nuffnang1

.:)

Jun 27, 2013

UPTOWN PERDA Kekal dan Tutup

Minggu lepas di Bandar Perda telah menjadi satu isu berkaitan penutupan peniaga di kaki lima jalan berhadapan dengan Petronas, mini market Bandar Perda dan juga mini market Lai Lai.

                           

Pihak MPSP telah mengeluarkan notis dengan meletakkan kain rentang agar tidak membenarkan perniagaan di jalankan di kaki lima kedai sepanjang jalan sehingga ke hadapan kedai makan Gemilang.

Namun kawasan UP Town yang di gezetkan masih di benarkan menjalankan aktiviti perniagaan. Ketidakpuasan hati lahir dari setiap peniaga yang telah menjalankan perniagaan ini agak lama namun disebabkan terdapat rungutan dari peniaga kedai dan penduduk maka MPSP terpaksa bertindak tegas.




Tiada langsung unsur politik disini kerana tindakan MPSP berdasarkan kepentingan masyarakat setempat serta kebersihan . Namun begitu sepanjang Ramadan nanti kawasan tersebut telah mendapat kelulusan dengan adanya Bazaar Ramadan kerana pihak penganjur telah pun mengeluarkan borang dan borang mendapatkan tapak perniagaan telah habis diedarkan.


                                     
Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang perkara ini kerana ada pro dan kontra di kalangan peniaga. Memadailah kita berbual soal perniagaan disini dan sensitiviti masyarakat setempat yang banyak membuat aduan tentang kewujudan peniaga disini.

Pelbagai reaksi dibuat di laman-laman sosial mengaitkan tentang UP Town Bandar Perda. Mungkin ramai beranggapan UP TOWN telah ditutup tetapi hakikatnya UP TOWN masih beroperasi macam biasa. Yang ditutup atau lebih tepat tidak dibenarkan berniaga adalah sekitar kaki lima.

Saya sekadar mencadangkan kepada sahabat-sahabat yang tidak mempunyai tapak untuk berniaga, cuba berhubung dengan penganjur Up Town Bayan Baru. Kemungkinan di sana masih mempunyai tapak kosong yang banyak.


DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEGERA

Jun 17, 2013

Bila Ribut Membadai - Pasar Malam

Khamis 13 Mei 2013 jam 6 petang Ribut yang tidak di jangka telah membadai Seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. Kejadian berlaku dengan cukup pantas tanpa disedari oleh peniaga pasar malam.

                                  

Di Pulau Pinang sendiri menyebabkan 2 kematian dilaporkan oleh berita tv. Kejadian ribut ini sudah pasti tidak akan kami lupai dalam catatan sejarah berniaga di pasar malam. Khemah saya sendiri yang mempunyai tiang besi padu juga gagal diselamatkan kerana angin membadai terlalu kuat dan hebat.

Jika sebelum ini angin sebegini sering kami rasai di pasar malam Mengkuang namun pada kali ini di pasar malam Tasek Glugor lebih hebat ..kelajuan angin dicatatkan 70KM sejam mengikut jabatan meterologi Pulau Pinang dan amaran tersebut masih lagi dikekalkan sehingga 19hb nanti,

Di kawasan Seberang Perai, pasar malam yang paling hebat di badai ribut adalah pasar malam pantai bersih kerana kedudukan lokasinya betul-betul di tepi pantai. Dengan itu tiada langsung pelindung apabila angin kuat membadai ke arah mereka. Cerita yang saya dengar dari kawan-kawan adalah semua peralatan perniagaan berterbangan tanpa dapat di selamatkan. Begitu juga dengan situasi di pasar malam Desa Murni yang menyaksikan kebanyakan barang jualan berterbangan.

                              

Tak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan yang bergelora dijiwa peniaga seperti kami waktu itu, hanya Allah saja maha mengetahui.

Apa yang mampu saya nyatakan adalah rasa simpati yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan seangkatan dan semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah dan teruskan berniaga dan jangan berputus harapan, sentiasa berdoa kepada Allah agar rezeki kita akan terus melimpah ruah.

DAPATKAN EBOOK DAN PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM/BAZAAR RAMADAN


Jun 10, 2013

Tip Pemilihan Bazaar Ramadan

Ramadan yang bakal menjelang bagi sesetengah orang akan merasa pelbagai perasaan. Ada yang suka, duka dan tak kurang juga tersenyum lebar. Bagi yang berduka mungkin mempunyai pelbagai alasan tersendiri untuk dinyatakan, jadi terpulang kepada individu itu sendiri.

      

Pastinya peniaga-peniaga pasar malam yang menjalankan perniagaan bersumberkan makanan sedang sibuk mencari tapak bazaar ramadan yang boleh menjana pendapatan yang memuaskan setelah tamatnya 3o hari berpuasa.

Antara sedar atau tidak ramai yang meletakkan tempat pilihan adalah lokasi Bazaar Ramadan yang nampak besar dan ramai pengunjung tanpa menyelidik dengan lebih mendalam lagi dari pelbagai kriteria yang sepatutnya.

