nuffnang1

.:)

Mar 21, 2013

Relevankah Perniagaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang sentiasa menanti posting-posting terkini mendedahkan rahsia perniagaan pasar malam yang cukup menguntungkan ini.



Hari ini merupakan tarikh diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2012 tepat jam 11 pagi tadi di kesemua sekolah di Malaysia. Ada yang gembira dan tak kurang juga yang berduka. Keputusan yang baik pasti akan membuatkan guru-guru tersenyum girang tambahan pulak sekolah yang berjaya bertahan cemerlang setiap tahun..apa tidaknya Guru besar dan guru-guru bakal menerima " Baiah" lagi huhuhu.

Tapi perkara yang akan kita bincangkan bukanlah SPM. Apa yang akan saya utarakan disini adalah relevankah lagi Pasar Malam di zaman serba moden dan canggih ini. Almaklumlah dengan wujudnya pasar-pasar besar yang kononnya barangan adalah lebih murah dan lebih berkualiti dibandingkan dengan pasar malam. Apakah jawapan anda, kita boleh sama-sama bincangkan disini.

Segala kupasan akan saya terangkan malam ini mengikut perspektif dari kaca mata peniaga.

Pasar Malam Memang Amat Relevan

1.  Pelbagai barangan dijual di pasar malam dari barangan kering, basah, makanan, minuman serta boleh di kategorikan mudah memperolehi barangan di pasar malam.

2.  Harga Makanan sebagai contoh dibandingkan dengan kedai biasa. Nasi Ayam hanya RM3.50 bebeza dengan kedai RM4.50. Bihunsup RM3.00 di kedai RM3.50 hinga RM4.00. Begitu juga dengan barangan lain berbeza dari segi harga dan kelazatanya,

3.  Saya sendiri telah berniaga di pasar malam selama 15 tahun dan kini menjadi sumber pendapatan tetap bagi saya menyara keluarga. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain dan ada juga yang telah berniaga selama 30 tahun dan mampu menyara keluarga dan mampu hidup dengan mewah.

4.  Pendapatan dengan pasar malam boleh dijana mengikut acuan anda sendiri samada banyak atau sedikit, separuh masa atau sepenuh masa mengikut kesesuaian anda tanpa perlu diarah oleh bos-bos yang garang.

5.  Masa anda bebas, tidak perlu tergesa-gesa bangun seawal pagi, bergelut dalam kesesakkan jalan raya. Habis berniaga sekitar jam 10 malam dan tidak perlu bersengkang mata sehingga ke pagi. Waktu malam anda sudah boleh bersantai bersama keluarga.

6.  Bercuti mengikut masa anda tanpa perlu memohon kepada majikan untuk bercuti.

7.  Modal yang amat sedikit mengikut jenis perniagaan anda tanpa perlu meminjam dari bank namun jika ingin membuat pinjaman bayak kemudahan pinjaman telah disediakan oleh kerajaan seperti MARA, Mikro Kredit, MTEM dan pelbagai lagi.

8.  Tapak pasar malam yang kini banyak di buka samada di sekitar penempatan anda ataupun uptown yang semakin hari semakin ramai pengunjung.

9.  Pendapatan harian yang anda perolehi setiap hari anda berniaga tanpa perlu menunggu setiap bulan seperti anda makan gaji sekarang ini.

10.  Kerajinan merupakan faktor utama kejayaan anda di pasar malam, semakin rajin anda berniaga semakin banyak keuntungan anda perolehi berbeza jika anda makan gaji .

11.  Banyak bahan-bahan rujukan berkaitan pasar malam seperti ebook dan buku-buku pendedahan teknik menjana pendapatan di pasar malam bagi mereka yang berminat dengan perniagaan ini.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya dedahkan disini akibat kekangan masa....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA 

Mar 17, 2013

Borang Pengesahan Ebook Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat peminat blog pasar malam. Terlebih dahulu saya ingin memohon jutaan maaf kepada pembeli ebook pasar malam yang terkini kerana saya tidak dapat menghantar ebook tersebut disebabkan BORANG PENGESAHAN PEMBELIAN TIDAK DI ISI.

Disini saya ingin mengingatkan kepada tuan-puan yang membeli ebook pasar malam setelah membuat pembelian mintakkkk tolongggg isikan borang pengesahan kerana borang ini amat penting sangat-sangat. Borang pengesahan ini adalah sebagai panduan untuk saya menghantar ebook pasar malam ke alamat emel yang telah anda nyatakan.

