nuffnang1

.:)

Feb 18, 2016

Kat Pasar Malam Pun Havoq Isu 1.5 Juta Bangla Nak Mai

Malam tadi tak banyak isu yang kami bualkan, Selain isu Faiz Subri yang meletup dibualkan satu dunia dan bakal dicalonkan untuk anugerah Puskas masa anugerah jaguh sukan dunia baloon D' Aor nanti .

Seorang sahabat peniaga kami bicarakan satu topik berkaitan kemasukan warga bangla yang diumumkan oleh gomen sebanyak 1.5 juta nanti.

Kisah soal gaji yang kecil diterima rakyat tempatan yakni rakyat Malaysia. Masing masing mula memberi pandangan yang difikirkan logik akal. Ada yang cakap kenapa Kerajaan tak bagi gaji basic hingga RM1200 ke RM1500.

Lontaran idea memang hebat dan bagus tapi yang nak bayar gaji siapa?. Kerajaan atau majikan. Kerajaan mungkin tak jadi masalah bagi gaji setinggi itu sebab kerajaan ambil duit cukai, duit GST dan pelbagai lagi untuk bayar gaji tetapi majikan Swasta macam mana. Di mana mereka nak ambil duit untuk bayar gaji setinggi itu.

Siapa yang berniaga keluar modal sendiri sahaja yang faham susah senang nak cari duit. Kalau kita peniaga pasar malam mahukah kita bayar gaji kepada pekerja setinggi itu, tepuk dada tanya poket anda !.

No comments :