nuffnang1

.:)

Apr 8, 2013

Anda Gagal Dengan Perniagaan Pasar Malam, KENAPA???

                                     

Salam dan selamat sejahtera. Tajuk entri yang seharusnya di ambil berat oleh semua peniaga pasar malam dan peniaga-peniaga di Malaysia tak kira yang kecil atau besar serta yang hebat atau tidak hebat.

Saya suka merumuskan kepada beberapa faktor penyebab gagalnya seorang peniaga pasar malam samada yang lama atau baru .

Di bawah saya telah senarikan beberapa faktor tentang kegagalan peniaga pasar malam.

1. TIDAK ENAK/ KURANG SEDAP

    Sudah pastilah setiap pengunjung yang datang ke pasar malam ingin mencari makanan kegemaran mereka untuk dibawa balik mempunyai citarasa masing-masing. Yang paling utama adalah dari segi keenakkan atau kelazatan makanan itu sendiri yakni mestilah sedap sehingga menjilat jari.

Mungkin ramai juga peniaga yang ala kadar dalam penyediaan makanan kerana kos pembikinan amat tinggi dan selalu yang kita dengar " kalau nak letakkan semua perisa rugilah", ayat inilah salah satu faktor menyebabkan perniagaan anda akan merudum secara perlahan demi perlahan. Jadi masakan anda perlu di masukan semua perasa dan perisa seperti anda menghidangkan makanan untuk keluarga anda.

2. HARGA YANG BERPATUTAN

      Pengertian harga yang berpatutan amat berbeza antara satu peniaga dengan peniaga yang lain. Ada yang menjual dengan harga yang telalu murah dan ada yang terlalu mahal. Sebagai contoh Si A menjual bihunsup daging dengan harga RM3.00 dan Si B dengan harga RM3.50. Pelanggan pasti akan mencari gerai yang menjual dengan harga yang murah tapi berbaloi dengan makanan yang di beli tersebut.Kalau murah tapi jumlah atau kuantiti makanan tidak setimpal pun bakal mengundang padah, jadi letaklah harga yang bersesuaian dan berfikirlah secara bijak.

3.  REAKSI WAJAH DAN PENAMPILAN

        Kehendak pelanggan dalam mengunjungi sesuatu gerai peniaga pasar malam , amat berbeza antara satu sama lain. Ada pelanggan yang tidak kisah akan penampilan diri kita sebagai peniaga. Dan ada juga yang cukup peka akan penampilan diri peniaga samada dari segi riak wajah seperti senyuman, gaya bercakap yang lembut dan bersopan serta kebersihan diri dan makanan.

Begitu juga dengan pekerja-pekerja anda yang anda gajikan. Mereka juga perlu menampilkan kebersihan diri dari segi pakaian dan tutur bicara. Senyuman amatlah penting semasa berinteraksi dengan pelanggan . Sebagai contoh " Dengan senyum terukir di wajah. " Abang/Kak/Cik/Puan nak beli apa, Yang biasa atau special". Dengan kelembutan bahasa dan senyuman di wajah anda saya yakin dan pasti pelanggan akan berulang kali datang setiap minggu kepada anda dan ada sesetengah pelanggan yang tidak sabar menunggu datangnya hari anda berniaga di kawasan mereka.

4.  SUSUN ATUR BARANG JUALAN ANDA 

       Amatlah penting susun atur barangan jualan anda dilihat oleh pelanggan, bayangkan kalau lapik meja anda yang terkoyak di merata tempat masih anda hamparkan dan talam-talam meletakan barangan anda bengkang-bengkok. Apa persepsi pelanggan, pastlah mereka akan merasa loya untuk menikmati jualan anda. Maka dengan mudah mereka beralih ke gerai lain. Sebaiknya anda lebih peka, cari lapik meja yang baik dan bersih..dan tidak perlu baru pun. Apa yang penting anda pandai mengaplikasikan apa yang ada di sekeliling anda.

