Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Apr 13, 2013
SENARAI LOKASI PASAR MALAM DI SEBERANG PERAI DAN PULAU PINANG
Berikut di bawah saya senaraikan tapak-tapak pasar malam yang sedang beroperasi di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang, maklumat saya dapat dari blog PPPMPP.
1 Jin. Sentosa, Sg. Bakap (Jin Susur) Persatuan Bekas Perajurit Malaysia Cawagan SPS Sabtu
2 Perkampongan Baru Valdor(Jln. Susur) JKKK Kg. Valdor Khamis
3 Jalan Serindit, Desa Jawi (Jin. Susur) JKKK Kg. Jawi, SPS Rabu
4 Kg. Baru Jawi (Jin. Susur) JKKK Perkampongan Jawi, SPS Isnin
5 Jin Taman Putri Gunung (Jin. Susur) JKKK Kepala Gajah SPS Rabu
6 Jin. Sungai Daun, N. Tebal (Jl Susur) Badan kebajikan Masjid Ahad
7 Jalan Sempadan N.Tebl (Jin. Susur) JKKK Transkrian SPS Ahad
8 Jin. Kampong Chenaam (Jin Susur) JKKKSg. Chenaam SPS Rabu
9 Spg Tiga Parit Tok Maidin (Jin Susur) JKKKSg. Setar, SPS Rabu
10 Batu Kawan, SPS Persatuan Bekas Tentera Malaysia (Caw. SPS) Khamis
11 Sungai LTdang, SPS JKKKSg. Acheh Ahad
12 Sungai Acheh, SPS JKKKSg. Acheh, SPS Ahad
13 Taman Merak Jaya.SPS Rukun Tetangga Tmn. Merak SPS Isnin
14 Jin. Sg. Daun, Tmn. N. Tebal Jaya JKKK Nibong Tebal Ahad
15 Hadapan Rumah Kedai Bandar Tesek Mutiara, SPS Persatuan Penduduk Andar Tasek Mutiara Sab
16 Taman Tangling Kaw. R/Tetangga Taman Tangling Ahad
17 Taman Pekaka JKKK Transkrian Selasa
LOKASI PASAR MALAM DI KAWASAN SPT
Bil LOKASI NAMA PENGANJUR HARI
1 Ladang Alma (Jln. Susur)
JKKK Kg. Alma dan Ladang Alma Ahad
2 Jalan Kuala Mengkuang JKKK Kg. Mengkuang Tun Sardon Ahad
3 Kampug Surau Seb. Jaya UMNO Caw. Desa Jaya Ahad
4 Lrg. Berhadapan Bangunan Pejabat (3 Tkt.) Lrg. Perusahaan Maju 8 SPT Rukun Tetangga Tmn. Pelangi, SPT Sabtu - Ahad
5 Tanah Lapang Sebelah Pasar Awam Tmn, Sri Rambai, BM Rukun Tetangga Tmn. Sri Rambai Fasa II, III BM Isnin -Ahad
6 Perusahaan Desa Damai (Tanah Lapang) UMNO Cawangan Desa Ramai Isnin
7 Tmn. Siakap (Jln. Susur) UMNO Cawangan Tmn. Siakap
Seberang Jaya Isnin
8 Perkampungan Berapit (Jln. Susur) JKKK Kg. Berapit, BM Isnin
9 Laluan Utama ke Taman Penanti JKKK Kpg. Pelet & Kg. Petani Isnin
10 Jln Kg. Tok Elong JKKK Kubang Semang dan Sungai Semambu Selasa
11 Jln Titi Timbul Lama Pmtg. Pauh Biro Ekonomi Pmtg. Pauh Selasa
12 Tmn. Semilang (Jln. Susur) Rukun Tetangga Tmn. Sembilang, Seb. Jaya Selasa
13 Jin. Persiaran Tenggiri (Jln. Susur) Pergerakan Penjaja Peniga Kecil Melayu Rabu
14 Perkampongan Juru (Tanah Lapang) JKKK Pengkalan Juru Rabu
15 Bukit Teh (Jln. Susur) JKKK Bukit Teh Rabu
16 Kawasan Perniagaan Sg. Rambai, BM UMNO Caw. Kg. Baru, Alma, BM Khamis
17 Kawaan Letak Kereta Carrefour (Tidak Berbumbung) Pasaraya Carrefour
18 Ampang Jajar (Tanah Lapang) Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Jumaat
19 Taman Permata (Jln. Susur) Persatuan Penduduk Taman Pemata BM Jumaat
20 Parit Busuk (Jln. Tanah Liat) JKKK Kubang Semang dan Sg. Semambu Jumaat
21 Jalan Pengkalan (Jln. Susur) JKKK Bukit Tengah Sabtu
22 Jln. Bukit Minyak (Jln. Susur) Persatuan Rukun Tetangga Kota Damai Sabtu
23 Jalan Guar Jering Persatuan Belia 4B(M) Caw. Guar Perahu dan JKKK Sabtu
24 Taman Kepar (Jln. Susur) UMNO Caw. Perai Sabtu
25 Selepas Jambatan Sungai Perai UMNO Cawangan Perai (Kaw di Tmn. Inderawasih) Sabtu
Sumber: Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP)
DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM DISINI SEKARANG
Apr 11, 2013
Hujan Di Jangka Berterusan Bagi Negeri Pulau Pinang
Hujan lebat yang turun Jumaat 5 April seakan tidak mahu berhenti sehingga ke hari ini 11 April 2013 Khamis, dan kekadang apabila di kenangkan cakap-cakap orang tua ada juga kebenarannya apabila hujan mulai turun tanpa henti bermula hari Jumaat maka penutupnya juga Jumaat. Benar atau tidak kata-kata itu, marilah kita sama-sama saksikan.
