nuffnang1

.:)

Oct 31, 2011

EL-NINO- Hujan, Banjir - Dugaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..harap bersabar dan bertawakal pada Allah dan perbanyakkan doa-doa agar hujan segera berhenti.


Masuk minggu ini dalam perkiraan saya dah jampir 3 minggu hujan turun di sebelah petang dan malam. Cuaca pada siang hari cukup baik dan terang benderang.. namun bila jejak saja jam 4 petang cuaca mulai redup dan mendung. Bunga-bunga hujan turun mulai tampak membuatkan seluruh warga Peniaga Pasar Malam mulai resah gelisah.

Wang simpanan hampir habis, bil-bil belambak tersadai, hati mulai meruntun dan mula gelisah, anak-anak perlukan makanan, perbelanjaan sekolah dan wang saku. Bil-Bil juga perlu di lunaskan. Maka semua ini akan pasti meruntun kegelisahan pada setiap peniaga Pasar Malam yang hanya meraih pendapatan dengan berniaga di pasar Malam.

Kalau hujan turun selama seminggu masih boleh bertahan tapi sekarang ini dah masuk 3 minggu hujan turun sebelah petang dan malam..mana mungkin dapat mengaut keuntungan dan yang pastinya setiap hari terpaksa mengeluarkan wang simpanan buat perbelanjaan rumah dan menampong modal perniagaan. Harapan demi harapan di harapkan pada setiap petang agar hujan tidak turun di malam harinya..namun takdir Allah lebih kuat, hujan tetap turun membadai pada setiap malam. Justeru itu mana mungkin pelangga dapat keluar mencari barangan.

Wajah sayu tergambar pada riak wajah peniaga, setiap orang mulai merungut mengapa hujan masih berterusan dan setiap kali malam hujan pasti turun kenapa tidak turun sebelah paginya.....kesedihan jelas terpancar di wajah masing-masing dan didalam benak fikiran berkata,... " Sampai bilakah harus menanggung kerugian dan ujian yang maha hebat ini".

Mungkin bagi mereka-mereka yang tidak berniaga dan makan gaji..masih mampu tersenyum kerana cukup bulan dapat gaji..dan ada juga di kalangan mereka ini sering mengatakan kepada kami..sebelum ni tak hujan dan sapu banyak kan...tetapi sebenarnya itu pandangan yang salah...jika anda sendiri yang makan gaji dan tak pergi kerja selama 3 minggu bagaimana majikan anda nak bayar gaji kepada anda...jadi tidak perlulah mengungap perkataan sedemikian.....inilah harga yang terpaksa kami bayar di kala musim hujan yang luar biasa.

Tahun lepas tidak berlaku situasi begini kerana tahun lepas hujan turun bersilih ganti siang dan malam ..lantaran itu perniagaan masih mampu di laksanakan pada malam hari tetapi tahun ini setiap malam hujan dan makan setiap malam lah perniagaan kami lumpuh..setiap hari boleh di katakan mengalami kerugian...bagi yang menggunakan perkerja pulak, gaji pekerja terpaksa di lunaskan setiap hari samada untung atau pun tidak. suka tak suka kena bayar gaji...dan apa yang mampu kami lakukan sekarang ini hanyalah bertawakal dan berdoa agar Allah menghenti penderitaan sementara ini ...Ya Allah Yang maha Kaya...hamba mu memohon agar berubahlah cuaca menjadi seperti sedia kala kerana sesungguhnya tidak tertanggung lagi rasanya untuk hamba mu menanggung semua ini..Amennnnnnnnn

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SINI DENGAN SEGERA

Oct 26, 2011

Nuffnang Asia - Pasific Blog Awards 2011 - Here I come - KUALA LUMPUR 16 December

Nuffnang Asia Pacific kini melangkah kehadapan lagi dengan menganjurkan Anugerah Blooger terhebat dan julung-julung kali dia adakan pada tahun ini.




Seluruh blogger akan berkumpul di Mariot KL pada 16 Disember 2011 bagi menerima anugerah yang akan di sampaikan kepada blogger-blogger yang terpilih. Aku amat teruja nak join tapi rasanye mungkin tak kesampaian sebab bahasa penghantar blog aku ni dalam Bahasa Melayu sedangkan Nuffnang lebih memilih blogger yang menggunakan Bahasa English.

Namun aku tak kisah la..yang pentingnya aku tetap menghormati Nuffnang yang telah membuka peluang kepada aku meletakan iklan-iklan mereka dan membuka mata masyarakat tentang kehebatan pengiklan Malaysia.

Bagi aku tak dapat anugerah pun tak apa yang penting aku dapat attend pada hari penyampaian anugerah tersebut bagi menyaksikan blogger-blogger Asia Tenggara berhimpun dan nak lihat gelagat-gelagat mereka.

