Kissssssssssssssssss buat semua peminat blog pasar malam ini..moga anda sihat dan ceria..dan jangan la malu-malu untuk tinggalkan komen. Negatif atau positif itu adalah pendapat anda yang jujur.
Pengumuman dari saya ..mulai hari ini 6hb Okt 2011, harga bihunsup Ayam akan di naikkan kepada RM3.50 semangkuk memandangkan kos kenaikan harga ayam mentah telah meningkat naik dengan tinggi sekali dan saya masih bertahan walaupun ramai di antara kawan-kawan yang lebih 4 bulan lalu naik kan harga.
Namun di sebabkan kenaikan harga daging lembu juga so saya memang dah tak dapat bertahan lagi dah..modal terlalu tinggi tidak setimpal dengan yang di perolehi. Harapan saya agar pelanggan-pelanggan setia dapat menerima kenaikan harga baru ini dan tidak berasa gusar atau kecil hati, semoga anda semua berpuas hati. Saya akan terus memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik buat anda semua..insyallah .
Pernah jugak terlintas di hati saya nak buat sup puyuh tapi kekadang tu timbul kegusaran samada pelanggang menyukainya atau pun tidak, tapi bak kata orang belum cuba belum tahu..rasanya mungkin saya akan tambah satu menu lagi nanti, mudah-mudahan akan mendapat sambutan dari peminat bihunsup..
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA
No comments :
Post a Comment