Hujan dan ribut mulai turun dengan kuat pada sebelah petang semalam 10 April mulai jam 3.30 sehinggalah ke jam 2 pagi baru berhenti di sesetengah kawasan mulai berhenti sekitar jam 9 malam namun kelibat pelanggan tidak kelihatan langsung . Begitu juga hari ini hujan mulai turun jam 4 petang sehingga sekarang masih lagi hujan tanpa henti-henti.
Saya pasti ramai dikalangan kita peniaga pasar malam sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang terjejas teruk dari segi jualan pada 2 hari tersebut dan ada juga yang mengalami kerugian sehingga mencecah Ratusan Ringgit.
Bagi mereka-mereka yang berniaga sendiri tanpa menggunakan pekerja eloklah bercuti buat seketika, namun bagi yang mengupah pekerja berniaga lah secara bijak agar kerugian yang di catatkan tidak membebankan diri sendiri.
DIBAWAH BERIKUT ADALAH RAMALAN CUACA UNTUK SEMINGGU SEKITAR PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI SEBAGAI PANDUAN ANDA.
Hujan dan ribut mulai turun dengan kuat pada sebelah petang semalam 10 April mulai jam 3.30 sehinggalah ke jam 2 pagi baru berhenti di sesetengah kawasan mulai berhenti sekitar jam 9 malam namun kelibat pelanggan tidak kelihatan langsung . Begitu juga hari ini hujan mulai turun jam 4 petang sehingga sekarang masih lagi hujan tanpa henti-henti.
Saya pasti ramai dikalangan kita peniaga pasar malam sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang terjejas teruk dari segi jualan pada 2 hari tersebut dan ada juga yang mengalami kerugian sehingga mencecah Ratusan Ringgit.
Bagi mereka-mereka yang berniaga sendiri tanpa menggunakan pekerja eloklah bercuti buat seketika, namun bagi yang mengupah pekerja berniaga lah secara bijak agar kerugian yang di catatkan tidak membebankan diri sendiri.
DIBAWAH BERIKUT ADALAH RAMALAN CUACA UNTUK SEMINGGU SEKITAR PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI SEBAGAI PANDUAN ANDA.
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
|
Apr 8, 2013
Anda Gagal Dengan Perniagaan Pasar Malam, KENAPA???
Salam dan selamat sejahtera. Tajuk entri yang seharusnya di ambil berat oleh semua peniaga pasar malam dan peniaga-peniaga di Malaysia tak kira yang kecil atau besar serta yang hebat atau tidak hebat.
Saya suka merumuskan kepada beberapa faktor penyebab gagalnya seorang peniaga pasar malam samada yang lama atau baru .
Di bawah saya telah senarikan beberapa faktor tentang kegagalan peniaga pasar malam.
1. TIDAK ENAK/ KURANG SEDAP
Sudah pastilah setiap pengunjung yang datang ke pasar malam ingin mencari makanan kegemaran mereka untuk dibawa balik mempunyai citarasa masing-masing. Yang paling utama adalah dari segi keenakkan atau kelazatan makanan itu sendiri yakni mestilah sedap sehingga menjilat jari.
