namun semangat dan perangsang dari isteri tercinta menyebabkan saya masih bertahan dan saya akan tetap harungi jua walaupun gagal meraih sebarang pendapatan yang lumayan sebagaimana di Pasar Malam...
Memang tak sabar nak masuk semula kat Pasar Malam hehehehe....
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHANGAT DI PASARAN DENGAN TAWARAN DISKAUN

Aug 5, 2012
Bazaar Ramadan Bandar Perda Siri 2
Salam dan selamat sejahtera...hari ini masuk hari yang ke-16 seluruh umat Islam melaksanakan ibadat Puasa di bulan ramadan dan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita menyambut 1 Syawal....
Namun apa yang ingin saya perkatakan hari ini adalah berkaitan peniaga Bazaar Ramadan Bandar Perda yang semakin hari semakin menghilangkan diri dan yang tinggal hanya meja kosong serta tapak sahaja tanpa ada barang jualan... rasanya mungkin benar apa yang pernah saya cakapkan pada siri pertama Bazaar Ramadan Bandar Perda yang di kerumuni peniaga yang ingin mengambil borang sehinggakan dalam masa 2 hari borang habis di edarkan...dan inilah padahnya yang di alami bila mana indah khabar dari rupa dan tak sampai 29 hari dah mula mengalah dek perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang di rancang...
Saya sekadar simpati kepada mereka yang mengalah terlalu awal dan saya lebih-lebih bersimpati lagi kepada peniaga yang sememangnya setiap tahun berniaga di Bazaar ini tetapi tidak mendapat borang akibat kerakusan peniaga bermusim yang mengambil borang sekadar untuk berniaga di bulan ramadan tetapi lari akibat kegagalan dalam perniagaan dan bagaimana pulak nasib peniaga yang memang mencari makan hanya dengan berniaga namun gagal mendapat borang....inilah akibatnya hanya mendengar cerita dari mulut orang yang mengatakan Bazaar Ramadan Perda memang hebat tanpa usul periksa...walhal kehebatan Bazaar Ramadan Perda hanya pada besarnya saiz dan banyaknya tapak sahaja tetapi tidak dari segi jualan. Jika peniaga yang sedia ada adalah di kalangan mereka-mereka yang sememangnya mencari makan dari perniagaan mereka ini pasti akan tunggu sehingga tamatnya Ramadan atau sekurang-kurangnya sehingga Ramadan yang ke-27 atau ke-28 baru mereka akan angkat kaki.
Oleh itu saya menasihatkan agar pada tahun-tahun yang mendatang sila kaji dahulu dan saya tidak bermaksud menyekat mana-mana orang perseorangan yang ingin berniaga tetapi kasihan kepada peniaga yang sedia ada kerana gagal mendapat borang .
Andainya cadangan dan teguran saya ada yang terasa , saya mohon kemaafaan kerana ini sekadar pandangan bagi membela nasib kawan-kawan yang gagal dalam mendapatkan borang agar nasib mereka terbela....fikir dan renung-renung....serta SELAMAT BERAMALLL.....
DI SINI ....SEGERA SJANGAN LUPA TINGKATKAN JUALAN BAZAAR RAMADAN ANDA DENGAN PANDUAN EBOOK YANG PENUH INFORMASI ELAGI STOK MASIH ADA..
AREE BIHUNSUP EX-SERVICE

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)