nuffnang1

.:)

Feb 18, 2016

Kat Pasar Malam Pun Havoq Isu 1.5 Juta Bangla Nak Mai

Malam tadi tak banyak isu yang kami bualkan, Selain isu Faiz Subri yang meletup dibualkan satu dunia dan bakal dicalonkan untuk anugerah Puskas masa anugerah jaguh sukan dunia baloon D' Aor nanti .

Seorang sahabat peniaga kami bicarakan satu topik berkaitan kemasukan warga bangla yang diumumkan oleh gomen sebanyak 1.5 juta nanti.

Kisah soal gaji yang kecil diterima rakyat tempatan yakni rakyat Malaysia. Masing masing mula memberi pandangan yang difikirkan logik akal. Ada yang cakap kenapa Kerajaan tak bagi gaji basic hingga RM1200 ke RM1500.

Lontaran idea memang hebat dan bagus tapi yang nak bayar gaji siapa?. Kerajaan atau majikan. Kerajaan mungkin tak jadi masalah bagi gaji setinggi itu sebab kerajaan ambil duit cukai, duit GST dan pelbagai lagi untuk bayar gaji tetapi majikan Swasta macam mana. Di mana mereka nak ambil duit untuk bayar gaji setinggi itu.

Siapa yang berniaga keluar modal sendiri sahaja yang faham susah senang nak cari duit. Kalau kita peniaga pasar malam mahukah kita bayar gaji kepada pekerja setinggi itu, tepuk dada tanya poket anda !.

Feb 17, 2016

Faiz Subri Penjaring Terhebat- Sembang Pasar Malam

Hari ini dimana sahaja , di market, di pasar malam, di pasar raya dan tepi jalan tak habis habis orang dok ceta pasal kehebatan striker Pulau Pinang, Faiz Subri yang menghasilkan gol dengan penuh bergaya dan mencatatkan 100 jaringan terbaik dunia...

Kami di pasar malam sunyi, Alma Bukit Mertajam juga tidak terlepas berbicara soal bola Penang...

"Wei malam tadi hang pi tngok bola dak", tegur Alif tauke Mee goreng...dan yang lain pun sama sebab masing masing ada kat Stadium malam tadi...

Kami berasa cukup teruja bila pasukan kami Pulau Pinang dan kedah menang malam tadi...yakni geng utara dominasi perlawanan dan kami bercita cita akan ke final bersama sama.

Ramai dikalangan kami peniaga pasar malam memang dah kaki bola, yang sedikit fanatik memang sentiasa menunggu pelancaran Jersey Penang dan Kedah, biar pun harganya sedikit mahal tapi sebab minat tak jadi masalah....

MINAT BERNIAGA DIPASAR MALAM JOM KITA NEGA

Feb 16, 2016

Pulau Pinang Vs Pahang - Pasar Malam Sunyi

Peminat dan penyokong bolasepak terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pekerjaan yang berbeza. Minat pada seseorang memangnya tidak sama.

Begitu juga kami peniaga pasar malam yang boleh dikatakan ramai meminati bolasepak dan setiap kali adanya perlawanan berhari hari kisah bolasepak akan dibualkan termasuk komen cara permainan pemain import yang dibawa masuk oleh setiap negeri.

Kami peniaga pasar malam Pulau Pinang juga tidak terlepas meminati bolasepak apatah lagi musim 2016 ini, The Panthers layak ke Liga Super. Situasi ini juga merancakkan arena bolasepak Pulau Pinang yang sudah sememangnya rancak dari zaman Merzagua lagi.

Malam ini perlawanan antara Pulau Pinang melawan Pahang dan akan berlangsung di Stadium Keramat kami iaitu Estadio Bandaraya...stadium yang penuh dengan kenangan sejak zaman saya dibangku sekolah lagi.

Masing masing sudah pun mendapatkan tiket perlawanan malam nanti dan ada juga yang sanggup bercuti dari berniaga semata mata untuk memberi sokongan kepada pasukan Pulau Pinang..walaupun harga tiket naik sebanyak.RM8 dan sekarang Rm30 untuk Grandstand tidak menjadi penghalang buat kami demi Pulau Pinang.

Bagi saya, perniagaan saya berlangsung macam biasa cumanya saya tidak akan pergi berniaga . Anak anak buah akan uruskan perniagaan malam nanti kerana mereka sudah biasa dengan ketiadaan saya. Inilah kelebihan bila kita menggunakan pekerja walaupun kita tiada namun perniagaan tetap akan berjalan dengan ertikata yang duit tetap masyukkkkkk walaupun toke tidur hehehehhe...

Bila ada sesuatu yang perlu kita lakukan maka masa itulah baru kita terfikir kenapa aku tak ambik pekerja . Jadi bertindaklah dari sekarang kerana liga Malaysia baru sahaja bermula dan masa akan berlalu dengan pantas.

Di TV pula setiap kali iklan pasti akan menyiarkan bolasepak kerana pengiklanan bolasepak sekarang ini memang boleh buat duit dan pemain pemain bolasepak meraih pendapatan yang cukup lumayan.

Peminat bihunsup saya juga ramai dari pemain bolasepak Pulau Pinang dan salah seorang adalah Raffiuddin Rodin aka Along Kept Pulau Pinang, pengulas atau DJ seperti Zachy Ahmad Suri yang cukup terkenal dari rangkaian RTM juga selalu datang ke Pasar Malam Mengkuang.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Gaji Askar Naik Julai 2016

Tag: Kenaikkan Gaji Tentera
         Gaji Askar Naik
         BAND Tentera DiNaikkan
         BAND 5 NAIK
         Gaji ATM Naik

Mereka yang bersara mulai tahun 2013 dan keatas diberikan kenaikkan 1 Band.
Pelarasan Kenaikkan Band 5 ATM
Info gaji terkini

MAKS BAND 4


PW I - RM 6,982.94
PW 2 - RM 6,585.37
SSJN - RM 5,647.39
SJN - RM 4,896.93
KPL - RM 4,210.53
LKPL - RM 3,634.87
PBT - RM 3,290.66

BAND 5

PW I - RM 7,182.94
PW 2 - RM 6,770.37
SSJN - RM 5,817.39
SJN - RM 5,046.93
KPL - RM 4,330.53
LKPL - RM 3,739.87
PBT - RM 3,390.66


Kadar Kenaikan Gaji Tahunan:

PW I - RM 200
MAKS GAJI - RM 6,82.94 (B3)

PW 2 - RM 185
MAKS GAJI - RM 6,400.37 (B3)

SSJN - RM 170
MAKS GAJI - RM 5,477.39 (B3)

SJN - RM 150
MAKS GAJI - RM 4,746.93 (B3)

KPL - RM 120
MAKS GAJI - RM 4,090.53 (B3)

LKPL - RM 105
MAKS GAJI - RM 3,529.87 (B3)

PBT - RM 100
MAKS GAJI - RM 3,190.