Salam dan selamat sejahtera, semoga anda semua sihat dan masih menjalankan ibadah berpuasa dengan penuh taat walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas..
Selama berniaga di bazaar ramadan sejak berbelas tahun yang lalu akhirnya tahun ini merupakan tahun perniagaan yang menjadi sangat teruk bagi aku dan juga jenama AREE BIHUNSUP EX-SERVICE....jujur saya perkatakan tahun ini amat mendukacitakan bagi saya kerana gagal meraih apa yang saya impikan dan semakin hari nampaknya semakin kurang pengunjung ke Bazaar Ramadan Bandar Perda .....
Apatah lagi di bazaar ramadan ini di penuhi dengan 200 tapak gerai jualan dan mempunyai banyak laluan keluar dan masuk menyebabkan lokasi strategik sukar di cari dan nampaknya semua peniaga yang berniaga tahun ini melahirkan keluhan dan yang masih ada sekadar bertahan sahaja untuk menghabiskan sisa - sisa hari yang masih berbaki 12 hari lagi .
Walaupun saya telah lama terlibat dalam perniagaan ini secara jujurnya saya juga hampir kecewa namun semangat dan perangsang dari isteri tercinta menyebabkan saya masih bertahan dan saya akan tetap harungi jua walaupun gagal meraih sebarang pendapatan yang lumayan sebagaimana di Pasar Malam...
Memang tak sabar nak masuk semula kat Pasar Malam hehehehe....
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHANGAT DI PASARAN DENGAN TAWARAN DISKAUN
No comments :
Post a Comment