Secara tetiba dalam jam 4 petang hujan turun dengan lebatnya dan semakin lebat sekitar jam 6 petang di sekitar Seberang Perai. Dan apa yang mampu di lakukan oleh peniaga Bazaar Ramadan seperti kami hanyalah berdoa pada Allah agar hujan berhenti, namun segalanya hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Apa pun saya redha pada apa yang berlaku dan inilah ketentuan takdir yang maha esa dan maha bijaksana, kerana hanya Allah sahaja yang maha mengetahui setiap kejadian yang menimpa pada hambanya dan pada apa yang berlaku.
Dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua peminat blog ini dan kepada pembeli-pembeli Ebook The Silent Pasar...saya susun sepuluh jari di pohon jutaan ampun andainya ada salah dan silap dari penulisan mahupun tutur kata sebelum ini, harap di ampunkan... Insyallah kita usahakan lagi peniagaan kita di masa akan datang selagi Allah masih berkehendak kita bernyawa di atas muka bumi ini...Salam dan Selamat Hari Raya..
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN TAWARAN YANG HEBAT
No comments :
Post a Comment