Dan ada juga yang sentiasa mengulangi kesilapan berulang-ulang setiap tahun dengan memilih lokasi bazaar ramadan yang sama walaupun keuntungan yang di perolehi tidak seberapa. Jika keuntungan bersih yang anda perolehi dengan berniaga di bazaar ramadan sekitar RM 70 ke bawah adalah lebih baik anda bertukar lokasi lain pada tahun ini. RM70 bersih sebenarnya tidak memadai dengan kerja yang anda lakukan dari pagi hingga habis berniaga. Anda perlu perolehi sekurang-kurangnya RM150 ke atas sehari bagi keuntungan bazaar ramadan anda.

Di pasar malam anda boleh perolehi lebih dari itu justeru itu anda perlu kekalkan keuntungan yang anda perolehi atau dapatkan lebih lagi.

Adakah anda sudah mulai faham apa yang saya perkatakan atau masih samar-samar???????

Baiklah biar saya terangkan disini bagaimana cara terbaik memilih lokasi Bazaar Ramadan yang bakal menjana pendapatan yang hebat untuk anda.



1.) Jika tahun-tahun yang lepas anda telah berniaga di lokasi yang sama dan gagal mendapatkan keuntungan yang sepatutnya, nasihat saya anda perlu berhijrah atau dengan kata lain ...berpindah dan cari lokasi baru.

2.) Tidak memberi sebarang pengertian jika lokasi Bazaar Ramadan itu terlalu ramai peniaga sehingga sekitar 200 tapak disediakan . Kerana persaingan disini terlalu banyak maka peluang menjana keuntungan yang banyak mungkin tipis.



3.) Cara susunan setiap tapak juga perlu anda perhatikan, sekiranya lokasi tersebut mempunyai banyak laluan pejalan kaki seperti terdapat 4 atau lebih laluan maka ini juga amat sukar menjana keuntungan disebabkan pegunjung mungkin hanya memilih laluan atau gerai paling hadapan untuk di kunjungi. Anda perlu faham di bulan puasa semua orang akan lebih menjimatkan masa berjalan semasa membeli juadah apatah lagi jika cuaca panas.

4.) Perhatikan masa kedatangan pengunjung adakah hanya sekitar 6 petang dan ke atas baru ramai atau
jam 5 petang sudah ada pengunjung. Masa berniaga di bazaar ramadan cukup terhad jadi pemilihan yang tepat adalah kehadiran pengunjung sekitar jam 5 petang ke atas yang paling sesuai untuk anda memilih lokasi bazaar ramadan anda.

5.) Lokasi bazaar ramadan yang cukup baik dan bakal menjana pendapatan yang lumayan 30 hari adalah lokasi yang terletak  bersebelahan jalanraya dan mempunyai hanya satu lorong laluan sahaja dengan peniaga dikiri kanan.

Panduan yang mudah anda boleh ikuti di http://www.wangpasarmalam.com

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM DISINI 


Jun 2, 2013

Nasib Peniaga Pasar Malam Mengkuang Titi - Ahad

Hujan yang mencurah turun dari pagi tadi sejak subuh seolah-olah semacam tidak mahu berhenti. Dengan sekejap lebat sekejap rintik-rintik. Saya mulai memasak sekitar jam 10 pagi apabila hujan turun dengan cukup lebatnya memaksa saya berhenti buat seketika bagi memberi laluan kepada hujan mencurah semahunya huhuhu.


                                
Setelah meneruskan kembali aktiviti menyiapkan semua bahan kelengkapan sup saya masih lagi menyaksikan hujan yang cukup lebat. Dalam hati saya berdetik juga kerisauan yang cukup hebat , memikirkan nasib pada sebelah petang nanti .

Kegusaran saya semakin bertambah masuk jam 2.30 petang di mana hujan masih lagi lebat selebatnya. Dan pastinya ramai lagi peniaga pasar malam yang dalam kegusaran seperti saya apatah lagi perniagaan yang memerlukan penyediaan seawal pagi seperti Laksa dan nasi berlauk serta yang lain-lain.

Bagaimana untuk menyatakan kepada anda bahawa peniaga seperti kami terpaksa mengharungi juga keadaan hujan begini dan kami hanya berserah kepada Allah untuk menentukan nasib kami pada sebelah petang nanti.

Kekuasaan Allah mengatasi segalanya dan seperti tidak dijangka hujan berhenti secara tiba-tiba sekitar jam 4.30 petang dan Sang mentari mulai menampakkan wajahnya yang cukup ceria bagaikan tidak mempercayainya kami menadah tangan memohon kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Ramai peniaga yang tidak datang berniaga hari ini dan mungkin mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan mengalami kerugian andainya hujan tidak berhenti. Kepada yang berani dan tawakkal maka ganjaran dalam perniagaan pada hari ini pastinya memberangsangkan..tahniah kepada anda yang berniaga hari ini.

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM SEKARANG DISINI