Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Aug 22, 2011
JongKong Emas
Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat-peminat Pasar Malam.... diam tak diam kini kita sudah pun masuk ke Ramadan yang ke 22. Memang tak sedarkan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita tatkala kita alpha ....maksud alpha pada yang leka tanpa memegang teguh prinsip seseorang Islam berpuasa.
Menghampiri akhir 10 Ramadan maka rebutlah satu peluang yang Allah telah berikan untuk semua umat Islam yang ingin mencari satu malam yang LEBIH BAIK dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar, dan andainya kita berjaya mendapatkannya maka besar ganjaran Pahala menanti kelak..insyallah..mari lah sama-sama kita merebut peluang yang hanya satu tahun sekali sahaja yang di berikan...kerana tidak pasti samada kita masih lagi dapat bersama-sama pada Ramadan di tahun hadapan.
Berbalik kepada perniagaan Bazaar Ramadan kita , pada pertengahan Puasa rentak perniagaan menjadi terlalu perlahan...tetapi anda janganlah khuatir kerana begitulah rentaknya pada setiap tahun..tetapi ianya akan kembali rancak bilamana masuk minggu terakhir ...justeru itu bersiap sedialah untuk anda berperang semula untuk minggu-minggu terakhir dan insyaallah anda mampu lakukan...
Dalam kita mencari keuntungan...saya harap kita tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan hamba kepada Allah...anda tentu fahamkan maksud saya...
DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN EBOOK PASAR MALAM TERHEBAT DI SINI
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment