nuffnang1

.:)

Sep 14, 2012

Platun Wanita Pertama Askar Wataniah

Salam dan selamat sejahtera buat semua yang meminati blog Pasar Malam ini, semoga anda semua sihat walafiat dan di rahmati Allah hendaknya.

Tajuk entry hari ini sekadar rehat minda selepas berniaga dan sekadar pengetahuan buat semua, cerita tentang Platun Wanita Pertama Askar Wataniah di ceritakan ibu saya baru-baru ini semasa kami sedang berbual tentang perkembangan terkini dalam perkhidmatan Tentera kerana selama ini saya tidak pernah tahu yang ibu saya juga merupakan sukarelawan dalam Askar Watniah atau amat di kenali sekarang ini sebagai T.A ( Teritorry Army).

Mengikut cerita ibu saya beliau adalah salah seorang wanita pertama dalam Platun Wanita yang mula di tubuhkan di Pulau Pinang sekitar usia ibu dalam lingkungan 20an dan masa itu Ibu saya merupakan seorang Guru Kemas dan sentiasa berulang alik dari Pulau Pinang ke Seberang Perai mengajar di kelas-kelas kemas. Ibu sering menceritakan bagaimana keadaan semasa zaman dahulu dan sekarang ini yang terlalu amat berbeza..namun sayang sekali tiada foto kenang-kenangan semasa ibu memakai Uniform Tentera. Dan usia ibu sekarang ini telah mencecah 69 tahun namun masih kuat dan masih mampu menunggang motosikal...

Rasanya ibu mungkin mempunyai semangat yang kental dan kuat dan saya amat bangga di atas ketabahan seorang Ibu yang cekal dalam mengharungi liku-liku hidup ini dan kebanggaan saya adalah kerana Ibu merupakan salah seorang Wanita yang telah menggangotai Platun ini..syabas buat Ibu....


DAPATKAN EBOOK PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN RESIPI SUP GEAR BOX YANG HEBAT INI SEKARANG

No comments :