JIKA ANDA MASIH KURANG MEMAHAMI SILA HUBUNGI SAYA DI 013-4704110

CONTOH SEPERTI DI BAWAH :


Sila Isikan Borang Pengesahan selepas membuat pembayaran.Klik disini <------------------------ p="">
SETELAH ANDA KLIK SETERUSNYA ANDA AKAN DIBAWA KE BORANG SEPERTI DI BAWAH.......ISIKAN SEMUA MAKLUMAT ANDA KEMUDIAN TEKAN PADA HANTAR...BORANG DI BAWAH AKAN DIHANTAR TERUS KE EMEL SAYA...





Borang Pengesahan Pembelian

Nama Penuh Anda :
Alamat Email :

No Telefon:
Alamat Surat Menyurat:

Kaedah Pembayaran :


Tarikh Bayaran Dibuat :

Masa Bayaran Dibuat :
Jumlah Bayaran :




Bukti Pembayaran :
Sila copy & paste maklumat transaksi pembayaran anda disini jika anda menggunakan maybank2u. Jika anda menggunakan ATM Deposit/ATM Transfer, sila masukkan maklumat masa transaksi, nombor reference tarikh serta lokasi ATM )

Sila isikan nombor imej yang terpapar diruangan diatas untuk pengesahan )

AMARAN !
Jangan melakukan SPAM terhadap Borang ini. Kami dapat mengetahui lokasi anda dari IP Address anda yang terkirim ke email kami. Tindakan tegas akan diambil sekiranya anda melakukan SPAM.



Details/MaklumatInfo Pembeli (Buyers) - Sponsored By [].
Namaaree
emailhzulkarnai@gmail.com
Telefon013-4704110
Alamatnn
KaedahPembayaranMaybank
TarikhPembayarand
MasaPembayaran30
JumlahBayaranRM59.99
BuktiPembayaranmaybank

DI HARAP DENGAN PENERANGAN DI ATAS SEMUA PEMBELI EBOOK PASAR MALAM AKAN LEBIH MEMAHAMI... DAN UNTUK MAKLUMAT ANDA SETIAP PEMBELIAN RM5 AKAN DI DERMAKAN KE TABUNG WIRA LAHAD DATU.

SEMOGA ANDA MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN DAN SAMA-SAMA KITA BANTU WIRA-WIRA DAN KELUARGA MEREKA YANG TELAH TERKORBAN.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DAN DERMA LAH KE TABUNG LAHAD DATU

Mar 13, 2013

Al-Fatihah buat Wira-Wira Lahad Datu

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga perniagaan anda akan bertambah maju walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini kerana hujan yang turut sentiasa meleset dari jangkaan dan ramalan.


                                                         

Malaysia sekarang ini dirundung duka akibat pencerobohan pengganas dari Sulu yang teramat biadab dan tidak bertamadun.

Semalam semasa sedang menyiapkan barangan untuk berniaga saya di kejutkan dengan kematian dua anggota keselamatan tetapi kali ini di pihak tentera. Darah ketenteraan saya mulai menyirap. Marah dan dendam pun ada, sakit hati. Bergenang air mata tatkala melihat jenazah diusung pagi tadi semasa upacara penuh adat istiadat ketenteraan sewaktu pengkebumian 2 lagi wira negara yang gugur syahid mempertahankan maruah negara dari diancam.

Apatah lagi bila membaca hasil nukilan lagu yang dicipta oleh seorang Peguam bernama Josephine hadikusomo dari Sabah khas ditujukan bagi menghargai pengorbanan wira-wira ini.

Berikut Lirik Lagu seperti di bawah:

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Musim luruh kian berlepas
Malam mu jadi cahaya

Mengapa kamu
Harus pergi dulu
Mengapa kamu
Rebah..... sebelum waktunya

Bunga-bunga kan ku kalungimu

Bersama seribu kasih
Jasamu pada ku
Disanjungi
Air mataku kirim bersama

Doa bagimu, Perwira
Usah lagi berduka
Oh......

Tidurlah.......

Tak dapat aku lindungi lagi serta menipu diri ini pabila airmata ku mulai bergenang tanpa di paksa...aku juga sedar walaupun telah bersara dari perkhidmatan namun darah ketenteraan yang mengalir di tubuh ini amat jitu dan aku sanggup kembali ke medan sekiranya dipanggil untuk kembali berkhidmat dengan kepakaran ku selama 22 tahun.

