Hujan yang mencurah turun dari pagi tadi sejak subuh seolah-olah semacam tidak mahu berhenti. Dengan sekejap lebat sekejap rintik-rintik. Saya mulai memasak sekitar jam 10 pagi apabila hujan turun dengan cukup lebatnya memaksa saya berhenti buat seketika bagi memberi laluan kepada hujan mencurah semahunya huhuhu.
Setelah meneruskan kembali aktiviti menyiapkan semua bahan kelengkapan sup saya masih lagi menyaksikan hujan yang cukup lebat. Dalam hati saya berdetik juga kerisauan yang cukup hebat , memikirkan nasib pada sebelah petang nanti .
Kegusaran saya semakin bertambah masuk jam 2.30 petang di mana hujan masih lagi lebat selebatnya. Dan pastinya ramai lagi peniaga pasar malam yang dalam kegusaran seperti saya apatah lagi perniagaan yang memerlukan penyediaan seawal pagi seperti Laksa dan nasi berlauk serta yang lain-lain.
Bagaimana untuk menyatakan kepada anda bahawa peniaga seperti kami terpaksa mengharungi juga keadaan hujan begini dan kami hanya berserah kepada Allah untuk menentukan nasib kami pada sebelah petang nanti.
Kekuasaan Allah mengatasi segalanya dan seperti tidak dijangka hujan berhenti secara tiba-tiba sekitar jam 4.30 petang dan Sang mentari mulai menampakkan wajahnya yang cukup ceria bagaikan tidak mempercayainya kami menadah tangan memohon kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Ramai peniaga yang tidak datang berniaga hari ini dan mungkin mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan mengalami kerugian andainya hujan tidak berhenti. Kepada yang berani dan tawakkal maka ganjaran dalam perniagaan pada hari ini pastinya memberangsangkan..tahniah kepada anda yang berniaga hari ini.
DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM SEKARANG DISINI
No comments :
Post a Comment