nuffnang1

.:)

May 17, 2012

Runtuh Rezeki Part Time

Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua yang sentiasa setia dalam melayari blog Pasar Malam bagi mencari maklumat terkini dan inspirasi dalam meledak perniagaan anda.

Semalam selepas pulang dari menjalankan perniagaaan saya singgah sebentar di cafe tempat sahabat-sahabat berkumpul bagi menghilangkan penat lelah dengan menikmati secawan kopi O kawww yang sangat enak di Bandar Perda, banyak yang kami bualkan dan dalam pada itu keluarlah satu topik dari seorang rakan saya yang juga masih berkerja makan gaji dan dan disamping itu beliau juga menjalankan perniagaan pasar malam.

Apa yang di utarakan oleh beliau sekali fikir agak logik dan masuk akal, kerana kata beliau kebanyakkan orang yang membuat kerja " Part Time" adalah dengan tujuan mencari wang lebih untuk menampung wang gaji yang tidak cukup bagi perbelanjaan seharian. Namun bagi beliau sebenarnya semakin di cari semakin tidak cukup dan beliau mengambil ikhtibar apa yang terjadi dari cerita kawan-kawan yang terdahulu menjalan kerja part time sebelum dia sendiri mengusahakan perniagaan ini dengan menjual alat-alat sukan dan pakaian sukan di pasar malam.



Melakukan kerja " Part Time" memanglah bagus katanya tetapi kebanyakan orang tidak melakukan dengan telus kerana mengabaikan pekerjaan tetap di pejabat atau jabatan masing-masing, kebiasaanya orang sebegini akan tergesa-gesa untuk pulang kerana mereka lebih mengutamakan kerja Part Time yang di anggap memberi hasil yang lebih lumayan dari kerja tetap mereka. Biasanya mereka akan pulang awal dari tempat kerja dengan mencari pelbagai alasan agar dapat balik awal tak kira lah walaupun terpaksa menipu dan yang menggunakan "Punch Card" pulak sanggup mengupah kawan puch kan kepada mereka bila sampai masa masuk kerja atau balik kerja.....

Begitulah juga yang menjual barangan di pejabat dan tempat kerja yang melakukannya pada waktu kerja , dan bila di tegur maka mereka akan melenting dengan memberi pelbagai alasan yang pihak atasan pun sama jugak, adakah semua ini patut berlaku pada anda....

Di sebabkan gejala-gejala dan sikap-sikap sebeginilah maka pendapatan mereka tidak pernah mencukupi dan sentiasa akan merasa kesempitan wang walaupun dari segi zahir nampak mewah namun hakikatnya mereka terbelenggu dengan apa yang telah mereka mulakan... pekerjaan tetap dengan mendapat gaji bulanan sepatutnya di dahulukan dan pencapaian di utamakan hehehehehe.... justeru itu pasti gaji yang di terima akan menjadi berkat, sesaat atau seminit curi tulang hukumnya haram dari segi agama Islam...bukan kata-kata saya tetapi inilah yang di nyatakan dalam Al-Quran...

Mungkin ramai yang tidak sedar atau buat-buat tak sedar kerana ingin mengejar kemewahan yang ternyata hanya angan-angan selagi kita tidak berada pada landasan yang betul menurut Islam.. semoga anda akan mendapat ikthbar dari kisah ini dan renung-renungkan ... SELAMAT BERAMALLLLL.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM BAGI MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN ANDA DI SINI SEGERA

No comments :