Andai ada di kalangan mereka-mereka yang menghina , mengata atau mempertikaikan anggota keselamatan akan ku maki hamun golongan manusia jenis ini. Perjuangan anggota keselamatan tiada galang gantinya dibandingkan dengan apa yang pernah kami nikmati. Namun nyawa kami pertaruhkan.

Apa yang mampu aku lakukan sekarang ini hanya mampu berdoa dan memberi sedikit sumbangan sebagai menghargai jasa-jasa wira-wira yang terkorban.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DAN RM5 AKAN DIDERMAKAN KE TABUNG WIRA LAHAT DATU DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA


Mar 11, 2013

GRED Gaji Polis Dan Tentera Naik

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Pagi tadi saya ada mengikuti ucapan PM sempena perjumpaan PM dengan penjawat awam yang di anjurkan oleh INTAN .

Pada awal ucapan PM amat menyentuh kalbu dengan isu pengorbanan anggota tentera dan polis di Lahad Datu. Dan pencerobohan ini mengorbankan sebanyak 8 nyawa. Ayat yang paling menyedihkan apabila PM melahirkan rasa sedih kepada kandungan isteri Inspektor Zulkifli yang turut terkorban dan apabila lahir nanti pasti tidak mengenali siapa bapanya.

Di atas jasa dan pengorbanan anggota polis dan tentera PM telah mengumumkan kenaikan GRED gaji untuk di selaraskan dengan perkhidmatan awam berkuatkuasa Januari 2013. Dan kenaikan GRED gaji PDRM dan ATM jarang berlaku. Tahniah buat seluruh warga PDRM dan ATM.

Semoga seluruh warga ATM dan PDRM serta keluarga mereka bersabar dengan segala dugaan dan cabaran.

PELARASAN GRED GAJI ATM/PDRM SETARA PERKHIDMATAN AWAM AM


1 .  Koperal ATM/PDRM  - Gred gaji 17 diselaraskan ke gred gaji  22.

2.  Sarjan ATM/PDRM      - Gred gaji 27 diselaraskan ke gred gaji 29.

3.  Kapten ATM/Penolong Penguasa Polis   -  Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji 44.

4.  Mejar ATM/Timbalan Penguasa Polis      -  Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji baru 46A.

5. Kolonel ATM/Penolong Pesuruhjaya Polis - Gred gaji 48 diselaraskan ke gred gaji 52.

(Sumber dipetik dari Utusan Malaysia bth 12/03/13 Selasa).

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI BUAT KAKITANGAN KERAJAAN YANG INGIN MENAMBAH PENDAPATAN 

Mar 10, 2013

Di Lema / Kegusaran Peniaga Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, marilah sama-sama kita bertafakur selama 1 minit dengan sedekahkan surah Al-Fatihah buat wira-wira kita yang telah terkorban di Lahad Datu. .....................



Ramai dikalangan kita peniaga pasar malam mempunyai pelbagai masalah yang sukar di ramalkan dan masing-masing mempunyai alasan tersendiri dari pelbagi sebab dan sudut masalah yang timbul dan bakal timbul...

Antara Masalah Yang Di hadapi Peniaga Pasar Malam.

1.      Jualan Tidak Laku.
2.      Bahan Mentah Mahal.
3.      Faktor Cuaca ( Hujan ).
4.      Masalah Kenderaan.
5.      Masalah Pekerja.
6.      Masalah Kewangan.
7.      Masalah Keluarga.
8.     Tidak tahu membahagikan masa.
9.     Boros.
10.   Masalah Modal.

Itu adalah beberapa masalah yang sering di hadapi oleh peniaga pasar malam, namun masih banyak lagi masalah yang terdapat tetapi sukar untuk di pastikan kerana setiap peniaga mempunyai pemikiran yang berbeza dan berlainan jenis yang mereka sendiri sahaja mengetahuinya.

Apa yang ingin saya " Highlight" di sini adalah , bagaimana untuk kita mengatasi segala permasalahan ini dengan bijaksana dan sehingga semuanya selesai atau hampir selesai. Saya tidak nafikan dalam kehidupan ini setiap orang pasti ada masalah dan itulah asam garam kehidupan yang menyebabkan kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan memamtangkan diri kita.

Setiapnya pasti dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik........................???????????

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT DAN SETIAP PEMBELIAN RM5 AKAN DI DERMAKAN KE TABUNG PAHLAWAN WIRA LAHAD DATU.