5.   PENCAHAYAAN RUANGAN PERNIAGAAN ANDA

       Anda pasti pernah melihat sesorang peniaga pasar malam menyalakan mentolnya seawal 5 atau 6 petang sedangkan waktu itu masih lagi terang benderang dengan cahaya matahari. Mungkin anda tidak terfikir kenapa beliau menyalakan mentol terlalu awal dan mungkin anda rasa beliau hanya membazirkan minyak. Bagi saya itu adalah yang terbaik dan merupakan strategi perniagaan pasar malam yang seharusnya anda amalkan dan ikuti kerana dengan cara ini anda akan menarik perhatian pelanggan seawal mungkin.

Teknik pemasangan mentol yang banyak juga amat berkesan bagi meledakkan lagi perniagaan anda. Sebagai contoh anda gunakan mentol berkuasa 18 Watt dan gunakan sebanyak yang mungkin bagi menerangi kawasan perniagaan anda. Anda boleh mula praktikan hari ini.

6.  TIDAK JUJUR DALAM SEGENAP PERKARA

       Dalam dunia perniagaan pasar malam, kejujuran amatlah penting kerana jujur dan ikhlas amat mempengaruhi jualan perniagaan anda dan perkara ini telah dibuktikan dalam "survey" dengan beberapa peniaga pasar malam dan kedai makan yang lain.

Jujur bukan sahaja dari segi meletak harga, kuantiti makanan, barangan, diri sendiri, pekerjaan dan segala-galanya. Dan yang amat ketara 2 tahun kebelakangan ini adalah penipuan untuk mendapatkan BRIM yang di beri oleh kerajaan. Syarat yang ditetapkan untuk layak menerima BRIM adalah pendapatan bawah RM3000 namun rata-rata peniaga pasar malam yang berniaga dalam skala besar memperolehi pendapatan antara RM3000 ke RM10,000 sebulan dan ada yang lebih lagi. Namun masih sanggup menipu semasa mengisi borang BRIM tersebut. Akibatnya anda sendiri yang akan merasainya.

Adalah lebih baik bersifat jujur maka dengan ini Allah akan melipat gandakan lagi jumlah keuntungan perniagaan pasar malam melebihi RM500 . Anda boleh fikir dan renungkan.

7.  BERLAGAK SEBAGAI TAUKE BESAR

       Sebagai seorang peniaga pasar malam seharusnya anda perlu sendiri turun padang bagi memantau setiap gerak geri pekerja yang anda gajikan. Jika anda sibuk tidak perlulah turun setiap hari, memadai 2 ke 3 hari sekali walaupun sekejap sahaja bagi memastikan kelancaran perniagaan anda.

Pemantaun amatlah perlu dari segi bidang tugas anak buah anda, kewangan dan pelbagai perkara yang dirasakan perlu agar anda tidak berputih mata kelak. Kegagalan tauke tidak turun padang telah banyak terjadi di pasar malam sekitar Pulau Pinang.

8. TIDAK BAYAR HUTANG

       Sedar atau tidak, kemungkinan besar kita sendiri adalah salah seorang didalam senarai orang yang tidak membayar hutang. Samada hutang dengan kawan, saudara mara dan sebagainya. Dan yang paling dan amat ketara adalah hutang dengan TEKUN, AMANAH IKHTIAR DAN MARA. Sebagai umat Islam, kita sedar hutang adalah sesuatu perkara yang amat berat jika tidak dibayar .

9. PEKERJA YANG TIDAK JUJUR

     Ada sesetengah pekerja yang di gajikan mempunyai pelbagai latar belakang yang mungkin kita sendiri tidak mengetahuinya, jadi ambil langkah berhati-hati untuk membendung gejala cepat tangan atau "Songlap",
Sebagai langkah berhati-hati minta tolong jiran kiri-kanan anda memerhatikan gerak-geri pekerja anda dan mereka bertindak sebagai "Spy", dan ramai yang berjaya mengenal pasti anak buah yang cepat tangan dengan sistem ini.
   


ULASAN SERTA KONKLUSI

    Banyak lagi yang akan saya bicara dan ulaskan pada anda semua sebagai panduan dalam perniagaan anda pada masa akan datang untuk di jadikan sempadan agar anda lebih berjaya dan terus berjaya secara jujur dan telus menjadi MOTO dan pegangan hidup anda, insyallah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM KHAS BUAT ANDA YANG BERMINAT MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN PASAR MALAM DISINI  SEGERA

No comments :