Aku berminat sangat nak mendekati blogger-blogger Asia tenggara ni bagi mencari kelebihan yang mereka punyai sehingga mereka mampu menggapai anugerah yang berprestij dan bagi aku anugerah Blogger Asia Pacific ni lebih hebat dari anugerah Juara Lagu, lebih anggun dari Anugerah Berita Harian dan lebih mantap dari Anugerah Pelakun Popular mahupun Grammy Award...

Harapan moga ada yang memandang pada penulisan aku ni..mana lah tau kot-kot ada rezeki blogger pasar malam boleh berada sebaris dengan top Asia Tenggara Blogger....hehehhehe

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN KADAR SEGERA

Oct 21, 2011

Portal Kerajaan Dan Nasib Pasar Malam



Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...saya baru saja selesai menonton rancangan Wanita Bersama ZamZarina dengan tajuk Bajet 2012 untuk Wanita...

Mmmmmm memang rancangan petang ni nampak meriah dengan kehadiran Dato Sri Shahrizat, seorang menteri yang banyak membantu kaum wanita..dan kisah petang ni banyak berkisar soal kejayaan dan membantu wanita dari golongan yang kurang berkemampuan yakni miskin tegar.Kalau dulu sasaran banyak kepada golongan luar bandar dan sekarang ini juga di teruskan kepada golongan sasar di bandar-bandar.

Dan dalam pada itu termasuk yang di sebut adalah kenaikan terbesar golongan pendidik yang 80% di monopoli oleh kaum wanita..memang satu jumlah yang saya agak terkejut kerana di mana cikgu lelaki ..sekadar purata 20% sahaja..adalah kaum lelaki tidak layak menjadi Guru atau dalam erti kata kelulusan mereka tidak cukup untuk menjadi guru..ini bermakna tidak ada kesimbangan.

Memang kita sedar dan ketahui nisbah purata lelaki dan wanita sekarang ini adalah 1:10, Lelaki 1 dan wanita 10. Itulah kejadian yang telah Allah tetapkan dan mengikut Alim ulama wanita akan mencapai satu nisbah yang paling tinggi suatu ketika nanti iaitu purata 1:50 , lelaki 1 dan wanita 50. Anda fikirkan sendiri.

Bagi pendapat peribadi saya dalam pada kerajaan meningkatkan taraf hidup wanita perlu di ambil iktibar jugak untuk kaum lelaki kerana zaman dah makin berubah, zaman lelaki mendabik dada sudah hampir ke penghujungnya, IPT dan IPTS sudah di dominasikan oleh kaum wanita dan terlalu sedikit lelaki yang belajar di situ, kemana perginya kaum lelaki, adakah mereka hanya layak menjadi buruh-buruh dan pekerja am sahaja. Saya menjadi semakin serabut bila memikirkan soal ini dan satu hari nanti juga saya amat yakin Institusi Ketenteraan juga akan di dominasikan oleh kaum wanita..kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terkini.

Dalam arus pembangunan yang serba moden dan canggih yang selari dengan zaman kemajuan Internet yang serba canggih ini kini kaum lelaki semakin ketinggalan dan akan membuatkan kaum wanita mendabik dada mereka. mengapa dan kenapa ini berlaku??? tidakkan di dalam hadis dan al-quran mengatakan sebaik-baik pemimpin adalah golongan Adam dan sebaik baik buah fikiran adalah dari Adam.

Segalanya kini sudah semakin kacau bilau dan haru biru, kemana perginya kaum lelaki .. di peringkat sekolah menengah lagi kaum lelaki sudah menunjukan sifat malas belajar, sering ponteng sekolah, bila usia semakin meningkat dan sudah mendapat perkerja sekadar secukup makan maka segala imbauan dan kenangan silam mula menggamit di memori, teringat leteran ibu bapa satu ketika dahulu agar belajar rajin-rajin demi masa depan yang cemerlang bagi mengubah nasib keluarga dan menambah pendapatan keluarga namun masa tu langsung tak di endahkan...dan kini yang hadir hanyalah satu penyesalan yang tak sudah-sudah di sesalkan...Ya Allah kenapa ini mesti terjadi,, adakah ini juga mungkin akan berlaku dan akan terus berlaku pada masa akan datang..hanya Allah yang maha mengetahui dan akau yakin pasti berlaku sehingga dunia berhenti berputar...kerana kisah sebegini semacam sudah tertulis dan tersurat.

Namun demi meninggkatkan taraf ekonomi maka perlulah usaha sendiri kerana kemampuan diri sendiri di batasi oleh minda sendiri...cuba lah insyallah akan di berkati..salam////

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN TAWARAN HEBAT

Oct 18, 2011

Wabak Demam Denggue

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, seminggu ni kawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang sentiasa di limpahi ujan dengan lebatnya..

Saya sendiri pun dah demam ..aduss dah makan ubat tapi masih belum pulih sepenuhnya..hari ni baru terasa sedikit lega setelah 4 hari di serang demam selesema...

Saya ambik PCM dan Penglobe ..coz demam ni kena cover ngan antibiotik baru leh baik ngan cepat....setakat ni lu lah..nak rest..tak larat ni...