Mar 7, 2013

Ramalan Cuaca Pulau Pinang dari 07 Mac - 13 Mac 2013

Khamis, 07/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Mendung
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Jumaat, 08/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Mendung
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 09/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Ahad, 10/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Isnin, 11/03/2013 

Mendung
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Mendung
 Malam : Tiada Hujan
 
Selasa, 12/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Rabu, 13/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 

Hujan Di Pulau Pinang

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sebelum meneruskan penulisan ini saya ingin mendoakan agar Allah melindungi seluruh Anggota Pasukan Keselamatan kita yang sedang menjalankan "OPS DAULAT" di Lahad Datu, Sabah.

Saya amat yakin akan kemampuan serta semangat juang yang tinggi didalam diri setiap anggota keselamatan kita. Jadi semoga tidak ada orang yang mempertikaikan tahap kekuatan anggota Keselamatan kita. Sebagai seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat selama 22 tahun dan pernah terlibat didalam Operasi Hutan termasuk juga berkhidmat di Bosnia Herzegovina maka saya tahu anggota Keselamatan Kita memang mampu menangani penceroboh ini.

Tahniah dengan kerjasama Polis dan ATM menangani penceroboh ini.

Baik lah kita kembali semula soal perniagaan pasar malam kita..yang nampaknya hujan kembali turun tanpa berjadual. Dalam tahun 2013 ini memang nampaknya banyak hujan dan keadaan susah untuk di ramalkan. Ramalan cuaca yang terkini juga melapurkan bahawa kawasan Pulau Pinang akan hujan pada malam ini. Sewaktu saya sedang menaip ini juga hujan sedang turun dengan lebatnya dan kawasan perniagaan saya hari ini adalah di Tasek Glugor yang memang sudah sinonim dengan kawasan hujan. Dan tidak pasti samada kawasan ini akan hujan pada sebelah malamnya.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang ini hanya gunakan kemahiran dari segi pengalaman bagi mengurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan tanpa terpaksa mengeluarkan modal tambahan kerana hujan sekarang ini tidak lagi bermusim. Sebagaimana berlakunya banjir baru-baru ini di Negeri Kelantan yang mana sepatutnya tidak berlaku banjir pada Feb dan Mac.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DIMUSIM HUJAN INI


Mar 5, 2013

ATM Dan Polis Gempur Penceroboh Kesultanan Sulu

Setelah rundingan perdamaian gagal dan penceroboh semakin ganas....maka Pasukan Keselamatan  Negara telah mulai menggempur penceroboh di Lahad Datu. Operasi besar-besaran ini bermula dengan serangan Udara oleh pihak TUDM dan ledakkan Mortar kata PM.

Sama-sama kita doakan agar wira-wira Negara akan sentiasa dilindungi dan berjaya menghapuskan penceroboh negara.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN KADAR SEGERA

Mar 1, 2013

HUT Tentera Darat Ke - 80

Selamat menyambut Hari Tentera Darat yang ke 80 pada 1 Mac 2013...walaupun telah bersara dari perkhidmatan selama 5 tahun namun semangat saya masih kental dalam perkhidmatan ini...Tahniah buat Panglima Tentera Darat dengan kemajuan yang semakin mampan dalam anjakkan tranformasi Tentera darat di bawah pimpinan yang berbahagia Jenderal Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli b. Haji Zainal Abidin.

                                                             ptd
                                                                                     
       JENDERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HAJI ZAINAL ABIDIN

           PGAT  PSM  PJN SIMP SPTS SSTM SPKK DHMS DGPN PSAT DPTS DGMK PAT JSM KMN                
                                                                     BSK AMK PJM
                                    rcdc mpat Imt MM (AIM) Manila ADBM (Wales)

Posting ini khas buat seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat Khasnya serta seluruh warga Pesara Angkatan Tentera Malaysia. Semoga kita semua sentiasa di rahmati Allah hendaknya.

Tentera Darat lebih berkarisma dan Warga TD berwibawa serta berdaya saing....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN TAWARAN 50% BUAT SELURUH WARGA TENTERA DAN PESARA TENTERA SEHINGGA 30 MAC 2013.

Ramalan Cuaca Pulau Pinang Mac 2013

Jumaat, 01/03/2013 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 02/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Ahad, 03/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Isnin, 04/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Selasa, 05/03/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Rabu, 06/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan