Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Feb 29, 2016
Mee Goreng Paling Sedap Di Pasar Malam Pulau Pinang
Cara Mudah Buat Blog
Panduan Dan Cara Mudah Buat Blog Khas Pasar Malam
Nasi Dagang Aka Nasi Kerabu Paling Ngetop Di Pasar Malam
Saya perkenalkan sahabat saya yang bernama Nizam dan isteri beliau Ros, isteri beliau berasal dari Kelantan justeru itulah beliau mahir dalam menyediakan nasi Kerabu "Original Made", Kelantan mari.
Feb 27, 2016
Pekerja Pasar Malam Adalah Aset
Feb 26, 2016
Keropok Lekor Paling Hangat Di Pekan Hari Penaga
Disini berlakunya aktiviti perniagaan seumpama pasar malam cuma bezanya perniagaan dilakukan pada siang hari dan disebut Pekan Hari.....
Jadi terbukti yang anda dalam kerugian jika tidak merasa Keropok Lekor Che Ard, apa lagi jangan lupa temujanji anda ahad akan datang dengan Che Ard....
Feb 25, 2016
Zaman Moden Tikus Makan Bihunsup
Tikus Sekarang Makan Sedap-Sedap Hehehe
Bila Blogspot.com Tukar Blogspot.my
Dot.com Jadi Dot.My
Salam dan selamat sejahtera. Mungkin buat sesetengah orang ini isu lama dan dah lapuk tapi bagi ianya masih baru dan sedikit sebanyak menpengaruhi emosi dalam berblogging.
Mulanya saya memang tak ambik pot sangat sebab masa tu saya kurang berblog kerana kekangan masa nak balik buka laptop. Tetapi kini dengan kemudahan adanya android memudahkan saya kembali aktif dalam dunia blogging.
Stat Kaunter saya sendiri menunjukkan kekurangan visitor dari luar negara disebabkan dotmy hanya memaparkan dalam negara sahaja dan lain lah kalau orang itu memang dah bookmark blog saya.
Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan akhirnya terjumpa sebuah blog tutorial bagaimana untuk mengembalikan dotcom.
Dalam jam 1 pagi tadi dengan penuh semangat dan motivasi yang cukup tinggi hehehehe, saya pun copy paste kod html yang diberikan kedalam templete kemudian " save". Dengan penuh harapan saya pun buka semula Url blog-blog saya dan ketika itu segalanya berjalan dengan lancar semua blog dah pamerkan dotcom.
Setengah jam kemudian saya buka sekali lagi Url semua blog saya tapi menyedihkan 2 dari blog saya tak dapat dijejaki oleh google search dan yang dipamerkan di skreen adalah " error 404 " sedihnya dan saya sedikit cemas langsung mata tak boleh lelap sampailah jam 3 pagi. Saya pun tak tahu kenpa sedangkan 2 blog lagi ok je....
Saya cuba buka setiap blog tersebut dilaman fb, whataps dan link yang telah saya pautkan namun masih lagi " error".
Saya terfikir mungkin ambik sedikit masa untuk " crawler", google bertindak tetapi sehingga jam 8 pagi tadi masih lagi gagal.
Blog sukan saya yang sangat-sangat saya sayangi huwaaaaaaaa, cam na nak buat...sapa sapa boleh tolong saya !!!!
Feb 24, 2016
Pelbagai Bebola Dan Berger Terlaris Di Pasar Malam
Pelbagai Bebola, Berger Dan Kek Coklat Yang Paling Laris Di Pasar Malam
Hari ini saya akan bawa anda peminat pasar
malam meninjau dan membeli belah di pasar
malam Taman Janggus, Alma, Bukit Mertajam,
S.Perai.
Pasar malam yang telah beroperasi hampir 12
tahun menyaksikan kepelbagaian masyarakat
disini sama-sama berkongsi mencari rezeki
dari kaum Melayu, Cina dan India. Masyarakat
majmuk dan persekitaran yang didiami oleh
pelbagai kaum ini menyemarakkan lagi
kehebatan pasar malam Taman Janggus.
Penganjur sendiri saudara Sulaiman Khaw
merupakan seorang penganjur yang boleh
bertutur dalam bahasa Melayu dan Cina
dengan fasihnya.
Pasar malam Taman Janggus terdapat
seorang peniaga yang sudah lama
berkecimpung dalam bidang perniagaan
bebola, beger dan pelbagai sosej. Beliau amat
mahir dalam penyediaan berger yang sering
diperkatakan masyarakat sekitar dan
pengunjung pasar malam.
Saudara Sobri atau lebih dikenali sebagai Beri
merupakan sahabat saya yang tapak
perniagaan beliau betul-betul hadapan saya
dan merupakan pelanggan tetap saya juga
dengan menu teh o ais .
Pernahkah anda menikmati berger dan sosej
selazat dan sesedap berger Beri. Saya rasa
mungkin anda akan cakap "ya" tetapi
sebenarnya anda belum pernah nikmati
kehebatan berger Beri ini.
Saya yakin dan pasti kalau anda belum pernah
merasainya, anda dalam kerugian
Tahukah yang setiap kali siap berger dan sosej
beliau digoreng sudah ada hampir 10 orang
pelanggan yang menunggu dengan rasa tidak
sabar untuk mendapatkan berger atau pun
nugget beliau.
Pernah seorang pelanggan yang marah-marah
sebab tidak dapat membeli berger beliau
kerana kehabisan stok, lalu pelanggan itu siap
membuat tempahan sebanyak 5 biji untuk
minggu hadapan. Saya sendiri pun teruja
dengan kesedapan berger beliau yang pada
pendapat saya tidak akan kita temui di lokasi
pasar malam atau dikawasan lain.
Ditambahkan pula sifat rendah diri beliau dan
peramah amat disenangi oleh rakan taulan dan
pelanggan-pelanggan. Beliau tidak pernah
bermasam muka dengan sesiapa pun malah
senyuman sentiasa terukir diwajah beliau.
Sikap beliau yang cukup peramah dan mesra
inilah menambah kan lagi kelarisan berger,
nugget dan sosej yang beliau jual.
Kek Coklat beliau juga amat hebat dengan
kelazatan yang luar biasa, resipi isteri beliau
sendiri dan "home made", tak mampu di
tandingi oleh mana-mana penjual kek baik di
kedai kek sekali pun. Setiap kek coklat beliau
akan " sold out", hanya sekitar jam 8 malam.
Setiap hari isteri beliau sentiasa sahaja
meningkatkan stok namun tidak dapat
memenuhi permintaan ramai sebab pelanggan
yang membeli tidak kurang dari 3 bijik
seorang.
Kalau anda belum pernah datang menikmati
keenakan berger, sosej, nugget dan kek coklat
saudara Sobri, saya cadangkan anda
datanglah segera dan nikmati sendiri apa yang
saya perkatakan. Belum cuba belum tahu....
Jom ghamai-ghamai ke pasar malam Taman
Janggus, Alma B.Mertajam...
JOM DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI
Kelazatan Kek Coklat buatan sendiri isteri beliau sukar diperolehi ditempat lain
Susun atur Nagget dan Sosej yang kemas tambah menarik perhatian pelanggan
Wajah Saudara Sobri yang sentiasa tersenyum melariskan lagi barang jualan beliau.
Cara Tingkatkan SEO Pasar Malam
Semasa balik dari berniaga saya rehat-rehat sambil ambik angin, melepaskan lelah berniaga di pasar malam tadi. Selepaa berehat lebih kurang 1 jam layan pulak AFC Cup, ulangan Selangor lawan Kelab dari Filipina.
Kemudian mata ni sukar nak lelap, saya capai handset terus buka blog yang saya bookmark. Blog-blog yang saya bookmark adalah blog pilihan saya yang saya rasakan mampu memberi apa yang sedang saya cari. Macam-macamlah, sebagai contoh bagaimana nak letak iklan adsense dengan menggunakan android.
Dalam banyak-banyak blog yang saya jumpa blog hassrulsani.com adalah blog terbaik yang banyak info-info baru yang saya jumpa. Tak la kata orang asyik dengan dunia pasar malam je.
Barulah saya sedar sekarang ini yang blog pasar malam saya dalam rangking SEO amat-amat mendukacitakan sekal, hanya sekadar 25% pada enjin carian jadi memang sukarlah orang nak jumpa blog pasar malam ni, sedihnya. Tapi satu lagi blog saya iaitu blog sukan agak ok la dan berada 65% pada enjin carian.
Banyak kesilapan pada blog pasar malam ini tentang meta tag, masalahnya saya sendiri pun tak faham apa itu meta tag dan H1,H2 adoiiiiii tambah pening kepala dibuatnya.....jam dah pun menunjukkan ke angka 2.51 pagi dan nak kena bangun jam 7 nanti.
Apa pun saya rasa ada baiknya maklumat yang saya perolehi malam ini dan mudah bagi saya untuk buat pembetulan. Saya kena banyak belajar lagi untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Hebat dari segi SEO bukanya hebat sekadar mengarang sebagaimana rakan-rakan pasar malam saya bagitahu tadi yang saya pandai mengarang.
Bila saya dah tahu yang enjin carian untuk blog saya "very poor", jadinya tulis panjang lebar pun apa gunanya, syok sendiri la bak kata saudara hassrul.com.
Tapi apa kan daya. Mulai pagi yang bening ini saya berjanji pada diri saya sendiri yang saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan tempat terbaik dalam rangking SEO yakni google.
Jom kita lena, jumpa lagi....byeeee
Feb 23, 2016
Penyediaan Bahan Mentah Yang Bersih
Wajib Bagi Anda Dan Saya Sediakan Bahan Mentah Yang Bersih Lagi Halal
Sebagai seorang peniaga yang beragama Islam wajib bagi kita menyediakan makanan mengikut hukum dan landasan Islam yang mengikut Syariat.
Bukan saya mempertikaikan sesiapa...saya sekadar mengingatkan kepada yang lain dan diri saya sendiri. Sebagai contoh kebiasaanya penyediaan bahan mentah akan dicuci dalam bilik air tempat kita mandi bagi kebanyakkan orang yang memasak dirumah.
Bilik air adalah tempat kita membuang air kecil dan besar jadi sudah semestinya tidak bersih sebab walaupun dibasuh nampaknya masih terkesan dengan sisa buangan kita.
Sebaiknya sediakan atau khaskan satu tempat yang sesuai seperti dalam sinki atau tempat yang tidak digunakan untuk membuang air kecil atau besar. Ini lebih menjamin kebersihan yang hakiki.
Dalam penyediaan makanan juga akan memberikan kesan kepada sumber pendapatan kita nanti....Insha Allah rezeki akan bertambah murah jika berlandaskan Syariat.....
Ayam Goreng Terlaris Di Pasar Malam
Gelaran Mee Ayam Goreng Penang Yang Paling Hebat Di P.Pinang
Tahukah anda dimana untuk mendapatkan ayam goreng yang paling enak dimakan begitu sahaja!.
Pastinya ramai akan menyebut pelbagai lokasi samada di Pasar Malam atau pusat membeli belah yakni Shopping Komplek diserata Negeri masing-masing.
Pasar Malam yang banyak di Pulau Pinang merupakan sumber rezeki bagi penduduk Negeri ini tak kira samada yang asal atau pun yang berhijrah ke sini. Pulau Pinang memang sudah diistiharkan sebagai "Syurga Makanan Dunia", dan tempat pertama didunia. Kalau anda masih belum tahu sila ke pakcik google dan taip makanan dunia.
