nuffnang1

.:)

Jan 14, 2013

Wang Sumbangan Sembahyang Jenazah - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya di waktu dan saat indah tatkala cuaca yang sentiasa terang benderang untuk anda menjana pendapatan di dalam perniagaan pasar malam anda.

Hari ini posting saya sedikit berbeza dan tidak menyentuh langsung berkaitan pasar malam kerana saya rasa perkara ini wajar di ketengahkan sebagai panduan untuk setiap umat Islam di Malaysia dan sekiranya saya salah mohon di perbetulkan untuk kebaikan semua kerana saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi didalam bidang agama namun sedikit sebanyak yang saya ketahui elok saya suarakan di dalam blog ini.

Sebelum itu ingin saya sedekahkan Al-Fatihah kepada sepupu saya Allahyarham Yuslee b. Yusoff yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dan di kebumikan di tanah perkuburan Islam Jelutong, Pulau Pinang. Semoga seluruh keluarga , sahabat handai dan taulan meredai akan pemergian Allahyarham.

Apa yang menarik perhatian saya semasa acara menyembangyangkan mayat pada petang tadi selepas solat Asar adalah tiada lagi saya nampak pemberian sampul yang berisi wang yang di berikan kepada jemaah yang menunaikan solat jenazah tersebut. Perkara ini pernah saya terfikirkan suatu ketika dahulu kenapa mesti adanya wang ( yang kebanyakkan di sebut sedekah tetapi dah menjadi satu kemestian )yang akan di berikan kepada setiap jemaah.

Adakah perkara ini wajib atau pun sekadar amalan masyarakat melayu kita? Mungkin anda yang mengetahui nya boleh sama-sama berkongsi di sini.

Disebabkan saya ingin tahu kerana saya rasa inilah kali pertama saya lihat tiada pemberian sampul wang selepas solat jenazah berlaku di kawasan saya tak kira Seberang Perai atau Pulau Pinang. Saya pun bertanya kepada Ibu saya kenapa tiada pemberian sampul tersebut, maka ibu saya menjawab " Sekarang ni, ramai yang telah mempunyai pengetahuan dalam Agama jadi mereka mulai sedar kewajipan tersebut kerana pemberian wang hanyalah adat atau dah menjadi kebiasaan. ".

Saya juga rasa bersyukur diatas kejadian tersebut dan saya harap di lain-lain tempat sekitar Malaysia tidak lagi berlaku perkara memberi wang kepada Jemaah , lebih-lebih lagi di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Diharap semua yang melakukan solat jenazah adalah ikhlas dan buka kerana wang.

Saya mohon maaf andainya ada tutur bicara saya ini mengguris perasaan mana-mana pihak.

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DI IKUTI , DAPATKAN DISINI http://www.wangpasarmalam.com

No comments :