Mungkin ramai juga peniaga yang ala kadar dalam penyediaan makanan kerana kos pembikinan amat tinggi dan selalu yang kita dengar " kalau nak letakkan semua perisa rugilah", ayat inilah salah satu faktor menyebabkan perniagaan anda akan merudum secara perlahan demi perlahan. Jadi masakan anda perlu di masukan semua perasa dan perisa seperti anda menghidangkan makanan untuk keluarga anda.
2. HARGA YANG BERPATUTAN
Pengertian harga yang berpatutan amat berbeza antara satu peniaga dengan peniaga yang lain. Ada yang menjual dengan harga yang telalu murah dan ada yang terlalu mahal. Sebagai contoh Si A menjual bihunsup daging dengan harga RM3.00 dan Si B dengan harga RM3.50. Pelanggan pasti akan mencari gerai yang menjual dengan harga yang murah tapi berbaloi dengan makanan yang di beli tersebut.Kalau murah tapi jumlah atau kuantiti makanan tidak setimpal pun bakal mengundang padah, jadi letaklah harga yang bersesuaian dan berfikirlah secara bijak.
3. REAKSI WAJAH DAN PENAMPILAN
Kehendak pelanggan dalam mengunjungi sesuatu gerai peniaga pasar malam , amat berbeza antara satu sama lain. Ada pelanggan yang tidak kisah akan penampilan diri kita sebagai peniaga. Dan ada juga yang cukup peka akan penampilan diri peniaga samada dari segi riak wajah seperti senyuman, gaya bercakap yang lembut dan bersopan serta kebersihan diri dan makanan.
Begitu juga dengan pekerja-pekerja anda yang anda gajikan. Mereka juga perlu menampilkan kebersihan diri dari segi pakaian dan tutur bicara. Senyuman amatlah penting semasa berinteraksi dengan pelanggan . Sebagai contoh " Dengan senyum terukir di wajah. " Abang/Kak/Cik/Puan nak beli apa, Yang biasa atau special". Dengan kelembutan bahasa dan senyuman di wajah anda saya yakin dan pasti pelanggan akan berulang kali datang setiap minggu kepada anda dan ada sesetengah pelanggan yang tidak sabar menunggu datangnya hari anda berniaga di kawasan mereka.
4. SUSUN ATUR BARANG JUALAN ANDA
Amatlah penting susun atur barangan jualan anda dilihat oleh pelanggan, bayangkan kalau lapik meja anda yang terkoyak di merata tempat masih anda hamparkan dan talam-talam meletakan barangan anda bengkang-bengkok. Apa persepsi pelanggan, pastlah mereka akan merasa loya untuk menikmati jualan anda. Maka dengan mudah mereka beralih ke gerai lain. Sebaiknya anda lebih peka, cari lapik meja yang baik dan bersih..dan tidak perlu baru pun. Apa yang penting anda pandai mengaplikasikan apa yang ada di sekeliling anda.
5. PENCAHAYAAN RUANGAN PERNIAGAAN ANDA
Anda pasti pernah melihat sesorang peniaga pasar malam menyalakan mentolnya seawal 5 atau 6 petang sedangkan waktu itu masih lagi terang benderang dengan cahaya matahari. Mungkin anda tidak terfikir kenapa beliau menyalakan mentol terlalu awal dan mungkin anda rasa beliau hanya membazirkan minyak. Bagi saya itu adalah yang terbaik dan merupakan strategi perniagaan pasar malam yang seharusnya anda amalkan dan ikuti kerana dengan cara ini anda akan menarik perhatian pelanggan seawal mungkin.
Teknik pemasangan mentol yang banyak juga amat berkesan bagi meledakkan lagi perniagaan anda. Sebagai contoh anda gunakan mentol berkuasa 18 Watt dan gunakan sebanyak yang mungkin bagi menerangi kawasan perniagaan anda. Anda boleh mula praktikan hari ini.
6. TIDAK JUJUR DALAM SEGENAP PERKARA
Dalam dunia perniagaan pasar malam, kejujuran amatlah penting kerana jujur dan ikhlas amat mempengaruhi jualan perniagaan anda dan perkara ini telah dibuktikan dalam "survey" dengan beberapa peniaga pasar malam dan kedai makan yang lain.