Hari ini saya akan bawa anda ke pasar malam Mengkuang Titi, sebuah lokasi pasar malam yang berada dalam kampung atau pinggir bandar. Lokasi yang dikelilingi dengan Taman Perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menyaksikan perniagaan pasar malam yang terbaik disekitar Seberang Perai.
Dengan nama jolokkan Mee Ayam Goreng, beliau merupakan seorang peniaga yang cukup gigih berusaha menjana pendapatan dengan perniagaan ayam. Resipi turun temurun yang diwarisi oleh keluarga beliau, Mee atau nama sebenar Azmi memulakan perniagaan sejak 17 tahun yang lalu.
Ayam goreng beliau memangnya cukup sedap dan ranggup apatah lagi harga seketul masih lagi hanya RM1.00 dan kita akui sukar mendapatkan harga yang begitu murah sekarang ini.
Menjadi tumpuan pelanggan-pelanggan sekitar Pekan Penanti, Guar Perahu, Tanah Liat dan B.Mertajam. setiap kali mula sahaja perniagaan, pelanggan sanggup tunggu untuk mendapatkan ayam goreng beliau apatah lagi soa juga merupakan tarikkan utama kerana resipi sos juga adalah buatan sendiri.
Perwatakan yang mesra pelanggan dan senyuman yang sentiasa terukir dibibir amat disenangi segenap lapisan pelanggan. Yang tua dan muda tidak pernah lupa datang setiap kali hari ahad di pasar malam Mengkuang Titi.
Apatah lagi beliau merupakan seorang yang pandai dalam segi agama dan menjadi rujukkan kami jika ada kemusykilan dalam soal agama. Jadi tidak hairanlah 2 orang anak beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke Universiti tempatan dengan hasil jualan ayam goreng.
Masa yang paling hebat adalah sekitar jam 8 malam selepas waktu maghrib, tumpuan kepada ayam goreng beliau memangnya luar biasa. Belum jam 9 malam habis dijual dan adakalanya pelanggan terpaksa menempah seawal jam 6 petang kerana takut habis bila malam nanti. Yang datang membeli pula tak kurang dari 5 ketul seorang, " Memang sedap bang ayam goreng Mee, tempat lain tak dapat macam ni bang", ujar seorang pelanggan semasa berbual dengan saya.
Jadi apa anda tunggu lagi, jangan lupa temujanji anda di pasar malam Mengkuang Titi, Penanti menghala Ara Kuda setiap hari Ahad.
EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DAPATKAN SEGERA SELAGI ADA STOK
Feb 22, 2016
Keropok Lekor Terhangat Di Pulau Pinang
Pastinya anda mempunyai makanan kegemaran bila ke pasar malam. Setiap orang punya minat sendiri, ada yang suka makan bihunsup, nasi ayam, nagget atau air soya.
Kali ini saya ingin membawa anda ke pasar malam Taman Pauh hadapan Politeknik S.Perai Pulau Pinang.
Pasar malam yang beroperasi setiap hari sabtu sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai yang menetap di sekitar Taman Pauh dan pelajar-pelajar Politeknik serta Uitm.
Tiap kali ke pasar malam selain Aree Bihunsup yang menjadi tumpuan adalah keropok lekor yang diusahakan oleh sahabat saya saudara Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan Ucop. Perwatakan yang sederhana dan mesra pelanggan menjadikan keropok Lekor Ucop amat digemari oleh pelanggan yang datang ke pasar malam.
Keenakkan dan keranggupan rasa keropok yang penuh dengan ikan menjadi kegilaan pelajar Politeknik dan Uitm, yang datang pastinya tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Setiap mereka akan membeli paling kurang pun RM1. Ada juga yang pelanggan tetap membeli sehingga RM10 sekali beli.
