nuffnang1

.:)

Oct 14, 2012

"Hantu" Pasar Malam Mengkuang

Salam dan selamat malam buat anda semua, malam ni saya tak sabar-sabar nak kisahkan satu cerita yang cukup menarik semasa berniaga di pasar malam Mengkuang Titi tadi.

Balik rumah , lepas makan dan solat dengan tak sabarnya saya terus on laptop dan menaip dengan terujanya hehehe, kerana bagi saya entry kali ini agak menarik dan boleh di jadikan panduan buat kita semua selaku peniaga Pasar Malam kerana pepatah telah pun berkata " Jangan di Curah Air, Bila terdengar Guruh di langit".



Semasa kami sedang mula menjalankan perniagaan sekitar jam 5 petang cuaca memang agak sedikit mendung dan cerah, tetapi masuk sekitar jam 7 malam cuaca secara tiba-tiba mula berubah... kemudian saya terdengar seorang anak buah saya Jo-Jo berkata, " Ada Hantu ", saya pada mulanya tak ambik kisah sangat namun dalam hati tertanya-tanya la jugak, apa halnya.

Cuaca semakin berubah dan tetiba angin mendayu-mendayu namun tidak lah sekuat mana pun namun persekitaran suasana pasar malam mula kelam-kabut dan berubah dengan kebanyakan peniaga mulai kelam kabut mengemaskan barang-barang mereka kerana takut hujan lebat akan turun. Baru lah saya mulai faham, apa yang di maksudkan oleh Jo-Jo tadi, perkataan itu terkeluar dari mulut Jo-Jo sebab melihatkan gelagat peniaga yang kelam-kabut. Hampir semua jiran sebelah kiri kanan saya mulai mengemas dan yang tinggal sekarang ini hanyalah saya, ayam goreng dan laksa sahaja.

Setengah jam telah berlalu dan hujan mulai turun setitik dua kemudian terus berhenti sehinggalah kami mula mengemas sekitar jam 9.30 malam, saya tersenyum sedikit kerana perniagaan hari ini agak memberangsangkan walaupun jualan tidak habis dibandingkan dengan minggu lepas hujan turun dari petang sehingga malam. Maka teringatlah akan saya pepatah yang saya tulis di atas, saya amat bersyukur pada rezeki yang telah Allah tetapkan bahawasanya kesabaran itu penting dan andaian tidak selalunya tepat......

Mungkin juga kawan-kawan yang berkemas awal tadi merasai hujan dan angin mungkin turun dengan lebatnya, itu andaian mereka..semoga kisah ini menjadi tauladan bagi kita semua peniaga pasar malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DENGAN HARGA DISKAUN 50% BUAT PESARA TENTERA

No comments :