Jujur bukan sahaja dari segi meletak harga, kuantiti makanan, barangan, diri sendiri, pekerjaan dan segala-galanya. Dan yang amat ketara 2 tahun kebelakangan ini adalah penipuan untuk mendapatkan BRIM yang di beri oleh kerajaan. Syarat yang ditetapkan untuk layak menerima BRIM adalah pendapatan bawah RM3000 namun rata-rata peniaga pasar malam yang berniaga dalam skala besar memperolehi pendapatan antara RM3000 ke RM10,000 sebulan dan ada yang lebih lagi. Namun masih sanggup menipu semasa mengisi borang BRIM tersebut. Akibatnya anda sendiri yang akan merasainya.
Adalah lebih baik bersifat jujur maka dengan ini Allah akan melipat gandakan lagi jumlah keuntungan perniagaan pasar malam melebihi RM500 . Anda boleh fikir dan renungkan.
7. BERLAGAK SEBAGAI TAUKE BESAR
Sebagai seorang peniaga pasar malam seharusnya anda perlu sendiri turun padang bagi memantau setiap gerak geri pekerja yang anda gajikan. Jika anda sibuk tidak perlulah turun setiap hari, memadai 2 ke 3 hari sekali walaupun sekejap sahaja bagi memastikan kelancaran perniagaan anda.
Pemantaun amatlah perlu dari segi bidang tugas anak buah anda, kewangan dan pelbagai perkara yang dirasakan perlu agar anda tidak berputih mata kelak. Kegagalan tauke tidak turun padang telah banyak terjadi di pasar malam sekitar Pulau Pinang.
8. TIDAK BAYAR HUTANG
Sedar atau tidak, kemungkinan besar kita sendiri adalah salah seorang didalam senarai orang yang tidak membayar hutang. Samada hutang dengan kawan, saudara mara dan sebagainya. Dan yang paling dan amat ketara adalah hutang dengan TEKUN, AMANAH IKHTIAR DAN MARA. Sebagai umat Islam, kita sedar hutang adalah sesuatu perkara yang amat berat jika tidak dibayar .
9. PEKERJA YANG TIDAK JUJUR
Ada sesetengah pekerja yang di gajikan mempunyai pelbagai latar belakang yang mungkin kita sendiri tidak mengetahuinya, jadi ambil langkah berhati-hati untuk membendung gejala cepat tangan atau "Songlap",
Sebagai langkah berhati-hati minta tolong jiran kiri-kanan anda memerhatikan gerak-geri pekerja anda dan mereka bertindak sebagai "Spy", dan ramai yang berjaya mengenal pasti anak buah yang cepat tangan dengan sistem ini.
ULASAN SERTA KONKLUSI
Banyak lagi yang akan saya bicara dan ulaskan pada anda semua sebagai panduan dalam perniagaan anda pada masa akan datang untuk di jadikan sempadan agar anda lebih berjaya dan terus berjaya secara jujur dan telus menjadi MOTO dan pegangan hidup anda, insyallah.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM KHAS BUAT ANDA YANG BERMINAT MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN PASAR MALAM DISINI SEGERA
Apr 7, 2013
Resipi Mee HokKien
Kebelakangan ini ramai sangat orang terlalu berminat marasai keenakan masakan mee hokkien dan sekarang ini ramai juga di kalangan peniaga melayu telah mulai mempelajari dan menjual mee hokkien di Pasar Malam.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda rahsia resipi mee hokkien Pulau Pinang amat hebat dan sudah ramai peniaga melayu yang menjualnya di pasar malam dan sambutan yang di terima amat hebat sekali.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda rahsia resipi mee hokkien Pulau Pinang amat hebat dan sudah ramai peniaga melayu yang menjualnya di pasar malam dan sambutan yang di terima amat hebat sekali.
Bahan:
Bahan-bahan
500 gm mee Hokkien/mee tebal
50 gm sawi
50 gm kubis
1 sudu bawang putih- dicincang halus
2 mangkuk sup
3 ekor udang saiz sederhana
5 keping hirisan kecil ayam
Bahan Untuk Perasa
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 kecil kicap pkat
1 sudu kecil stok ayam
1/2 sudu kecilminyak bijan
Cara membuatnya
- Panaskan minyak, Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan hirisan ayam dan udang.
- Masukkan sup dan biarkan hingga mendidih
- Kemudian, masukkan mi, sawi dan kubis.
- Sebatikan dengan bahan untuk perasa Kuali 3-5 minit untuk keringkan sup.
- Tambah sedikit minyak masak.
- Kuatkan Api hingga kuah kering
- Sedia untuk di hidang....Selamat menjamu selera...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)