Pernah keropok Ucop habis seawal jam 8.30 malam akibat diserbu peminat-peminat keropok lekor dan pelanggan yang datang lewat marah-marah sebab tidak sempat membeli tapi demi menjaga hati pelanggan saudara Yusoff tidak pernah menghampakan mereka. Beliau akan pulang ke rumah mengambil sedikit stok yang masih ada buat permintaan pelanggan tetap tadi yang datang lewat
Begitulah sifat saudara Ucop yang peramah dan mesra pelanggan kerana moto beliau adalah " Customer First" dan " Customer is always Right", sifat terpuji Saudara Yusoff inilah yang menyebabkan beliau amat di sukai pelanggan dan amat disenangi kawan.
Feb 21, 2016
Persepsi Masyarakat Terhadap Peniaga Pasar Malam
Pagi tadi sekitar jam 9 pagi kawasan Taman saya diadakan aktiviti gotong royong membersihkan setiap longkang dan parit gara-gara denggi yang sudah 5 orang dijangkiti namun masih belum ada yang maut.
Gotong-royong diadakan dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ). Saya macam biasa bangun awal pagi menyediakan keperluan memasak untuk berniaga petang nanti. Sambil masak sambil membersihkan kawasan.
Semasa membersihkan kawasan seseorang yang baru saya kenali menyapa saya, " awai no abang buat keja nak p nega bukan petang ke", soal mamat ni. Saya jawab " ya memang kena masak bihun dan sup la ni, nanti petang 3.30 anak buah nak p nega".
Saya meneruskan lagi mencabut rumput ditepi longkang besar sambil tersenyum. Kemudian mamat ni bertanya lagi, " sebulan RM2000 dapat tak bang nega kat Pasar Malam", saya hanya tersenyum dan menjawab " Insha Allah dapat kot". Dalam hati saya persepsi orang ni negatif sungguh dengan orang pasar malam.
Sebenarnya ramai lagi yang berfikiran seperti mamat tadi. Mereka beranggapan berniaga di pasar malam mungkin cukup-cukup makan sahaja dan mungkin juga mereka beranggapan kami semua adalah pemohon BRIM dan pelbagai bantuan kami pohon.
Ingin disini saya sangkalkan segala tanggapan tersebut walaupun mungkin ada sedikit kebenaranya. Dalam istilah perniagaan tiada pendapatan tetap walau apa sahaja perniagaan yang diusahakan baik kecil mahu pun besar. Untung rugi memang mainan peniaga. Kami dah manggli dah bak kata orang Utara dengan asam garam dunia perniagaan pasar malam.
Pendapatan bulanan adalah bergantung kepada jenis perniagaan seseorang, jika modal besar maka untungnya pun besar, jika modal kecil untung pun kecil dan rugi pun semestinya kecil juga.
Sama seperti saya dahulu bagaimana tanggapan isteri saya sendiri sebelum kami bernikah. Isteri saya adalah seorang guru ijazah dan mereka tidak pernah menyangka yang pendapatan seorang peniaga pasar malam mengalahkan gaji seorang guru besar. Anda surveylah sendiri berapa gaji seorang guru biasa dan guru besar. Malah saya tidak pernah memohon untuk menerima BRIM sebab saya rasa, memang saya tak layak dan saya tidak mahu menipu.
Kami tidak bekerja dari pagi hingga tengah malam. Pernah kawan saya semasa dalam tentera dahulu berkata, adakah saya mampu hidup menyara keluarga dengan berniaga di pasar malam. Mampukan saya?? itulah soalan beliau semasa kami akan bersara dari perkhidmatan 8 tahun yang lalu dan kini usia perniagaan pasar malam saya sudah mencecah 18 tahun . Beliau kini sedang bekerja di pelantar minyak dan 2 bulan sekali akan turun bercuti selama seminggu didarat.
Rasanya dah cukup panjang saya menaip..jari pun hampir kebas bukan sebab menaip tetapi disebabkan rasa nak beku dalam bilik beraircon ni hehhehehe..
Kalau anda ada niat nak bergelumang dengan hujan dan panas serta berpeluh jom nega kat pasar malam dan anda akan dapat nikmati keseronokkan berkerja sendiri...
Klik link bawah ebook anda ...
PANDUAN EBOOK NEGA PASAR MALAM ANDA DISINI, DAPATKAN SEKARANG
Feb 20, 2016
Buat Harta Pasar Malam
BELANJA WANG ADALAH HAK MILIK INDIVIDU
Entry ni dah lama ingin saya tulis dalam ruangan blog pasar malam tetapi tak pernah teringat dalam minda ni sehinggalah tadi semasa keluar membeli barangan untuk berniaga malam nanti terserempak dengan sorang kawan juga peniaga pasar malam.
Bual bicara dengan beliau tadi mengingatkan saya kembali tajuk hari ini berkenaan perbelanjaan seorang peniaga pasar malam yang berbeza antara satu sama lain.
Kami macam anda juga berbelanja mengikut keperluan, ada juga berbelanja mengikut nafsu. Apa pun bagi saya terpulang pada individu sendiri menggunakan wang ringgitnya. Jangan kita sama kan si Mamat dengan si jenah atau kita dengan si jongos.
Ada yang inginkan rumah besar, kereta besar, pakaian jenama , kasut berjenama dan macam macam hal lagi. Mungkin si jenah suka menyimpan wang dan suka lihat wang dalam bank tapi berasa kedekut nak belanjakan wang tersebut. Si Ahmad pula beli rumah harga ratusan ribu tapi nak beli baju rm50 pun berkira.
Si Janam janam pula beli kereta harga ratusan ribu namun nak beli kasut RM100 katanya membazir. Ada sesentengah peniaga pula asyik pakai baju yang sama ja kalau keluar bersiar-siar, baju itulah dipakai berniaga dan baju itu jugaklah digunakan berniaga....kalau yang berunifom tu lain lah cetanya.
Kepuasan bagi diri seseorang berbeza, macam juga peminat bola sepak . Sembang bola bagai nak rak hahhaahhaha tapi sehelai Jersi berharga RM30 pun tak nak beli apatah lagi Jersi Penang berharga RM100 sehelai lagi la kedekut.
Jadi sebenarnya masing-masing punyai kehendak dan keperluan masing-masing yang orang lain tak perlu pertikaikan....
Feb 19, 2016
Lebih Kuah Dari Sudu
Pernahkah anda alami tajuk entry diatas dalam pelbagai sudut pengertian yang boleh kita terjemahkan. Terpulang pada keadaan dan situasi dimana ianya berlaku.
Petang semalam semasa kami sedang setup peralatan perniagaan secara tiba-tiba frame untuk meletak daging, ayam dan bihun jatuh dan menyebabkan cermin hadapan pecah berkecai. Saya sama sekali tidak menyalahkan anak buah kerana keadaan frame tersebut sememangnya sudah uzur dan berusia 18 tahun.
Pernah dulu cermin hadapan pecah dan masih boleh dibaiki kerana aloi yang memegang cermin masih kukuh tetapi kes semalam memang tak boleh diselamatkan lagi dan saya boleh terima akibat keuzuran frame tersebut.
Apa yang ingin saya sampaikan dalam entry ini adalah sifat pekerja kedai frame tersebut yang memandai-mandai berlagak seolah mereka la tauke. Pagi tadi semasa ke kedai yang buat frame, tauke kedai tiada dan yang ada hanyalah 2 pekerja. Bila saya tanya boleh baiki atau tidak mereka bercakap seolah mempersendakan saya. " Inilah sudah losak talak boleh bikin sambil ketawa" . Saya cakap kalau tak boleh baiki buat baru la.
" Mau bikin balu mahai looooo", adoiiiii banyak cakap la plak. Saya tanya boleh siap tak petang ni kalau buat baru," talak boleh siap la , kita olang kelija talak cikup minggu depan balu boleh siap...saya pun cakap tak apa la...nah ambik no talipon kasi sama lu punya tauke.
Sejam kemudian tauke kedai talipon saya dan dengan manisnya bertanya" Tauke U mau repair atau mau bikin baru , kalau mau repair pun boleh, kalau mahu bikin baru RM150. Ayat mudah yang digunakan pemilik kedai tersebut dan saya setuju buat baharu.
Jam 3.30 tadi Tauke kedai frame tersebut call dan bagitau dah siap. Saya agak terkejut sebab cepat siap berbanding apa yang dimaklumkan pekerja beliau.
Jadi pengajaran disini apa yang terbaik kita lakukan adalah, lebih baik berurusan terus dengan tuan punya kedai kerana pekerja adakalanya lebih kuah dari sudu...
EBOOK PANDUAN UTK ANDA JANA DUIT DIPASAR MALAM DISINI
Feb 18, 2016
Ada Yang Selekeh - Jagalah Kebersihan
Entry kali ini saya ingin membicarakan soal kebersihan terhadap peniaga pasar malam yang selalu diperkata dan dipertikaikan oleh rakan-rakan pasar malam dan juga pelanggan-pelanggan .
Kerap-kali jugaklah isu ni dibualkan kami tentang sikap sesetengah peniaga dan pekerja mereka. Bukan kita nak cantik atau berpakaian hebat semasa berniaga kerana sememangnya kita peniaga pasar malam sepanjang berniaga pastinya akan sentiasa berpeluh akibat cuaca panas dan kadang-kadang basah kuyup akibat hujan lebat.
Maksud bersih adalah dari segi penampilan diri kita dan juga pekerja-pekerja. Disamping tempat berniaga dan juga kelengkapan perniagaan yang disusun rapi yakni sedap mata memandang, barulah pelanggan tergerak hati untuk mendapatkan menu jualan kita.
Ada ketikanya teguran dari kawan-kawan sepatutnya kita terima dengan hati terbuka dan bukanya mempertikaikan nasihat kawan-kawan. Mungkin kita sendiri tidak nampak kelemahan diri sendiri dan kecacatan pada perniagaan kita.
Saya sendiri suatu ketika pernah ditegur oleh kawan-kawan perihal air yang di buat tawar dan kurang pekat, saya ambil nasihat tersebut dengan hati yang terbuka dan membuat perubahan so tak lah menjadi masalah sangat kan kalau perkara yang ditegur betul dan benar.
Tidak perlulah kita melenting atau bermasam muka dengan kawan-kawan atau pelanggan yang menegur, sepatutnya terima dengan sewajarnya. Tapi sebelum itu siasatlah dahulu bukan kalau perkara tidak diterima bulat-bulat.
Lagi satu soal pekerja yang kita gajikan. Sebagai majikan seharusnya kita sentiasa perhatikan mereka, bagaimana sikap mereka semasa sedang berurusan dengan pelanggan. Adakah mereka melayan pelanggan sebagaimana anda melayan pelanggan. Kalau sikap mereka sebaliknya maka tegurlah secara berhemah dan jangan memaki hamun sesedap mulut sebab mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Kalau nak ditegur panggil ke belakang dan jangan sekali-kali ditegur hadapan pelanggan.
Semoga apa yang saya paparkan menjadi ikhtibar buat semua peniaga termasuk saya sendiri kerana kita sebagai manusia ini khilaf dan tak lari dari melakukan kesilapan.
Pokoknya kita mahu berubah dan ingin berubah. Insha Allah segalanya akan membuatkan kita lebih gembira dan pastinya menambah pelanggan serta pendapatan kita di Pasar Malam akan meninggkat berganda-ganda.